Wednesday, December 23, 2009

Pesan HijraturRasul 2


Agama Islam telah sempurna, sebagaimana firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.

Ibnu Katsir (wafat 774H) berkata, “lni merupakan nikmat yang terbesar atas ummat ini. Yakni Allah telah menyempurnakan bagi mereka agama mereka. Mereka tidak memerlukan agama selain dari agama Islam. Mereka tidak perlu pada Nabi selain daripada Nabi Muhammad s.a.w., kerana itu Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup para nabi. Allah mengutus Nabi Muhammad kepada golongan jin dan manusia. Tidak ada yang halal, kecuali yang dihalalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Tidak ada yang haram, kecuali yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Tidak ada agama, melainkan yang disyariatkan oleh beliau s.a.w.. Setiap yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., semuanya benar dan jujur, tidak ada kedustaan dan tidak ada penyalahan janji, sebagaimana firman Allah “Telah sempurna kalimat Rabb-mu dengan jujur dan adil”. Jujur dalam masalah berita, dan adil dalam perintah dan larangan. Tatkala Allah telah menyempurnakan agama ini, Allah sempurnakan nikmat ini, kerana itu Allah berfirman “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu”.

Ayat ni turun pada petang hari ketika Hari Arafah, yang bertepatan dengan hari Juma’at. Orang-orang Yahudi mengakui tentang kesempurnaan agama Islam, dengan turunnya ayat ini. Sehinggakan mereka berkata kepada Umar bin Khaththab: “Demi Allah, sesungguhnya kalian membaca ayat, “Kalau seandainya ayat tersebut turun kepada kami, nescaya kami akan jadikan sebagai Hari Raya”
.
Kata Umar bin Khaththab, “Sesungguhnya aku mengetahui bilakah ayat ini turun, dimana ayat ini turun, dan dimana Rasulullah ketika ayat ini turun. Ayat ini turun pada Hari Arafah, dan aku dengan izin Allah ada di Arafah, dan hari itu Hari Juma’at (iaitu pada hajatul wada’)”. (Tafsir lbnu Katsir, 2/1 5-16)

Penjelasan tentang keterangan lbnu Katsir adalah sebagai berikut:

1. Ayat ni turun di Arafah.

2. Dalam ayat ni, nikmat yang terbesar adalah nikmat Islam. Hal ni wajib kita syukuri. Kita bersyukur kerana telah diberi oleh Allah nikmat di atas Islam. Namun yang perlu kita ingat lagi, kita harus memohon kepada Allah agar kita diberikan hidayah di atas Sunnah. Sebab kalau dikatakan Islam saja, hal ini tidak cukup, kerana banyak orang-orang yang mengaku Islam. Firqah-firqah yang sesatpun mengaku Islam. Yang terbaik bagi kita adalah, meminta kepada Allah agar diberikan hidayah di atas Sunnah, setelah kita diberi hidayah di atas Islam ini. Sebagaimana kata Imam Abu Aliyah: “Aku tidak tahu, dari dua nikmat Allah yang mana yang paling besar. Yang pertama, aku diberikan hidayah di atas Islam. Yang kedua, Allah menunjuki aku di atas Sunnah, dan tidak dijadikan aku sebagai orang Khawarij”. (Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq dalam Mushannafnya, 10/153; al-Laalikai’y dalam Syarah Ushul l’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah no. 230. Disebutkan pula oleh Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A’lamin Nubala’, 4/212)

3. Bahawa Nabi diutus kepada jin dan manusia.

4. Nabi Muhammad adalah penutup para nabi. Tidak ada nabi setelah beliau s.a.w.. Beliau merupakan penutup para nabi dan rasul.

Tidak ada agama, melainkan yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Islam satu-satunya agama yang haq. Semua orang Yahudi dan Nasrani, mereka harus masuk ke dalam agama Islam. Kalau mereka tidak masuk ke dalam agama Islam, maka pasti mereka menjadi penghuni neraka. Setelah diutusnya Nabi Muhammad, maka orang Yahudi, Nasrani dan juga yang lainnya harus masuk ke dalam Islam, sebab Allah berfirman:

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang nugi. (Ali lmran 3: 85)

No comments: