Thursday, April 30, 2009

Kenapa Tidak Ulama' ??

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” [1]

Beruntungnya kita semua kerana telah dimuliakan dengan iman dan hidup di bawah naungan cahaya petunjuk dari Al Quran yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk memberi pedoman kepada hidup sekalian manusia yang beriman dengannya.

Firman Allah di atas telah memberikan satu harapan yang besar kepada kita bahawasanya Allah SWT akan mengangkat orang yang akan memimpin kita kepada mentaati perintah Allah SWT sekiranya kita terus bersabar melaksanakan perintah Allah SWT.

Dalam perjuangan kita bersama jamaah Islam, kesabaran dan ketenangan kita dalam meneruskan perjuangan yang penuh cabaran dan diuji pula dengan lambatnya kemenangan ini, kesabaran terhadap janji Allah SWT adalah sesuatu yang sangat penting. Kita mesti mengakui dengan jujur bahawa disepanjang zaman, para nabi dan ulama’ adalah mereka yang duduk di tangga teratas dalam menjuarai isu kesabaran ini. Rasulullah SAW menegaskan bahawa ; “ Manusia yang paling berat ujiannya (lalu bersabar) adalah para nabi kemudiannya diikuti dengan ulama’ dan diikuti para salihin”[2]

Demikian ketetapan dan sunnatullah yang berjalan sepanjang zaman. Walau betapa hebat dan canggih hujjah dan pemikiran tajdid (baca : pembaharuan) yang kita bawa, inilah hakikat yang mesti kita terima. Ulama’ tetap relevan dalam memimpin ummah. Dalam ayat di atas ( as Sajadah : 24 ), Allah SWT menegaskan bahawa Allah SWT pasti akan ‘mewujudkan’ kepimpinan yang akan memimpin orang mukmin kepada mentaati hukum Allah SWT. Siapa lagi yang lebih mengerti akan hukum hakam Allah SWT selain para ulama’. Yang bukan ulama’ tidak pernah dinafikan keimanan, keikhlasan dan kemampuan mereka dalam memperjuangkan Islam, merekalah pembantu dan pendokong terbaik serta jasa mereka tidak pernah diabaikan. Alangkah baiknya jika mereka terus memberikan dokongan terbaik kepada kepimpinan ulama’.

Untuk membantu dan memberikan dokongan, tidak semestinya dengan menduduki tangga kepimpinan tertinggi dalam jamaah (baca : PAS). 3 kerusi Naib Presiden dalam PAS adalah laluan dan peluang yang telah diberikan oleh Kepimpinan Ulama’ dalam PAS untuk golongan bukan ulama’ memberikan sokongan dan dokongan.

Saya tidak bersetuju dengan cadangan agar cukuplah PAS memberikan ruang kepada ulama’ melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama’ dan membiarkan AJK Kerja PAS Pusat itu tidak diketuai oleh seorang ulama’. Ini adalah cadangan yang cuba membawa PAS kembali ke belakang semula. Saya bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh yang mengatakan bahawa ketika PAS memerlukan kepimpinan untuk memacu gerakannya ke puncak kejayaan, Allah SWT telah mengilhamkan cetusan kepimpinan ulama’ terlaksana dalam PAS. Kepimpinan ulama’ dalam PAS hanyalah penerus kepada apa yang telah terlaksana di zaman Rasulullah SAW.

Al Imam Al Munziri rahimahullah telah menaqalkan sebuah hadis dari Rasulillah SAW di dalam ‘at Targhib wat Tarhib’ bahawa “ Barangsiapa yang menjadikan Al Quran di hadapannya (beriman, yakin dan beramal dengannya), maka ia (Al Quran) akan memimpinnya ke syurga. Dan barangsiapa yang meletakkannya ( Al Quran) di belakangnya (tidak beriman dan tidak beramal dengan hukumnya), maka ia akan melemparkannya ke dalam neraka (dengan sebab tidak beriman dan beramal dengan Al Quran)”[3]

Dalam mentadabbur hadis di atas, kita seharusnya memahami dengan jelas bahawa setiap kerja buat perjuangan yang kita ingin laksanakan, ia tidak harus keluar dari landasan Al Quran dan As Sunnah. Kepimpinan Ulama’ tidak sewajarnya ‘dikurung’ di dalam Majlis Syura ataupun Dewan Ulama’ sahaja. Namun ia sewajibnya diletakkan sebagai nakhoda dalam saf AJK PAS Pusat yang berperanan sebagai pelaksana terhadap strategi perjuangan dalam PAS.

Dalam menghuraikan hadis di atas juga kita ingin tegaskan bahawa kita tidak mahu menafikan bahawa bukan ulama’ juga mampu untuk memahami Al Quran, akan tetapi jika kita diberi pilih antara yang baik dan terbaik, sudah barang tentu yang terbaiklah pilihan kita. Buat masa sekarang, kita bukannya sudah tiada pilihan, akan tetapi, kita masih ada banyak pilihan untuk memilih yang terbaik.


[1] Surah As Sajdah : 24

[2] Al Hadis

[3] At Targhib wat Tarhib bagi Imam Al Munziriy rahimahullah.

Mahkamah tak mau isytihar Zambry MB Perak...!!

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah.

Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram. Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Friday, April 24, 2009

Dato Seri Harussani....Bersuaralah Cepat Dalam Hal Ini !!

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

Kalis Tarbiyah

Salam Islah,

Sebenarnya posting saya sebelum ini belum sampai ke penghujungnya. Masih banyak perkara yang saya pelajari dari usrah bersama YB Us Hashim Selasa lalu. Banyak dan banyak sangat. Betullah apa yang selalu dipesankan oleh para murabbi kita bahawa jangan sekali-kali tinggalkan usrah walau kita sudah menjadi murabbi sekalipun!. Makin tinggi amanah yang jamaah berikan pada kita, maka sekin perlu kita dekatkan diri dengan program tarbiyyah. Usrah adalah ibarat ruh dalam perjuangan.

Ada pimpinan yang sudah lama meninggalkan usrah dan program tarbiyyah. Bahayanya ialah kita akan jadi perasan dan taajjub dengan diri sendiri. Akhir sekali, kita akan benarkan dan perjuangkan betapa ‘tidak salahnya’ sikap cuaikan usrah. Saya masih teringat soalan yang dilontarkan oleh seorang pembentang dalam Seminar Perkaderan Kepimpinan PAS Perlis yang diadakan; “ Kalau kita tak ikut usrah PAS, usrah siapa yang kita ikut?. Kalau kita tak ikut tarbiyah PAS, tarbiyah siapa yang kita ikut?.” Dalam hati saya jawab, “Akhirnya jadi munafiq dalam PAS”. Mesti ada yang marah dengan ayat saya ni kan.

Saya juga tertarik dengan istilah ahli dan pimpinan PAS yang naik melalui cara ‘touch n go’. Ini istilah masyhur Ustaz Idris Ahmad. Tambahan pulak dalam masa sekarang ini, popularity menjadi ukuran untuk seseorang diangkat menjadi kepimpinan dalam PAS walaupun dia hanya baru setahun jagung dalam perjuangan dan yang paling penting masih belum diuji sama seperti saya yang juga masih belum kena ujian berat-berat dalam perjuangan. Nanti ada pula orang kata, kalau tidak kena ujian maka tak boleh jadi pimpinanlah ya. Jawabnya, kesabaran dan ketabahan serta terus beristiqamah walau diuji dengan berat sekalipun adalah syarat utama untuk menjadi golongan saf hadapan dalam perjuangan. Sebab tu saya tak percaya Tuan Guru Haji Hadi akan khianati PAS!. Dan saya jua pelik dengan mulut lidah kotor yang kembali menjaja TGHH nak khianati PAS bila tiba musim pemilihan dalam PAS sekarang ini.

Satu lagi istilah yang saya belajar ialah ‘kalis tarbiyah’. Golongan ini rasa diri mereka tidak perlu lagi ikut program tarbiyah. Program politik, tepat jam 9.00 pagi dah sampai. Program tarbiyah, lagi setengah jam nak tamat baru sampai. Mungkin ada kerja lain yang lebih mustahak dan penting dari sudut aulawiyatnya. Namun kalau setiap kali program tarbiyah jadi macam tu, selalu lewat dan datang sekadar nak tunjuk muka, maka apa maksudnya lagi kalau bukan kerana merasakan tarbiyah tidak mustahak. Termasuklah dalam golongan ini mereka yang mendakwa diri mereka ulama’ dan ustaz. Hakikatnya, kadang-kadang golongan professional dan berlatar belakangkan secular lebih komited dengan usrah. Dunia dah terbalik.

Maka kita harus menyorot kembali apa yang Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz pernah katakan dalam muktamar bahawa golongan ulama’ harus memacu perjuangan sesuai dengan status mereka dan professionallah gandingan terbaik untuk membantu dan menolong para ulama’. Namun ulama’ yang kita mahukan adalah ulama’ yang larut dalam masyarakat, faqih dengan keperluan semasa umat, tidak menganggap status ulama’ menjadikan mereka tidak boleh ditegur dan menutup pintu nasihat dan mampu menjadi cahaya dan pedoman ummah dengan taqwa dan ‘khasyyah’ yang ada di dalam jiwa para ulama’. Dan yang pastinya, kepimpinan ulama’ masih relevan dan ulama’ yang sedang memimpin juga mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan tadi.

Thursday, April 23, 2009

Yang Penting, Langkah Ke Hadapan....

Salam Islah,

Banyak yang saya belajar dalam usrah bersama al Fadhil Ustaz Hj Hashim Jasin baru-baru ini ( Selasa – 21 / 4 / 2009 ). Beruntungnya kami di Perlis berada di bawah kepimpinan ulama’ yang sudah begitu dalam terlibat dengan gerak kerja perjuangan dan sangat kaya dengan ilmu dan pengalaman serta sangat ‘faqih’ dengan suasana semasa.

Pertamanya yang saya belajar pada malam tersebut bahawa untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dan berbangkit di dalam jamaah yang kita dokong ini, wala’ kepada pimpinan serta memberikan ‘thiqah’ kepercayaan kepada mereka adalah kunci penyelesaian yang paling ampuh. Ustaz Hashim memberikan contoh dalam isu ‘unity government’ yang dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden, sepatutnya kita memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau serta bersangka baik bahawa apa yang cuba disarankan oleh TGHH adalah merupakan lontaran politik untuk mengkucar-kacirkan UMNO di saat mereka sedang berhadapan dengan kemelut pemilihan dalam UMNO baru-baru ini. Ajak berdebat pun mereka tidak mahu, inikan pula untuk bersama mentadbir negara. UMNO pun tahu PAS tak mahu judi,arak dan yang paling UMNO tak berkenan adalah PAS bukan parti rasuah. TGHH tentu sangat yakin bahawa UMNO tidak akan sama sekali menerima cadangan ini. INilah adab Islami yang mesti kita terima hakikatnya. Saya pun sangat tidak berkenan dengan salah guna wala’ dalam kepimpinan PAS, akan tetapi jika penggunaan wala’ dan thiqah itu kena dan sesuai pada tempatnya, maka wajar dan sangat patutlah ia diamalkan.

Kedua, kita berada di zaman kemungkaran dan maksiat itu berlaku terlalu banyak di sekeliling kita. Untuk membasminya kita perlukan kesatuan dan perpaduan yang kukuh dalam jamaah. Tidak boleh banyak kepala dalam menentukan bagaimana untuk membasmi kemungkaran tersebut. Dalam PAS, kita telah menentukan dan telah berijtihad dengan kaedah dan uslub yang sesuai untuk berdepan dengan kemungkaran yang semakin hari semakin disuburkan oleh pemerintah negara sedang ulama’ kerajaan diam membisu. Dengan kerana itulah PAS memilih politik sebagai kaedah dan uslub untuk memacu dakwah yang berkesan dalam mencegah kemungkaran tersebut. Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah Berjaya mengurangkan maksiat dan kemungkaran di Kelantan. Kerajaan Kedah pula telah memulakan langkah untuk menutup tempat-tempat judi dan maksiat serta mengkaji kaedah untuk mengurangkan premis arak di Kedah. Dengar cerita, JOM HEBOH akan beraksi di Pangkor ( dalam jajahan takluk Mufti Perak Dato’ Seri Harusani Zakaria), dan saya sedang tidak sabar menantikan beliau.

Ketiga, kejayaan kita dalam dakwah dan harakah tidak diukur dengan berjayanya kita melaksanakan misi dan visi jamaah 100%. Jika kita dapat melaksanakan 10% sekalipun kita sudah dikira berjaya. Semuanya bertitik tolak dari kemahuan kita. Jangan berdiam diri dan melihat sahaja apa yang berlaku, sebaliknya bekerja dan berusahalah tanpa jemu dan putus asa. Yang mustahak, kita terus beristiqamah. Melangkahlah walaupun hanya satu langkah. Yang penting, langkah ke hadapan bukan ke belakang.

Wednesday, April 15, 2009

Permata Kisah Tabi'ein : ATHA' Ibn RABI'AH

Berkata Imam al-Haramain : “Tidak kutemui orang yang paling alim diantara orang yang alim, kecuali 3 orang : ‘Atha, Thawus dan Mujahid..”


Kalau kita menerawang jauh ke empat belas abad yang lampau, maka akan nampak oleh kita sebuah majlis ta’lim di Makkah yang selalu dihadiri oleh ribuan orang, di antara mereka ada para sahabat-sahabat nabi SAW dan juga para tabi’in, sang penceramah adalah seorang tua yang sederhana namun kharismatik, dialah AbduLLAH bin Abbas ra (Ibnu Abbas) salah seorang diantara para tokoh ulama sahabat, dan dia pula yang didoakan oleh RasuluLLAH SAW dengan doanya yang khusus: “ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WA ‘ALLIMHU TA’WIL” (Ya ALLAH dalamkanlah pengetahuannya dalam agama dan ajarilah ia ta’wil Qur’an…)

Ibnu Abbas ra memiliki seorang budak hitam yang kurus, demikian hitamnya kulit budak ini sehingga jika ia berdiri bagaikan seekor burung gagak hitam (ghurabil-aswad) yang menakutkan. Namun hitamnya kulit tidak membuatnya merasa rendah, kerana Islam telah membebaskan manusia dari penghambaan manusia atas manusia menjadi penghambaan manusia hanya oleh dan untuk ALLAH SWT saja. Hanya Islam sajalah peradaban yang mampu menempatkan seorang budak hitam Afrika bernama Bilal al Habasyi, budak bangsa Persia Salman al Farisi, dan budak dari Rumawi Shuhaib bin Sinan ar Rumi sederajat dan bahkan lebih tinggi dari para pemuka Quraisy seperti Abu Sufyan bin Harb.

Selama hidupnya ‘Atha membagi waktunya untuk 2 hal : Pertama, khusus untuk Tuhannya dengan melakukan ibadah yang terbaik, terikhlas dan semurni-murninya; sehingga setiap malam ia sedikit sekali tidur kerana melakukan qiyam, zikir dan doa. Kedua, untuk menuntut ilmu kepada para ulama, tercatat diantara nama guru-gurunya yaitu para shahabat besar seperti Ibnu Abbas ra, Ibnu Umar ra, Abu Hurairah ra, Ibnu Zubair ra, dll. Ia selalu berkata : “Orang sebelum kalian membenci omong-kosong, yaitu segala sesuatu selain al-Qur’an yang dibaca dan dipelajari, atau Hadits yang diriwayatkan dan diamalkan, atau amar ma’ruf dan nahi munkar, atau ilmu untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, atau bekerja mencari nafkahmu. Bacalah oleh kalian kalau mahu : Dan orang-orang yang menjauhi perkataan yang tidak bermanfaat (QS al-Mu’minun, 23:3).”

Dibandingkan dengan manusia lainnya, ‘Atha adalah termasuk manusia pilihan yang sangat jarang orang yang mampu berdisiplin sepertinya. Ia mendisiplin dirinya sehingga selama hidupnya tidak pernah sekalipun melakukan hal yang tidak bermanfaat sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda-pemuda kebanyakan, dan selama hidupnya ia tidak pernah berbual kosong dan bercanda. Pernah dalam suatu perjalanan ia melihat sebuah kota yang telah ditinggalkan penghuninya, lalu ia berfikir : Bilakah kota ini didirikan? Kemudian ia menyesali diri kerana memikirkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan kerananya ia menghukum dirinya untuk berpuasa selang-sehari selama setahun penuh. Waktunya seumur hidupnya selalu dihabiskan untuk belajar, berfikir dan beribadah, ia sangat serius dalam hidupnya dan agar ia tidak terganggu maka selama 20 tahun ia hanya tinggal di dalam masjidil Haram.

Pernah suatu hari ia ditegur oleh orang-orang tentang keseriusannya yang dianggap berlebihan oleh mereka, maka ia menjawab : “Aku bersaksi bahwa aku sangat percaya pada adanya malaikat yang mulia lagi mencatat seluruh amalku, lalu tidak malukah jika nanti diumumkan di depan orang-orang di hari Kiamat nanti lalu banyak ditemukan hal-hal yang bukan ibadah kepada-NYA?!” Karena disiplin dan keseriusannya yang luar biasa dalam belajar inilah ia mencapai darjat tertinggi dikalangan para ulama, sehingga banyak orang yang mengambil manfaat dari keluasan ilmunya. Salah satu contohnya, Imam Abu Hanifah suatu kali pernah bercerita : “Aku pernah salah dalam 5 fiqh Manasik (Hajji) dan aku diingatkan oleh seorang tukang cukur! Yaitu ketika aku duduk untuk tahallul (bercukur setelah selesai hajji) aku bertanya pada tukang cukur itu berapa ongkos cukurnya? Maka ia menjawab bagi orang yang hajji tidak ditetapkan ongkos, maka aku merasa sangat malu dan berfikir siapa tukang cukur ini, lalu aku duduk, maka kata tukang cukur itu : Hendaklah anda menghadap qiblat, maka aku menjadi semakin malu, lalu aku langsung berikan kepalaku untuk dicukur, lalu ia berkata lagi : Hendaknya yang kanan dulu, lalu kuberikan yang sebelah kanan sambil terus berfikir, lalu ia berkata lagi : Perbanyaklah takbir! Maka akupun bertakbir lalu ketika selesai segera kusodorkan uang dan ingin terus berlalu, lau ia berkata lagi : Jangan lupa shalat 2 raka’at. Maka dengan penasaran kutanya darimana dia tahu tentang semua hukum fiqh tersebut? Maka jawabnya : Dulu aku pernah mencukur ‘Atha bin Abi Ribah dan kupelajari semua yang diperbuatnya ketika itu dan kuamalkan.”

Dan selama hidupnya tidak ada orang yang berani berfatwa di masjidil Haram karena hormat akan kedalaman dan keluasan ilmu agama yang dimilikinya, sehingga ia dijuluki SAYYIDUL FUQAHA AL HIJAZ (Pemimpin para ahli Fiqh di Makkah dan Madinah…) Semua orang sangat hormat pada dirinya bahkan ia lebih dihormati dari Khalifah sendiri, kendatipun demikian ‘Atha adalah seorang yang sangat tawadhu’ (rendah hati) dan ia sangat membenci kesombongan dan orang yang sombong, selama hidupnya ia hanya memakai pakaian yang termurah (5 dirham saja). Pernah suatu hari Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik datang dan melakukan hajji dan ketika Thawaf di Baitul Haram orang-orang berusaha minggir menghormatinya, maka ‘Atha marah dan berkata : DA’HU YATA’ALLAMA BI MAWQIF ALLADZI TAQTULU KIBRIYA’UHU! (Biarkan ia disakiti dengan kondisi yang dapat membunuh kesombongannya…)

Maka setelah itu khalifah memanggilnya untuk bertanya tentang beberapa hukum agama, maka ia berkata kepada utusan khalifah tersebut : AL ‘ILMU YU’TA ‘ALAIHI WALAM YA’TI! (Ilmu itu didatangi dan bukan mendatangi…), maka khalifahpun datang kepadanya dan meminta nasihat, maka kata ‘Atha : “Takutlah pada ALLAH wahai Amirul Mu’minin, ingatlah bahwa engkau diciptakan sendiri, dilahirkan sendiri, dimatikan sendiri, dibangkitkan sendiri dan akan dihisab sendiri pula, maka tak ada yang dapat membantumu untuk dunia dan akhiratmu kecuali ALLAH SWT.” Maka khalifah menangis mendengar taushiyyah (nasihat) tersebut dan memberinya hadiah dari emas dan perak, tapi ditolak dengan halus oleh ‘Atha sambil berkata : “Katakanlah : Kami tidak menginginkan balasan dari kalian dan tidak pula ucapan terimakasih, karena sesungguhnya kami takut akan suatu hari dimana manusia saat itu gelap wajah-wajahnya (ayat)..”

Ketika wafatnya, ribuan orang menshalatkan sampai-sampai di masjidil Haram dilaksanakan shalat janazah berkali-kali karena banyaknya yang ingin menshalatkan. Dan ketika mereka mengangkat jenazahnya, maka mereka semua terheran-heran karena mayatnya sangat ringan seperti bulu, sebab tidak sedikitpun membawa keduniaan serta dipenuhi oleh berbagai bekal untuk akhirat yang banyak…

Nabiel Fuad Al-Musawa

Tarbiyyah Dari Allah SWT

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!

Tarbiyah Allah swt memerlukan penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara rahsia sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.

Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.

Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup.. Fitrah manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.

Tikamana diri kita diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya diri kita dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi benteng kita daripada godaan syaitan dan nafsu kita yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikan kita. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan diri kita. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri kita pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda hasil daripada apa yang dilakukannya.. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.

Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan… Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..

Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hati yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt pada kita agar hati kita sentiasa bertaut rindu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidup kita.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa kita. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupan kita sepenuhnya pada Allah swt setelah kita iringi dengan usaha. Pasti suatu hari nanti, diri kita akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah kita mengetahui itulah yang terbaik untuk diri kita. .. SubhanALLAH walHamdulillah..


Monday, April 13, 2009

Tidak Ada Sebarang Anugerah Di Dunia Tetapi Sangat Terkenal Di Langit

Salah Islah,

'
Inilah UWAIS AL QARNIY, yang 'tertutup' di dunia tetapi 'sangat popular di langit. Di mana kita ?

Pada zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapaknya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai sanak family sama sekali.

Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Bila ada kelebihan, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais Al-Qarni setiap hari.

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad, sedang ia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah. Berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, telah juga didengar oleh Uwais Al-Qarni. Segera Uwais Al-Qarni mengetok giginya dengan batu hingga patah. Hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Nabi Muhammmad saw, sekalipun ia belum pernah bertemu dengan beliau.Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais Al-Qarni untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, kapankah ia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Ia rindu mendengar suara Nabi saw, kerinduan karena iman.

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua renta dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tega meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Siang dan malam pikirannya diliputi perasaan rindu memandang wajah nabi Muhammad saw.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinyadan mohon ijin kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, merasa terharu dengan ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nab, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hari Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Segera ia berkemas untuk berangkat. Namun, ia tak lupa mnyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sembari mencium ibunya, berangkatlah Uwais Al-Qarni menuju Madinah.

Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sampbil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, istri Nabi saw. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.

Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Tapi kapankah Nabi pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, “engkau harus lekas pulang”.

Akhirnya, karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Karena hal itu tidak mungkin, Uwais Al-Qarni dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah ra untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi saw. Setelah itu, Uwais Al-Qarni pun segera berangkat mengayunkan langkahnya dengan perasaan amat haru.

Peperangan telah usai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi saw kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi saw tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi saw itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali ra, selalu menanyakan dia ?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tapi rupanya Uwais sedang shalat. Setelah mengakhiri shalatnya dengan salam, Uwais menjawab salam khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi saw ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi saw. Memang benar! Tampaklah tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi saw bahwa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdulla, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Wajah Uwais Al-Qarni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “saya lah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, disana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, disitu selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni ? bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw, bahwa Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

Sumber : Kisah orang-orang sabar.
http://dmrulirubrik.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Surat Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Kepada YB Nga Kor Ming


13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


Sumber>>> http://www.blogtokguru.com/

Jangan Hanya Jadi Daun Kari...

Salam Islah,


PM telah mengumumkan Kabinet barunya hari ini. Saya sempat mengikuti pengumuman tersebut serta 'gahnya' ucapan PM baru Malaysia ketika 'mensyarahkan' kabinetnya' kepada rakyat siang tadi melalui Astro Awani. Dua kementerian baru telah ditubuhkan dan yang 'paling gah' adalah Khairy Jamaludin tiada dalam senarai kabinet baru Najib walaupun dia adalah Ketua Pemuda UMNO Pusat. Samada Najib terlupa ada sengaja melupakan Khairy hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati Najib. Sepatutnya Ketua Pemuda UMNO macam Khairy mesti ada jawatan dalam Kabinet. Kalau Ketua Wanita ada jawatan, Ketua Pemuda mestilah juga ada kerana dia memimpin sayap UMNO yang sangat utama dan penting sekali. Namun, timbalan Khairy terpilih dalam kabinet Najib serta Mukhriz yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda menentang Khairy 'juga terpilih' dalam kabinet Najib.


Saya bukanlah seorang penganalisis politik. Namun politik adalah dunia saya. Saya mengajar, ceramah, bertazkirah, berforum dan dalam kuliah saya nyatakan politik adalah sebahagian dari ajaran Islam yang syumul. Ajaran sekular yang mengatakan politik suku agama suku adalah sesat dan merosakkan aqidah seorang Muslim. Bahkan, sunnah Rasulullah SAW yang paling utama dalam peristiwa Hijrah al Mubarakah adalah menubuhkan kerajaan dan daulah. Maka bila dah tubuh kerajaan, mestilah berpolitik. Maka tak dapat tidak saya kenalah ulas sikit mengenai kabinet Najib yang baru menurut pandangan saya.


Dalam Astro Awani yang saya tonton petang tadi, berpuluh kali diulang-ulang tulisan kat bawah gambar Najib yang sedang berucap bahawa 'Khairi Jamaludin tidak tersenarai' dalam kabinet baru. Nampaknya Najib telah istihar terang-terang permusuhan dan tidak sukanya dia dengan KJ. Saya tak tau macamana Najib nak terangkan kepada ahli-ahli UMNO akan hal ini. Saya rasa KJ juga pasti tidak akan berdiam diri. Dia adalah pimpinan Pemuda UMNO yang dipilih oleh perwakilan akar umbi secara sah dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini. Walaupun KJ cakap dia 'tak kisah' kalau tidak terpilih di dalam kabinet baru, tentu orang-orang KJ tidak akan puas hati. Nampaknya hari ini 'tidak kisah' KJ menjadi kenyataan. Kesian KJ.


Jamil Khir dan Masitah telah digandingkan untuk jaga agama. Mereka berdua berasal dari keluarga PAS (sila nafikan jika tidak betul). Kelulusan agama keduanya tinggi dan pandai sekali mengungkap kata-kata ketika berceramah dan bertazkirah. Itu kurniaan Allah kepada mereka. Saya taknak sentuh hal peribadi mereka. Namun saya nak ingatkan bahawa dalam banyak-banyak kementerian yang ada dalam kabinet Najib, tugas jaga agamalah yang paling berat dan penting sekali. Kata Hujjatul Islam al Imam al Ghazali Rahmatullah 'alaih, bahawa agama itu adalah tonggak dan pemerintahan serta kekuasaan itu adalah penjaganya. Apa-apa jua yang tidak ada penjaga maka pasti akan binasa. Akan binasa , lemah dan hancurlah Islam jika sekiranya Masitah dan Jamil Khir tidak memainkan peranan sungguh-sungguh memelihara Islam serta menyuburkannya. Tidak kurang dari 15 NGO yang berdiri bersama Sister In Islam dalam bergiat aktif mempertikaikan perkara-perkara asas dan usul dalam Islam yang menggugat aqidah. Gejala murtad begitu berleluasa sekali. Semua ini memerlukan tindakan dan penyelesaian. Tiru bagaimana Rasulullah menjaga Islam. Jangan turut hawa nafsu Najib dalam menjaga agama, akan tetapi gunakan ilmu Al Quran dan Sunnah yang ada di dalam dada. Ingat bahawa orang-orang yang beriman sedang memerhati untuk menegakkan kebenaran dan Allah SWT juga memerhati untuk bertindak di akhirat kelak.


Harapan saya, Masitah dan Jamil takkan jadi seperti daun kari dalam gulai yang dimasak. Waktu nak menumis, daun karilah pelengkap dan sebab harumnya tumisan 'awal dan mukaddimah' masakan gulai. Kemudian, bila tiba waktu santapan, ia 'dikais' ketepi. Hambatlah orang-orang yang pertikai syariat dan tidak mahu berhukum dengan kitab Allah. Jangan pula sibuk 'ligan' orang yang sedang berjuang menegakkan syariat dan hukum Allah.


Selamat menjalankan amanah buat semua 'isi' kabinet PM ke 6.

Tuesday, April 7, 2009

BagiMu Segala Puji & Syukur Ya Allah


Salam Islah & Salam Perubahan buat semua pencinta keadilan,

Perkembangan mutaakhir dari Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan rasminya PAKATAN Rakyat telah memenangi kedua - dua pilihanraya kecil tersebut dengan majoriti yang besar .


Bukit gantang PAS [ PAKATAN ] menang dengan majoriti 2,789 . Ir Nizar Jamaludin [ PAKATAN ] : 21,860 sementara Ismail Suffian [ BN ] : 19,071 dan Kamarul Ramizu [ BEBAS ] : 62


Dengan kemenangan ini kita wajib bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah menjadi 'faktor penentu' kepada kemenangan ini. Sesungguhnya kemenangan itu adalah dari sisi Allah SWT.

Saya sempat mengikuti pengumuman kemenangan Ir Nizar melalui Astro Awani secara lansung dari Dewan Perbandaran Taiping sebentar tadi dan beliau dengan penuh tawadhuk dan rasa syukur telah membaca Firman Allah SWT di dalam surah Al Fath ayat 1 - 3 sebagai gambaran kesyukurannya kepada Allah SWT di dalam ucapan sulung beliau walaupun saya menyaksikan penyampaian ucapan tersebut amat tidak disenangi oleh pihak BN yang berada di atas pentas.

Kepada seluruh petugas dan yang mencurahkan seluruh keringat dan pengorbanan untuk menjayakan misi besar ini, hanya Allah SWT yang layak memberikan sebaik-baik balasan pada kalian semua.

Jangan lupa, kemenangan juga ujian dari Allah SWT buat kita semua agar kita menjalankan amanah Allah SWT mentadbir bumi sepertimana yang dikehendaki tuan punya bumi ini iaitu Allah SWT. Berterima kasihlah jua kepada rakyat tidak kira agama dan bangsa yang telah memberikan sokongan dalam masa yang sama memberikan harapan.

Firman Allah SWT :

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan Engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya, Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" Al Fath 1-3

Monday, April 6, 2009

PadaMu Kami Berserah Ya Allah...

Salam Islah,

Debaran hati seluruh pencinta keadilan dan pejuang kebenaran semakin kuat dengan berakhirnya kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada malam ini. Besok (7 April 2009 ) adalah hari penentuan samada suara rakyat akan terus berkumandang memberi isyarat kepada Kerajaan BN ataupun sebaliknya.

Saya percaya bahawa seluruh jentera PR telah bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu da penat demi memastikan isyarat sampai kepada Kerajaan BN bahawa mereka perlu bersedia untuk dikuburkan oleh mandat rakyat kepada PR.

Bagi saya, tidak akan ada apa-apa perubahan di dalam pimpinan baru UMNO dan kerajaan yang dikepalai oleh Najib sekarang ini selagi mana Najib tidak ubah dasar perjuangan kepada Islam. Kalau masih dengan dasar yang lama maka tak kemana jualah kepimpinan negara ini.

Walaupun Najib memimpin Malaysia yang majmuk, dia perlu meletakkan dasar kepimpinannya adalah Islam yang berterskan Al Quran dan As Sunnah. Apa yang terjadi adalah, walaupun sudah 50 tahun lebih UMNO memimpin BN dan memerintah Malaysia, non Muslim masih tidak memahami Islam serta masih bersikap prejudis dengan Islam. Pimpinan UMNO masih menggunakan HUDUD untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap ajaran Islam. Inilah kesalahan besar UMNO yang tidak memerintah ikut cara Islam. Islam bukan saja suruh buat masjid dan bina pusat Islam, tetapi Islam itu harus memimpin segenap bidang kehidupan. Politik, ekonomi , jenayah dan sebagainya mesti diatur dan ditangani ikut cara Islam. Apa yang pimpinan UMNO lakukan buat masa ini hanya mencemarkan imej Islam kerana mengamalkan Islam serpihan. Maka islam itu dilihat cantik pada sebahagiannya serta tidak cantik pada bahagian yang lain.

Persiapan terakhir kita pada sepanjang malam ini adalah DOA & MUNAJAT kepada Pemilik alam ini supaya memelihara perjuangan kita ini serta mengurniakan pertolongan serta kemenangan kepada kita esok hari. Untuk berdepan dengan jentera BN yang sangat hebat dan besar kekuatannya adalah sangat mustahil, akan tetapi ia sangat tidak mustahil jika Allah bersama-sama perjuangan kita ini lalu memberi pertolonganNya kepada kita maka sangat tidak mustahil untuk kita mencapai kemenangan. Yakinlah bahawa strategi yang kita jalankan hanyalah 1 % dari usaha dan ikhtiar yang kita jalankan. 99% yang baki adalah di dalam ketentuan Allah. Jika Allah hendak memenangkan kita maka tiada siapapun yang dapat mengalahkan kita.

Ya Allah, kurniakan kami kemenangan sepertimana yang telah Engkau kurniakan RasulMu di medan Badar dan Ahzab. Hancurkanlah musuh-musuh kami dan musuh agamaMu ya Allah. Kurniakan kami kemenangan yang Engkau janjikan. Ya Allah, jika Engkau biarkan kelompok kami yang kecil dan lemah ini dialahkan oleh musuh pada esok hari, maka bahawa sesungguhnya tiada lagi tempat kami bergantung harp melainkan padaMu jua ya Rabbal ‘Alamien. Allahumma Amien bijaahi Saiyyidil Mursalin.

Sokong UMNO / BN Sudah Cukup Untuk Persenda Islam


Dulu Mahathir pernah kata, Zaman Nabi tak ada pisau cukur, sebab tu nabi berjanggut. Tun tidak pernah minta maaf. justeru, Bila agaknya Presiden BBPM nak desak Mahathir minta maaf dengan umat Islam???


SOKONG UMNO/BN SUDAH CUKUP PERSENDA ISLAM

Malaysiakini melaporkan;

“Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang”

“Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul”.

“Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu[1]

KOMEN:

Ada beza antara persenda dengan tersilap??.

Kalau orang berbangsa cina yang terkenal dengan “telo” cina menyebut “al-aurah”, sedangkan sebenarnya “Al-‘Araf”, maka itu bukan persenda, tapi tersilap menyebut.

Semasa aku belajar di Pakistan. Ramai dari kalangan imam-imam Pakistan yang tidak boleh sebut “waladdolin” ketika membaca surah Al-Fatihah. Tapi, mereka baca “walazzolin”. Iaitu huruf Dod, jadi Zo.

Jadi macam tu kerana lidah bangsa Pakistan ada masalah kefasihan dalam menyebut huruf “dod”. Tindakan mereka itu, bukanlah kerana persenda Al-Quran, tetapi ia adalah problem kefasihan.

Adapun persenda, mesti ada unsur niat dan kehendak untuk mempersenda Islam. Jika tidak ada unsur niat atau kehendak, maka itu tidak disebut sebagai persenda.

Kalau macam UMNO/BN dakwa undang-undang islam tidak layak dilaksanakan dalam pemerintahan. Itu adalah persenda Islam.

Juga boleh disebut sebagai persenda Islam, jika menyebut mahu melaksanakan islam, tetapi sekadar gimik, atau ilusi demi mencari pengaruh, sedangkan hakikatnya tidak mahu laksanakan islam.

Keadaan ini pernah berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab semasa jadi Khalifah. Beliau melarang orang islam membaca Surah “’abasa” bagi solat jahar; maghrib, isyak, Jumaat dan Subuh. Alasan larangan beliau adalah kerana, ramai orang munafiq yang membacanya dengan tujuan menghina Nabi SAW. Kerana, surah tersebut adalah teguran Allah terhadap kesilapan Nabi SAW yang agak kurang melayan seorang sahabat buta bernama Abdullah bin Ummi Al-Maktum ketika baginda sedang bersembang dengan beberapa tokoh kafir.

Jika dilihat dengan tindakan Omar bin Al-Khattab yang melarang itu, kita dapati Omar melarang membaca salah satu surah dari Al-Quran, sedangkan membaca Al-Quran adalah satu tuntutan. Pun begitu, dilarang membaca surah tersebut dalam solat jahar kerana melihat niat jahat orang-orang Munafiq yang mempersenda Nabi SAW.

Keadaan yang sama juga berlaku pada UMNO/BN jika mereka bercakap Islam. Mereka bercakap Islam, bukan kerana mahu melaksanakan Islam, tetapi semata-mata mahu mencari pengaruh politik sesat mereka. Jika mereka tidak sesat, sudah pasti Malaysia sudah jadi negara Islam. Sedangkan, walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah, masakan negara Islam, orang Islam yang wujud pun semakin ramai yang keluar Islam dan semakin yang tidak memahami Islam.

Nyatalah, Sokong UMNO/BN pun sudah cukup untuk seseorang itu mempersenda Islam.

Sekian

p/s : bersyukurlah kalau sudah ada non muslim yang nak baca Al-Quran. Itu adalah permulaan mereka mengenali islam. Yang paling penting UMNO kena fikir, ramai ahli mereka yang bukan sekadar salah baca Al-Quran, malah amat ramai yang jahil murakkab tentang Al-Quran. Kalau tak percaya, Cuba suruh Tun Mahathir atau Najib Tun Razak baca Al-Quran.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com

5 Tahun Kesyahidan Imam Al Mujahid Sheikh Ahmad Yasin


dakwatuna.com - Gaza, Pembunuhan terhadap Syekh Ahmad Yasin lima tahun lalu bukan peristiwa sederhana. Peristiwa itu menjadi pusat perhatian bagi seluruh pejuang kebebasan di dunia, dan secara khusus mengingatkan bangsa Arab dan umat Islam adanya bahaya hakiki Israel di Palestina.

Syahidnya Syekh Ahmad Yasin meningkatkan dukungan besar kepada gerakan Hamas, bukan hanya di Palestina, bahkan dukungan bangsa Arab dan Islam semuanya. Sejak saat itu, semua orang bertanya tentang Hamas, gerakan yang mengguncang bangunan Israel, gerakan ini mulai menyebar secara drastis hingga mayoritas Palestina berafiliasi kepadanya, mereka mendukungnya atau simpati kepada gerakan perlawanan dan ketegaran mereka dalam memperjuangkan prinsip-prinsip dasar Palestina dan menolak perundingan damai dengan Israel.


Syahidnya Syekh Yasin juga mengundang reaksi, yang justru mengatakan bahwa darah beliau akan menjadi “bahan bakar baru” bagi perlawanan.

Kelahiran dan Perlawanan Ahmad Yasin

Syekh Ahmad Yasin lahir tahun 1936 di desa El-Gorah yang dibangun di reruntuhan kota Ashkelon yang bersejarah, berada di Majdal Tengah ke arah utara dari Jalur Gaza sekitar dua puluh kilometer.

Beliau belajar di Sekolah Dasar El Gorah dan terus belajar sampai tingkat kelima.

Sejak “nakbah” -malapetaka dahsyat- menimpa rakyat Palestina di tahun 1948 berupa diproklamirkan berdirinya negara Israel, Ahmad Yasin terpaksa berhijrah bersama keluarganya ke Jalur Gaza dan menetap di kamp pengungsi Shati’ di pantai Jalur Gaza. Selama tinggal di permukiman, beliau putus studi sampai tahun 1950, karena sibuk memberikan kontribusi keberlangsungan hidup keluarganya yang terdiri dari tujuh orang, dengan bekerja di sebuah restoran di Gaza City.

Kemudian beliau melanjutkan studinya di sekolah kamp pengungsi dan menyelesaikan studinya di Tingkat Dasar dan Persiapan tahun 1955, kemudian melanjutkan Sekolah Menengah Palestina yang merupakan sekolah paling bergensi di Jalur Gaza. Suasana politik di Jalur Gaza secara umum sedang bergejolak, terutama di sekolah tempatnya belajar.

Dunia Arab sedang bergejolak dengan aliran-aliran pemikiran, baik yang berhaluan nasionalis, kiri, dan Islam. Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan gerakan paling aktif di Jalur Gaza. Ia banyak didukung oleh pelajar, bahkan mereka yang berprestasi di kelas dan karenanya dipilih menjadi ketua ketua beragam aktifitas, mereka itu kebanyakan berafiliasi kepada gerakan Islam inin.

Di gerakan Ikhwanul Muslimin, Ahmad Yasin menemunkan apa yang dia cari selama ini. Dakwahnya sesuai dengan keinginannya, baik dari sisi pemikiran agamanya (ideologi), atau dalam hal pandangan politik, dan methodologi pendidikan untuk menyiapkan generasi pembebas Palestina, menyelematkan Al-Aqsha yang penuh berkah dari tangan para penjajah. Ahmad Yasin melihat itu semua dan memberikan bai’atnya kepada gerakan Islam ini pada tahun 1955.

Beliau mengajar bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyyah. Beliau juga seorang penceramah ulung di masjid-masjid di Gaza, bahkan paling popular di sana karena hujjahnya yang kuat. Ia juga dipilih menjadi pengurus Majma’ Islami di Gaza.

Beliau ditangkap oleh Zionis Israel tahun 1984, karena Israel merekayasa rumahnya sebagai gudang senjata yang dibeli oleh Syekh dari seorang agen Israel.

Ia pernah divonis penjara 13 tahun, kemudian keluar dalam proses pertukaran tawanan Tahun 1985.

Pada 17 November 1987 gerakan Islam di bawah kepemimpinannya mengeluarkan keputusan untuk memulai “aksi militer” melawan entitas penjajah Israel.

8 Desember 1987 meletus aksi Intifadhah, beliau sebagai motor penggeraknya, dan sepekan setelah itu, dideklarasikan Gerakan Perlawanan Islam “Hamas”, dan pernyataan resmi pertamanya dikeluarkan 14 Desember 1987 M.

Intensitas aksi serangan dan mogok massal yang digalang oleh Hamas terhadap Zionis Israel semakin keras. Mereka kemudian menangkap Syekh dan sebagian besar pimpinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin, pada malam tanggal 18 Mei 1989 M. beliau mendekam di penjara sampai 25 September 1997 M., beliau dibebaskan kembali dalam sebuah negoisasi pertukaran tawanan oleh Raja Husein dengan Israel, setelah gagalnya percobaan pembunuhan terhadap Khalid Misy’al Kepala Biro Politik Hamas yang dilakukan Israel.

Kesaksian Orang Terdekat

Dalah Dr. Asy-Syahid Abdul Aziz ar-Rantisi mengatakan:

“Syeikh Ahmad Yasin ketika masih hidup menjadi simbol Islam yang sangat besar. Dengan syahidnya beliau, beliau menjadi guru unik dan paling menonjol dalam sepanjang sejarah umat. Tidak ada sejarah seperti yang diukur Syekh Yasin, di mana pemimpin yang lemah (karena cacat fisik) mampu mengubah menjadi kekuatan. Ia adalah pemimpin yang tidak pernah percaya dengan kelemahan mutlak atau kekuatan mutlak selama ia masih bernama makhluk manusia.”

Rantisi yang gugur syahid sebulan setelahnya menegaskan bahwa Syekh Yasin lah yang menggerakkan rakyat Palestina yang tidak berdaya untuk melawan Israel dengan batu dan pisau, kemudian dengan bom, kemudian dengan roket-roket Al-Qassam. Syekh Yasin telah merubah kelemahan rakyat menjadi kekuatan yang kini tidak bisa diremehkan Israel dan Amerika.

Rantisi menegaskan bahwa Israel salah ketika membunuh Syekh Yasin, sebab Israel tidak pernah belajar dari masa lalu. Mereka membunuh para nabi, namun mereka gagal memadamkan cahaya yang mereka bawa. Israel tidak akan bisa mematikan cahaya dari jasad Syekh Ahmad Yasin.

Darah Syekh Yasin Pesan untuk Bersatu

Sementara Khalid Misy’al, Ketua Biro Politk Hamas menegaskan:

“Darah Syeikh Ahmad Yasin memberikan pesan kepada bangsa Palestina untuk bersatu dan merapikan barisan. Ia menyatakan, para pejuang Palestina sudah memberikan ruh mereka untuk Allah, kemudian untuk membebaskan Palestina. Gugurnya Syekh Ahmad Yasin akan semakin menjadikan gerakan perlawanan semakin kuat.”

Ia menegaskan bahwa Israel harus tahu bahwa upaya mereka untuk mematahkan semangat rakyat Palestina akan gagal. Tindakan Israel membunuh Syekh Yasin menegaskan bahwa mereka hanya berfikir bagaimana melakukan kejahatan. Karenanya, Misy’al menyerukan agar rakyat Palestina bersatu di belakang perlawanan Palestina.

Hamas Terus Melawan

Sementara itu, Mahmud Az Zehar menegaskan bahwa kejahatan pembunuhan Syekh Ahmad Yasin sebelumnya sudah diprediksi. Namun itu tidak akan membelokkan Hamas dan pimpinannya dari program perlawanan terhadap Israel. Ia menegaskan, boleh Israel menyatakan Syekh Yasin layak mati karena keberadaannya mengancam eksistensi mereka di kawasan. Namun kami mengatakan bahwa Syekh Yasin syahid di sisi Allah, ia hidup dan mendapatkan rizqi, yang mati adalah Israel dan para pemimpinnya yang melakukan kejahatan dan pembantaian terhadap rakyat Palestina.” tegas Zehar.

Darah Yasin Kobarkan Perlawanan

Sementara itu, Dr. Yusuf Al-Qaradlawi menegaskan bahwa:

“Darah Syekh Yasin tak akan tumpah percuma. Bahkan ia akan menjadi api dan laknat bagi Israel. Kesyahidan Syekh Yasin tidak akan melemahkan perlawanan seperti yang dibayangkan Israel.”

Ia menambahkan bahwa pembunuhan Syekh Yasin adalah kejahatan penjajah Israel. dan Amerika ikut bertanggungjawab atas kejahatan itu. Sebab Israel melakukan kejahatan dengan senjata Amerika, dana, dan dukungan mereka.

Al Qaradhawi juga menegaskan, bangsa Arab harus sadar dan waspada terhadap gerakan Zionis Israel sekaligus bangsa Arab harus menunaikan amanah terhadap saudara-saudara mereka di Palestina.

Wednesday, April 1, 2009

Tarbawi : Kewajipan Terhadap Rasulullah SAW

Oleh: Mochamad Bugi

Beriman kepada Rasulullah saw. merupakan salah satu konsekuensi dari pemahaman bersyahadah: wa asyhadu ana muhammada ar-rasulallah, aku bersaksi bahwa Muhammad adalah rasul Allah. Dan, kesaksian kita itu akan jujur dan istiqamah jika diwujudkan menjadi sikap.

Ada empat sikap yang memberi alamat bahwa syahadat kita tentang Rasulullah saw. itu jujur dan istiqamah. Keempat sikap itu adalah:

1. Membenarkan dan mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.


Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (Az-Zumar: 33)
ٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran: 31)

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى

Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-Najm: 2-4)


2. Taat kepada Rasulullah saw.

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Ali Imran: 32)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آَمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا (60)


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan setan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (An-Nisa: 59-60)


3. Menjauhi apapun yang dilarang dan tidak disukai Rasulullah saw.

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. (Al-Hasyr: 7)


4. Tidak beribadah kepada Allah kecuali dengan apa yang disyariatkan oleh Rasulullah saw.

Sabda Nabi: “Tidak beriman di antara kamu sehingga hawa nafsunya tunduk kepada apa yang kubawa” (HR Tirmidzi)


Adapun di antara kewajiban kepada Rasulullah saw. adalah sebagai berikut:


1. Beriman kepada Rasulullah saw.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نزلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا


Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (An-Nisa’: 136)

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآَمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُون


Katakanlah: “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-A’raf: 158)

Allah menegaskan perintah keimanan kepada Rasulullah saw. lewat dua ayat di atas. Perintah-perintah dalam Al-Qur’an secara umum berarti suatu kewajiban. Mustahil kita dapat mengikuti Rasulullah saw. jika tidak diawali dengan beriman kepadanya terlebih dahulu.


2. Ketaatan kepada Rasulullah saw.

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا


Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa’: 80)

Ketaatan kepada Nabi akan membawa kepada sikap mau mengikuti beliau (ittiba’). Tidak ada ketaatan yang mutlak, kecuali dilakukan kepada manusia yang membawa kebenaran dari Allah swt. Ketaatan kepada Rasulullah saw. pada hakikatnya merupakan ketaatan kepada Allah. Manusia wajib taat kepada Allah, kemudian Allah menegaskan bahwa ketaatan kepada Rasul adalah sebagian dari ketaatan kepada-Nya. Maka, ketaatan kepada Rasul wajib juga untuk umat Islam dan memiliki makna yang mendalam.


3. Mengikuti Rasulullah saw. (Al-Ahzab: 31)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali Imran: 31)

Yang kita lakukan dalam konteks beribadah, bermuamalah dan berakidah harus mengikuti Rasulullah saw., sebagaimana telah dicontohkan oleh beliau. Para ulama membuat sebuah kaidah: hal-hal yang berkaitan dengan masalah ibadah dan akidah hukum dasarnya tidak boleh, kecuali apa yang dicontohkan Rasulullah saw. dan ada dalil yang mengatakan boleh. Sedangkan hal-hal yang berkaitan dengan muamalah (hubungan sesama umat manusia) hukum dasarnya adalah boleh, kecuali bila ada dalil yang mengatakan tidak boleh. Ittiba’ ini merupakan bagian dari rasa cinta kita kepada Rasulullah saw. Mencintai Allah tak akan mungkin terjadi kecuali kita sungguh-sungguh mencintai Rasulullah saw.


4. Bersholawat kepada Rasulullah saw.

Bila nama beliau disebut, kita wajib menyampaikan shalawat untuknya. Hal ini salah satu syarat turunnya syafaat di hari kiamat kelak.


5. Memahami bahwa Rasulullah saw. adalah Nabi penutup

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Ahzab: 40)

Nabi Muhammad adalah nabi terakhir, penutup para nabi. Tidak ada lagi nabi, rasul, dan wahyu setelahnya. Umat Islam tidak perlu terjebak akan adanya klaim dari manusia yang mengaku bahwa dirinya adalah seorang nabi. Jikapun ada, bisa dipastikan bahwa hal itu palsu. Tidak perlu diikuti bahkan harus diingkari. Akidah tentang khatmun nubuwwah (Muhammad nabi terakhir) akan membebaskan kita dari masalah teologis. Kita tidak perlu lagi mencari ajaran-ajaran kewahyuan di luar ajaran Nabi saw.


6. Membela Rasulullah saw.

Sikap cinta perlu dibuktikan dengan pembelaan kepada Rasulullah saw. Khususnya dari pihak yang ingin mendiskreditkan, memfitnah Rasulullah saw. Pembelaan kepada beliau berarti juga pembelaan kepada kebenaran dan keberlangsungan ajaran Islam. Allah selalu membela Nabi, dengan menurunkan mukzijat, memberikan kemampuan berdebat, bahkan dengan menurunkan para malaikat kepada beliau.

Beberapa kewajiban kita kepada Rasulullah saw. dilakukan karena dalam diri beliau terdapat panutan (suri teladan) yang baik dengan pengharapan pertemuan dengan Allah dan keselamatan dari azab api neraka (Al-Ahzab: 21). Rasulullah saw. adalah tokoh yang layak diteladani berkaitan dengan masalah moralitas, ibadah, dakwah, pendidikan, sosial, politik, perjuangan ekonomi, rumah tangga, bahkan peperangan. Melaksanakan kewajiban kepada Rasulullah saw. akan sempurna jika kita memahami karakteristik risalah yang dibawa beliau.


Karakteristik risalah beliau di antaranya adalah:

a. Ajaran Nabi Muhammad adalah penggabungan ajaran rasul-rasul sebelumnya. Sehingga ajaran Nabi saw. adalah ajaran yang mensejarah dan berkaitan dengan kebenaran iman dan kebenaran syariat para nabi terdahulu.

َ
Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 136)

b. Ajaran Muhammad bersifat universal. Allah mengutus Rasulullah saw. untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Risalah Nabi saw. cocok untuk semua kelompok manusia dan semua zaman. Hal ini dimungkinkan karena ajaran Islam karena Islam memenuhi kebutuhan realitas kehidupan. Di dalam Al-Qur’an ada dialog antara wahyu dengan umat manusia, antara Rasulullah saw. dengan Allah, antara Rasulullah saw. dengan kaumnya.

c. Ajaran Islam mementingkan yang mudah bagi manusia, menghilangkan yang sulit. Yang dimaksud dengan yang mudah bukan memudah-mudahkan. Melainkan kemudahan yang sesuai dengan fitrah manusia, yang sesuai dengan realisasi yang ma’ruf dan upaya untuk meninggalkan yang munkar.


Itulah beberapa kewajiban yang dapat dilakukan terhadap para rasul, khususnya Rasulullah saw. dan spesifikasi ajaran yang dibawa beliau. Sebagai bukti konsekuensi ikrar syahadah kepada Rasulullah saw.. Kita berupaya semaksimal mungkin untuk dapat melaksanakannya. Semoga Allah memberikan kemudahan.