Wednesday, June 16, 2010

Terjemahan Fatwa Sheikh 'Athiyyah Shaqr ~ Solat 1

Soalan 1 : Penerangan terhadap hadis “Tidak ada solat bagi jiran masjid melainkan di masjid”.

Jawapan Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Hadis ini diriwayatkan oleh ad Daru Quthni dengan sanad yang dhaif. Walaupun benar namun bukanlah yang dikehendaki dari Hadis ini bahawa solat di rumah itu batal dan tidak sah jika sekiranya berdekatan (berjiran) dengan masjid. Ini adalah kerana bumi itu seluruhnya adalah masjid sebagaimana yang telah ditegaskan oleh hadis yang sahih.
 
Adapun yang dimaksudkan oleh Hadis ini ialah solat itu tidak sempurna yakni pahalanya sedikit (solat di rumah) berbanding solat di masjid. Ini adalah kerana masjid itu adalah sebaik-baik tempat di atas muka bumi sepertimana yang dijelaskan oleh hadis dan solat berjamaah yang paling sempurna itu hanya berlaku di masjid.

Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ancaman Rasulullah SAW kepada orang yang meninggalkan solat berjamaah di masjid dengan sabda Baginda ; “Dan jika sekiranya kamu menunaikan solat di rumah-rumah kamu sepertimana orang yang menyalahi sunnah ini di rumahnya maka bahawa sesungguhnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah Nabimu maka sesatlah kamu”

Berkata Ibn Mas’ud ; “Tidaklah kami dapati orang-orang yang meninggalkan solat berjamaah di masjid itu melainkan mereka adalah orang yang munafiq secara terang-terangan”.

Kesimpulannya , bahawa wajib kita menerima kandungan hadis ini sebagai galakan kepada kita supaya menunaikan solat berjamaah di masjid. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang rumahnya itu berdekatan dengan masjid. Dan bukanlah maksud hadis ini ialah batalnya solat orang yang menunaikan solat di rumah bagi mereka yang berjiran dengan masjid.

6 comments:

Anonymous said...

Ustaz, kalau jiran surau bagaimana pula?

Anonymous said...

saya ada hantar email mengenai gerakan wahabbi di malaysia, harap dapat semak

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg mntap..syukran ust..
moga entry ni mmbuka mata hati pembaca.. (^_^)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya ada hantar melalui email serba-sedikit tentang perkembangan wahabbi di Malaysia. Semoga ia dapat membantu perjuangan ustaz dalam memerangi golongan ini

Anonymous said...

mohon tuan semak email, saya ada hantar sedikit maklumat tentang wahabbi

Anonymous said...

Jakim http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894
Syeikh Atiah Saqr http://www.youtube.com/watch?v=tN8hWGZNzpM
TG Presiden PAS http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=15