Wednesday, October 22, 2008

Doa Nik Aziz di Dewan Perniagaan Cina


Salam Islah,

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memilih kita dan meletakkan kita dalam perjuangan yang ingin menjadikan Islam itu sebagai paying kepada ‘seluruh manusia. Al Quran menggunakan istilah ‘linnaasi kaaffah’. Al Quran telah mengaskan dengan terang jelas bahawa Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada manusia seluruhnya , tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit mahupun latar belakang. Dalam kata lain, Al Quran juga menyebut bahawa Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu sebagai ‘rahmatan lil ‘aalamin’ ( rahmat kepada seluruh alam).


Pimpinan PAS telah membuktikan bahawa Islam itu adalah untuk seluruh umat manusia dan dengan tujuan untuk memayungi manusia dengan rahmat, barakah, dan keadilan. Akhbar mingguan WASILAH (26 Okt- 1 Nov) telah memaparkan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang berdoa di dalam Majlis Hari Raya bersama masyarakat Tionghua di Kota Bharu anjuran PAS Kawasan Kota Bharu. Berita tersebut dipaparkan dengan tajuk “ Doa Nik Aziz di Dewan Perniagaan Cina”.


Doa adalah ibadah, bahkan disebut oleh Rasulullah sebagai “ otak kepada ibadah”. Dalam Islam, doa adalah kemuncak kepada aqidah yang bersih dan kemuncak kepada penyerahan diri kepada Allah SWT. Umat Islam dilarang berdoa kepada selain Allah SWT.


Orang Tionghua yang beragama Buddha kebanyakannya adalah mereka yang tidak mentauhidkan Allah SWT. Doa adalah intipati ajaran Tauhid. TGNA telah mengangkat tangan berdoa di dalam majlis orang Cina Tionghua memoho taufiq dan hidayah Allah untuk mereka semua khasnya. Maka sudah tentulah doa itu bukan sahaja untuk mereka terus lembut hati menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tetapi agar mereka menerima Islam sebagai Ad Dien.


Inilah keistimewaan dan keindahan ajaran Islam. Di dalam majlis orang bukan Islam pun kita tetap menonjolkan ajaran agama kita yang comel dan cantik untuk mengajak mereka kepada Islam yang suci.



No comments: