Saturday, August 16, 2008

Muktamar PAS ke 54-Bukan Rahsia

Salam ISLAH,


Saya sangat pasti bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden di dalam Konvensyen PAS Pulau Pinang baru-baru ini adalah bukan di dalam program ‘dalaman jamaah’.



Saya juga sangat pasti bahawa Konvensyen tersebut ‘dipenuhi’ wartawan dan wakil media yang saya difahamkan telah dijemput oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa. Maka dengan sendirinya program yang dihadiri oleh media tidak boleh diperkirakan sebagai program dalaman yang perlu dirahsiakan isinya.



Umum mengetahui bahawasanya di dalam program tersebutlah Tuan Guru Presiden telah memberikan penegasan bahawa jika sekiranya kerajaan yang terbentuk pada 16 September nanti (jika berlaku) tidak didominasi oleh Islam maka PAS tidak akan menyertai kerajaan tersebut.



Jadi, menulis atau memperkatakannya di hadapan khalayak atau menulis di dalam blog bukanlah satu kesalahan kerana melanggar disiplin dan adab berjamaah disebabkan mendedahkan kerahsiaan parti dan jamaah.



Saya bercakap dengan orang yang memberitahu Tuan Guru Presiden bahawa ucapan beliau di dalam konvensyen tersebut telah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian, lalu dijawab oleh Tuan Guru Presiden , “baguslah kalau begitu”. Ini lebih terang dan jelas bahawa Tuan Guru Presiden juga sependapat dengan saya bahawa program tersebut bukannya program dalaman jamaah yang perlu dirahsiakan.



Persoalannya, salahkan mendedahkan penegasan tersebut kepada umum?. Apa yang hendak ditakutkan?. Di sinilah letaknya kehebatan PAS dalam bersiyasah. PAS mesti memastikan bahawa harga dirinya adalah mahal dan tidak ternilai sebenarnya. Membuka laluan kepada PKR untuk menonjolkan dirinya sebagai pimpinan Pakatan Rakyat pun sudah kira cukup bagus dan melambangkan keterbukaan PAS. Kenyataan tersebut juga melambangkan bahawa PAS tetap teguh berdiri mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mengakkan syariat Allah dan hukumnya serta hak-hak Allah di atas muka bumi ini melalui sisayahnya. Jangan dicabar lagi penegasan ini.



Persoalan yang kedua, individu yang tidak mahu berdiri di belakang Presiden dalam mempertahankan kenyataan ini, apakah sebenarnya yang mereka ingin pertahankan?. Kenapa sanggup meretakkan kesatuan tindakan dengan pimpinan Presiden PAS dalam hal ini.



Saya puji dan mengucapkan tahniah kepada Yb Ustaz Nik Mohd Amar ( Exco Kerajaan Kelantan) atas penegasannya bahawa individu yang paling layak menjadi PM jika terbentuk kerajaan Pakatan Rakyat adalah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Bukankah Anuar menghormati pendirian ini? Kenapa anda tidak?.

2 comments:

halim said...

Nik Amar kalau nak bukak mulut pun biarlah realistik kalau tak orang gelak..

Pa'chik said...

hadi gagal di terengganu, langsung menjadikan jumlah kerusi parlimen pas yang paling sedikit dalam pakatan rakyat...
tidak ada tindakan diambil ke atas orang-orang yang menyebabkan huru-hara dalam pas, dengan ura-ura menyertai amnu, yang sangat tidak disukai oleh pengikut akar umbi... sepatutnya... orang-orang ini sekurangnya digantung jawatan, kalau pun tidak dikosongkan terus...

jangan jadi amnu, yang buleh saja terima salah laku selagi mana orang itu ada gunanya...

bila nasa mengatakan orang melayu sudah tidak percayakan anwar ibrahim... dia lupa, orang pas sendiri ramai yang sudah tidak percaya akan dia... ada yang anggap dia ejen amnu... harus saja letak jawatan kalau masih punya harga diri... dia tidak punya tokoh.. dan sanggup pula menipu...

dan, sebelum berangan nak memerintah... harus juga pandai ilmu mentadbir... dalam perang sendiri junjungan besar muhammad saw memberatkan diambil orang yang cekap dalam ilmu perang, bukan ilmu ugama dulu...
pemimpin yang tidak cekap mentadbir... buleh meruntuhkan negara...

pas kena buktikan apa pelan ekonomi yang akan mereka buat jika dapat memerintah... bukan hanya memberatkan isu nak memprotes konsert saja... orang sekarang dijajah kafir dengan ekonomi, semua dah jadik mata duitan, tambah dengan kedudukan ekonomi yang lemah, mereka mudah nak terjerat... jadik, disamping ilmu ugama, kena juga kuat ekonomi...