Salam Islah,
Debaran menantikan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akhirnya berakhir jua dengan kemenangan kepada PAS. Pimpinan dan petugas PAS masing-masing menarik nafas lega bersama kalimah syukur dan tahmid kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada pejuang agamanya.
Firman Allah SWT :
“Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana” surah Ali ‘Imran : 126
Kemenangan Pas menunjukkan bahawa rakyat semakin serius menolak UMNO dan BN yang sudah sangat tidak relevan lagi untuk memimpin
Kemenangan juga bererti bertambahlah tanggungjawab dan semakin berat amanah yang dipikul dan tergalas di bahu. Seronok dan gembira dengan kemenangan adalah lumrah dan fitrah kita sebagai manusia. Allah SWT memerintahkan kita supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih kepada Allah SWT dan memohon keampunan dari Allah SWT. Mengucap tasbih ketika meraikan kemenangan adalah kerana kemenangan itu dari Allah dan memohon keampunan ketika dikurniakan kemenangan adalah kerana kemenangan adalah amanah dan tanggungjawab, melalaikannya adalah dosa dan kesalahan besar di sisi Allah SWT. Moga Allah SWT memberikan kekuatan dan pertolongan kepada kita.
Betapa besarnya harapan umat dan rakyat kepada PAS. Mereka meletakkan harapan ini kepada sebuah jamaah Islam yang teguh dengan dasar Islamnya. Mereka yakin dengan Islam yang menjadi acuan perjuangan PAS. Mereka percaya dengan amanah dan jujurnya kepimpinan PAS. Oleh itu, setiap agenda peribadi dalam perjuangan suci ini mesti dijauhkan dan ditolak sepenuhnya. Berjuang untuk jamaah dan umat adalah tuntutan terbesar perjuangan ini. Kewujudan agenda peribadi hanya akan merosakkan dan membinasakan.
Ingat , Allah sedang memerhatikan kita dan rakyat sedang menilai kemampuan kita.
No comments:
Post a Comment