Friday, June 26, 2009

Fatwa Syeikh 'Athiyah Saqar : Solat (3&4)

Soalan 3 : Ada sesetengah orang menyinsing baju lengan ketika masuk untuk solat. Adakah dibolehkan?

Jawapan : Di dalam Fiqh Mazhab yang empat bahawasanya menyinting lengan baju sehingga ke siku di dalam solat adalah makruh. Berkata Ulama’ Malikiah: Makruhnya itu terjadi apabila disinting atas tujuan untuk solat, akan tetapi sekiranya disinting sebelum mendirikan solat atas kerana sesuatu perkara ataupun dia menyinting bukan kerana untuk solat maka tidaklah makruh.

Soalan 4 : Adakah dibolehkan seseorang yang bekerja sebagai penyembelih binatang mengerjakan solat samaada secara seorang ataupun berjemaah dengan pakaian yang bercampur dengan darah apabila dia tidak sempat nak menukar pakaiannya takut luput waktu solat?

Jawapan : Diketahui umum bahawasanya darah ialah najis maka tidak sah jika solat terdapat darah pada pakaian ataupun badan. Berkata Fuqaha’ : Bagi seseorang yang bekerja sebagai penyembelih maka ianya diampunkan dengan sedikit darah yang melekat dan tidak wajib dibasuh. Adapun sekiranya darah yang melekat itu banyak, maka tidak sah solat melainkan selepas dibasuh terlebih dahulu.

No comments: