Monday, June 29, 2009

Fatwa Syeikh 'Athiyah Saqar : Solat (5)

Soalan 5 : Sekiranya seseorang pitam disebelah kita semasa kita solat, adakah boleh kita membatalkan solat untuk menolong dia kemudian kembali sempurnakan solat ataupun kita solat semula dari mula?

Jawapan : Menyelamatkan orang yang cedera ataupun berlaku padanya bahaya adalah sesuatu kewajipan, dan menyempurnakan solat juga adalah wajib. Apabila bertembung antara dua kewajipan ini maka patut didahulukan apa yang tidak mampu dia tinggalkan. Solat mungkin boleh di ulangi semula dan solat jemaah tersebut hanyalah sunnah bukan fardhu. Walaubagaimanapun mestilah terjadi dari satu qaedah fiqh “Fa Dhatrurah tubiihul Mahdhuraat”. Diatas qaedah inilah saya berpendapat pertolongan harus diberi kepadanya untuk membantunya.

Apabila perbuatan di dalam solat itu sedikit sebagai contoh membunuh kala ataupun menanggalkan kasut maka dia boleh menyempurnakan solatnya kembali. Adapun jika banyak perbuatannya seperti menolong orang sakit maka dia perlu solat semula samaada secara berseorangan ataupun berjemaah sebagai jalan mudah baginya berbuat demikian. Terdapat pada kitab Fiqh Mazhab yang empat menyebut. Kalam yang diucap untuk menyelamatkan orang buta dari bahaya adalah sama perumpamaannya dengan keadaan ini, maka semestinya dia perlu bercakap dalam menolong dan boleh membatalkan solatnya.

No comments: