Tuesday, March 31, 2009

Seperti Keldai Yang Penuh Dengan Kitab Di Belakangnya

Salam Islah,


"Kenapa menggunakan masjid berpolitik. You tidak sepatutnya jadi imam tadi. Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".


Inilah yang diucapkan oleh MB Kudeta Perak Dr Zambry kepada Dato’ Seri Nizar semasa pertemuan ‘secara sengaja’ antara mereka di Masjid Simpang, Taiping baru-baru ini. Ceritanya dari Dato Seri Nizar adalah macam ni :


Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!


Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.


Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.


Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.


Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.


UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.


Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.


Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.


Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.


Ulasan saya ;


1.Sememangnya masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk huraikan semua persoalan berkaitan politik (inilah ucapan yang selalu dilontarkan oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz). Kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam itu akan cacat dan lompang jika Islam tidak membicarakan persoalan politik. Beriktiqad bahawa politik mesti terpisah dengan Islam adalah ajaran sekular yang sangat bercanggah dengan aqidah Islam. Rasulullah SAW sendiri berpolitik dengan menunjukkan bahawa Sunnah yang terbesar adalah menubuhkan negara Syariat dan Hukum seperti yang berlaku di madinah seusai peristiwa Hijrah Al Mubarakah. Aqidah yang dianuti oleh pimpinan UMNO bahawa politik dan agama terpisah dua adalah aqidah sesat dan songsang.


2.Adalah menjadi hak imam yang diamanahkan oleh ahli qaryah Masjid Simpang untuk menjemput dan mempersilakan siapa sahaja untuk berdiri di tempatnya sebagai imam solat maghrib pada hari tersebut seperti yang diakui oleh para ulama’ di dalam kitab-kitab fiqh mereka. Ibarat seperti kita bertandang ke rumah orang, maka bila Tuan Rumah jemput kita mengimamkan solat maka wajiblah kita meraikan kehendak tuan rumah. Namun nilailah dulu kemampuan kita.


3.Nak jadi imam mesti ada kelayakan seperti yang tercatat di dalam As Sunnah dan Fiqh. Selain dari wajib memahami fiqh berkaitan solat dan bacaan al Fatihah yang betul maka aqidah imam mesti mengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasulillah SAW. Berimamkan imam yang fasiq (derhaka kepada Allah dan Rasul) boleh merosakkan solat kita kecuali kita tidak mengetahui hal keadaan imam tersebut. Antara Nizar dengan Zambry, ada bezanya dalam masalah ini. Sebab itulah Imam Masjid Simpang yang sangat mengetahui akan hukum Allah ini telah menjemput Nizar tidak Zambry. Lagipun dia (imam) tahu sangat yang Zambry naik jadi MB dengan cara yang ‘kotor & haram”.


4.Sememangnya siapa sahaja boleh mentafsir Al Quran. Ada orentalis Yahudi yang hafaz Al Quran dan Sahih Bukhari !. Bezanya adalah, tafsir dan beriman serta beramal dengan Al Quran dan pandai Tafsir Al Quran tetapi tidak beriman dan tidak mengamalkannya !


Firman Allah SWT di dalam surah Al Jumu'ah ayat 5 :



"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul kotak kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."


Monday, March 30, 2009

Jerkah UMNO Dulu !

Salam Islah,



Saya telah menubuhkan sebuah ma’had (sekolah agama) pada 17 Muharram 1430 bersamaan 14 Januari 2009 yang lalu. Saya namakan Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi atau singkatannya MATIN yang membawa erti ‘kukuh’. Itupun setelah saya merujuk kepada beberapa orang ulama’ dan tuan-tuan guru yang ‘dekat’ dengan saya. Sekarang, MATIN telah mempunyai 16 pelajar termasuk 2 pelajar baru yang saya terima semalam dan hari ini. Saya telah amanahkan 4 orang guru untuk mendidik, mentarbiyah dan mengkaderkan 16 orang anak kesayangan saya itu.



Kami menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat dan Taman Seri Guar, Kangar, Perlis dengan sewa RM 600 sebulan. Pelajar MATIN saya didik berdikari dengan memasak makanan sendiri serta membasuh pakaian sendiri. Saya gabungkan kurikulum pengajian ilmu-ilmu Islam serta kurikulum tahfiz Al Quran di dalam sukatan pengajian di MATIN. Besarlah harapan saya agar anak-anak ini menjadi ulama’ ‘amilin di masa hadapan serta dai’ie yang berkaliber serta petugas ‘amal islami yang komited.



Saya sedar yuran bulanan sebanyak RM100 tidaklah mampu menanggung kos penyelenggaraan keseluruhan operasi MATIN, namun saya sangat yakin dengan pertolongan dan bantuan Allah SWT. Saya sangat menghargai bantuan sahabat-sahabat yang tidak pernah putus. Saya juga sangat terharu dengan komitmen anak-anak saya di MATIN.



Sejak saya pulang dari MESIR pada tahun 2000, saya melihat keperluan lahirnya ulama’ ‘amilin di Perlis sebagai penerus perjuangan ulama’ terdahulu. Saya akui bahawa Perlis tidak sesubur Kelantan dan Kedah dari sudut perkembangan ilmu dan minat rakyatnya kepada penghayatan cara hidup Islam. Perlis yang terkenal dengan negeri as Sunnah, lebih banyak membincangkan cirri-ciri ahlus Sunnah dari sudut teorinya namun dari sudut praktikal sunnahnya ; sememangnya gagal. Pendekatan keras dan tuduhan semberono kepada mereka yang bertaqlkid dengan mazhab hanya menjauhkan orang Perlis dari As Sunnah. Masjid tidak juga penuh sewaktu solat berjamaah. Minat mengaji tak juga bertambah. Lebih parah lagi, rakyat selalu bertelagah dan pening kepala dengan pendekatan yang sangat tidak mesra mazhab dan perbedaan pandangan.



Dr Juanda, Mufti baru Perlis adalah sangat diharapkan dapat membawa perubahan besar di Perlis. Saya melihat, sejak dia dilantik sehingga sekarang, masih belum ada sebarang kenyataan dari beliau. Mungkin masih melihat gerak arus agaknya atau apa sahaja hanya Allah yang tahu. Berbanding bekas mufti maka jauhlah bezanya kerana solat\Jumaat pertama yang dimamkannya (bekas mufti) dia terus ‘jerkah’ orang yang sapu muka lepas salam. Tidak ada nas katanya. Sedang nas yang mengharamkan arak dan judi bukan main terang di dalam KitabulLah tidak pula dia menujuk ke kedai judi dan tikam ekor untuk dijerkah dan dikenakan tindakan sepatutnya. Sekurang-kurangnya hadis sapu muka ada juga Imam Nawawi naqalkan di dalam Riyadhus Salihin.



UMNO yang menjadi pemerintah pun wajib mufti betulkan aqidah mereka supaya berbetulan dengan As Sunnah. Tak perlu saya hurai panjang mengenainya kerana sedia maklum UMNO tidak berhukum dengan KitabulLah dan Sunnah Rasulullah. Tidakkah mengikut teori cirri-ciri Ahlus Sunnah, perbuatan sedemikian merosakkan aqidah?. Kenapa tidak dijerkah UMNO supaya ubah dasar ? Kalau betul-betul nak buat perubahan demi agama dan bangsa, UMNO kena ubah dasar. Baliklah kepada Islam oi!

Monday, March 23, 2009

Ahmad Said (Ketua Pengarah SPRM) Kata Rasuah Bukan Jenayah !!!

Ada dua berita dalam akhbar hari ini yang buat saya pening. Yang buat saya pening kerana orang yang sama memberi kenyataan mengenai satu isu yang sama tetapi memberi pengertian yang berbeza. Kenyataan pula dibuat dalam satu hari yang sama dan di tempat yang sama.

Mungkin juga saya tak faham sebab saya tidak mahir dengan undang-undang. Maklumlah saya buka pengamal undang-undang.

Berita I: SPRM Hanya Siasat Kes Jenayah

KUANTAN 20 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyiasat kes beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah.

"Saudara kena faham, kita mengalu-alukan sesiapa hendak buat laporan tetapi saudara mesti bezakan, kes pelanggaran etika dan pelanggaran disiplin bukan kes jenayah.

"Kami tidak akan menyiasat kes bukan jenayah, kita akan pergi (siasat) kes-kes jenayah, terutamanya rasuah," kata Ketua Pengarah SPRM kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Program Gerak Mesra Pencegahan Rasuah Bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Lapang Sasar Kompleks Sukan Pahang di sini.

Berita II- Speaker DUN Perak Akan DiSiasat

KUANTAN 20 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat elemen salah guna kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dalam tindakannya melarang dan menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco menghadiri sidang DUN pada 18 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, justeru pihaknya akan memanggil beberapa orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang hadir pada persidangan DUN berkenaan bagi menyempurnakan siasatan kes itu.

“Bila saya cakap nanti orang marah, tetapi bagi kita ada elemen salah guna kuasa, jadi SPRM menjalankan siasatan."

Ini Perkara Yang Saya Tak Faham:

Yang saya tidak faham ialah apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan tidak akan menyiasat kes beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah. Oh, jadi beri wang untuk mendapatkan sesuatu bukan jenayah? Jika beri wang bukan jenayah, mengapa banyak tangkapan oleh SPRM sebelum ini berkaitan dengan memberi dan menerima wang? Atau mengikut takrif SPRM, pemberian dan penerimaan wang yang membabitkan UMNO bukan jenayah, tetapi jika melibatkan pihak bukan-UMNO adalah jenayah? Sejak bila pula menghulurkan wang untuk tujuan mendapatkan sesuatu tidak dikategorikan sebagai jenayah rasuah, sejak Ahmad Said menerajui SPRMkah?

Dan yang menjadikan saya lebih tidak faham ialah kes Speaker DUN Perak yang mengikut Ketua Suruhanjaya SPRM itu boleh disiasat. Kata Ahmad Said, hanya kes jenayah yang SPRM siasat, jadi tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak itu kes jenayahlah?

Pelik, sungguh pelik Akta SPRM ini: hulur dan terima wang bukan jenayah, tetapi menggantung Menteri Besar adalah jenayah. Sebelum ini saya ingat hanya bunuh, rogol, rompak, samun, rasuah (beri dan terima wang) dan perkara-perkara lain yang melibatkan kekerasan saja ditakrifkan sebagai jenayah, tetapi menggantung ahli DUN pun jenayah juga. Tetapi sekali lagi yang peliknya, beri wang kepada orang dengan niat mendapatkan sesuatu seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu bukan pula jenayah!

Oleh: pendikar gunung kriang - pendikargunung.blogspot.com

Sunday, March 22, 2009

Apa itu “unity government”

Oleh : Sdr Roslan Shahir - n32.blogspot.com


Macam-macam berlaku dan timbul sejak kebelakangan ini. Sedang kita bersedia bagi menghadpi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, berbagai cerita panas dan menarik tersingkap di depan mata kita.

Ada yang menyeronok dan menguntungkan kita, ada juga yang menyedihkan dan meletakkan kita dalam keadaan serba-salah dan cemas. Apapun sesungguhnya perjuangan ini penuh cabaran, hanya yang istiqomah dan sabar sahaja yang akan berjaya mengharunginya hingga ke penghujung jalan.

Isu “Unity government” nampaknya terus menarik minat ramai. Ia tidak diulas terus oleh pencetusnya iaitu Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kerana berada di luar Negara. Saya percaya sejurus beliau pulang, insyallah beliau akan memberi ketyerangan dan ulasan lanjut dengan harapan idea beliau yang ikhlas dan baik itu dapat difahami dan disokong oleh semua pihak.

Berikut apa yang saya sendiri faham dan difahamkan berhubung perkara ini:

“Unity government” atau gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang tidak pernah terbentuk dalam sejarah politik Malaysia sebelum ini oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat perbandingan dengan mana-mana situasi dan kerjasama politik dalam sejarah Negara, kerana ia belum pernah wujud.

Ianya bukan bermaksud komponan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN, bukan juga PAS menyertai Umno atau BN, tetapi ia suatu gagasan yang baru yang bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan Negara dengan satu nada dan nafas agar rakyat dan Negara tercinta ini dapat selamat dan Negara betuah ini menjadi bumi yang sejahtera buat semua.

“Unity government” yang diilhamkan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh semua parti, mungkin dalam hal ini kerajaan yang didokong bersama oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekaligus meniadakan sama-sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri. Semua pihak diberikan saham untuk memerintah dan memimpin Negara ini bersama.

Dalam suasana demikian adalah diharapkan kerajaan “Unity government” itu nanti akan bersama mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan Negara agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan Negara yang adil dan saksama buat semua. Inilah yang telah berjaya diperkenalkan oleh “Unity government” di zaman Presdien BJ Habibie di Indonesia yang kekal dinikmati kebaikannya sehingga sekarang di Negara berkenaan.

Inilah juga yang sedang diusahakan bersama oleh dua puak yang berterusan bertelagah, iaitu Fatah dan HAMAS di bumi Palestin.

Atas gagasannya yang besar dan mulia itu, “Unity government” ini sudah pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ianya perlu dokongan semua pihak , bukan sekadar PAS dan Umno malah seluruh komponan BN dan Pakatan Rakyat, semuanya perlu memberikan persetujuan dan komitmen. Kerana itu ianya bukan suatu kerja yang mudah namun tidak mustahil dicapai kiranya kita semua ikhlas dan bersedia meletakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.

Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua.



Unity Government: Apakah Tok Guru Nik Aziz Dikelirukan?


Dari blog Sdr Mohd Sayuthi Omar - msomelayu.blogspot.com

MUNGKIN saya silap, tetapi saya tidak percaya kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak faham atau begitu lemah untuk membezakan di antara kerajaan campuran dengan unity government – kerajaan perdamaian/perpaduan.


Ia bunyi sama tetapi sebenarnya berbeza. Sebagai seorang ulama dan bertaraf mursyidul, Nik Aziz tentu sekali arif mengenai isi dan pengertian istilah ini. Mursyid ialah orang yang arif dalam ilmu keagamaan, bijaksana, fatanah dan mampu berijtihad sendiri.


Tok Guru juga tahu bahawa ada perbezaan atau faraknya antara kerajaan campuran dengan unity government. Kerajaan campuran (dalam konteks ini Pas dengan Umno) kedua parti itu bergabung membentuk kerajaan dengan tujuan untuk berkuasa atau mendapatkan kuasa. Itulah fahaman secara mudah mengenai kerajaan campuran walaupun natijahnya lebih besar dan bermanfaat dari itu.


Manakala unity government seperti mana dilontar dan cuba difahamkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang – untuk mendapat feed back bagi mengagaskan kerajaan perpaduan yang tidak ada pembangkang.


Maksud perwujudkannya untuk menenangkan keadaan bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang sama-sama memberi fokus kepada menyelesaikan masalah semasa rakyat yang terdesak seperti ekonomi, keselamatan, sosial dan lain-lain. Unity government bukan bermaksud untuk mendapatkan kuasa atau berkuasa atau gila kepada kuasa, namun sama-sama berusaha mencari kebaikan bersama.


Ertinya kerajaan perdamaian ini, (dalam konteks ini UBN) disokong oleh pembangkang. Pembangkang itu bukan bermaksud Pas saja tetapi termasuk juga PKR, DAP dan bebas. Tanpa pembangkang bergabung secara langsung dengan mereka. Lebih mudah lagi pembangkang tidak akan membangkang seperti hari ini melainkan akan membangkang jika kerajaan UBN tergelecah dari dasar-dasar yang tidak boleh dipersetujui Pas mengikut ideologi parti-parti pembangkang. Kalau Pas tentulah yang tergelecah daripada Quran, Hadis dan Ijmak Ulama itu. Maknanya sekiranya kerajaan itu menentang hukum Allah ia tetap akan ditentang.


Abdul Hadi tentu ada asas dan hujahnya untuk melontar idea demikian. Beliau tidak saja-saja syok sendiri tetapi menyelongkari sejarah silam dan berpegang kepada mana-mana sirah. Apakah beliau melontar formula itu selepas melihat kepada semangat perjanjian Hudaibiyah yang pernah ditanda tangani antara orang Islam dan orang kafir Makkah?


Umum sedia maklum perjanjian Hudaibiyah yang dilaksanakan di bawah pokok di Hudaibiyah itu memberi keuntungan bersama antara orang Islam dan bukan Islam. Dengan termeterainya perjanjian itu menyebabkan orang Islam dibenarkan memasuki Makkah tanpa membawa senjata kecuali yang bersarung.


Dengan termenterainya perjanjian itu orang-orang Islam dapat semula berjumpa dengan sanak saudara mereka di Makkah yang terpisah sebelum itu.


Perjanjian itu juga membuka ruang kepada kedua pihak untuk merancang dan membangun perpaduan dan kemajuan untuk kepentingan bersama atas semangat insan sejagat. Dalam erti kata lain perjanjian itu menguntungkan kedua pihak walaupun bukan atas sifat selama-lamanya hanya 10 tahun saja.


Mungkin atas semangat dan intipati perjanjian Hudaibiyah inilah maka Abdul Hadi mendapat ilham untuk melontarkan ideanya itu. Itu pun bukan untuk diterima tetapi untuk dibincang secara lumat terlebih dahulu. Tidak ada maksud beliau cuba menolak konsensus yang diambil pada muktamar di Ipoh pada tahun lalu berhubung pembentukan kerajaan bersama Umno.


Jelas maksud, falsafah dan hikmahnya terlalu mudah. Rasanya ahli peringkat bawahan yang meligamkan kitab sejarah Islam tahu akan segala ini. Tetapi kenapa Nik Aziz seakan begitu complicated untuk mengerti atau rumit cuba memahami formula Abdul Hadi itu?


Lebih malang lagi kata-kata yang dikutip daripada Nik Aziz oleh media massa berhubung perkara itu menunjukkan penentangan totalnya kepada pandangan Abdul Hadi itu. Sekali lagi saya merasakan bukan begitu sebenarnya sikap Tok Guruku itu tetapi melainkan kenyataannya digetus demikian rupa oleh media massa untuk menampakan berlaku perkidasan fikrah antara keduanya.


Nik Aziz juga tidak payah lagi mengulangi sikap dan pendiriannya yang serik dengan Umno. Perulangan menampakkan keegoannya sebagai ulamak. Sikap ini adalah sikap konsistennya sejak dulu. Orang Pas juga terima pendirian tidak mahu dipatuk ular bernama Umno dua kali. Rasanya orang Pas tidak begitu benak untuk memahami ini. Abdul Hadi Awang juga rasanya tidak begitu babil untuk bersedia dipatuk ular bernama Umno sekali lagi walaupun ada orang Pas yang nampaknya senang berjinak dengan ular lain yang pernah dua kali mematukPas.


Secara perbadi saya beryakinan penuh Tok Guru Nik Aziz bukan tidak memahami hasrat dan maksud Abdul Hadi itu. Beliau faham kerana mereka dari mazhab sama dan membaca sejarah sama! Tetapi kenapa berlaku pertentangan ini saya nampak kerana ada salah faham dalam memahami perkara ini, itu saja.


Kemungkinan Nik Aziz tidak membaca sendiri pandangan Abdul Hadi dan hanya mendengar kupasan daripada orang lain. Kalau ini berlaku ini silap Tok Guru Nik Aziz. Sepatutnya beliau panggil Abdul Hadi untuk mendapat penjelasan menyeluruh. Apakah menjadi satu dosa untuk beliau memanggil Abdul Hadi bagi meminta penjelasan dulu sebelum membuat kupasan umum?


Perkadasan ini timbul mungkin juga ia disengajakan ataupun Tok Guru memahaminya dari penjelasan yang silap. Saya tidak percaya kalau beliau mendapat taklimat sebenar mengenai unity government itu beliau akan komen dengan begitu keras sekali sampai membangkitkan yang beliau ada nakhoda Pas.


Saya rasanya beliau sengaja diberikan maklumat yang salah untuk membolehkan Tok Guru berkenaan membelasah presiden Pas. Ada tujuan dan gunanya kalau Mursyidul Am membelasah Presiden Pas. Apa yang hendak ditonjolkan dengan situasi itu presiden sudah tidak popular dan mempunyai pandangan selari dengan Mursyidul Am Pas. Inilah yang nampaknya dicari dan diharapkan atas kesengajaan itu!


Persoalan di sini, kalau Tok Guru tidak faham dan jelas mengenai unity government itu, dimanakan para penasihatnya? Apakah para penasihat politiknya khususnya setiausaha politik tidak menjelaskan duduk perkara sebenarnya? Ataupun setiausaha politik memang jahil mengenai hal ini ataupun memang sengaja memberi penjelasan yang salah atas sebab-sebab tertentu misalnya disudah dirasuk sang oportunis!


Elok kalau setiausaha politik Nik Aziz itu tampil memberi penjelasan sebenarnya tentang sejauh manakah kefahamannya mengenai unity goverment ini bagi mengelak timbul salah tanggap kepada kerja-kerjanya. Perlu. [wm.kl. 4:00 pm 21/03/09]



Yang Sebenarnya.....

Salam Islah,


Sepanjang bulan Rabi’ul Awwal tahun ini saya tidak banyak menerima jemputan pengisian program Maulid ar Rasul. Walau bagaimanapun, lelah juga menunaikan hajat sahabat-sahabat yang menganjurkan program tersebut. Habis kering idea diperah untuk menyampaikan mesej tasawwur yang jelas terhadap tuntutan yang sebenar mengenai Maulid ar Rasul SAW.


Saya amat malas hendak membicarakan hukum sambutan maulid dengan kekhilafan yang ada di dalamnya. Walaupun ada sahabat-sahabat yang tidak bersetuju dengan asas ‘berbaik sangka’ yang saya kemukakan dalam ‘membenarkan’ sambutan ini, tetapi saya tetap mahu ia diteruskan dan saya pasti akan terus memberikan kerjasama terbaik untuk sama-sama menjayakannya.


Dunia Fiqh Islami yang amat luas jangan sekali-kali kita sempitkan. Ia ibarat sebuah taman bunga yang luas dengan pelbagai jenis bunga dengan kepelbagaian baud an haruman memenuhi taman tersebut. Terpulang kepada kita untuk memetik bunga mana yang kita kehendaki. Para ulama’ senantiasa terbuka dan bertasamuh (tolak ansur) dalam mengemukakan serta mempertahankan pandangan masing-masing, kenapa kita yang dangkal ilmu ini pula yang sibuk dengan pertelagahan sesama kita?. Sedang dalam persoalan aqidah, tiada tolak ansur yang pernah kita dengar berlaku atau tercetus di kalangan para ulama’, tiba-tiba kita pula yang amat bertasamuh dan berlemah lembut dalam persoalan aqidah dan prinsip yang sepatutnya kita pertahankan habis-habisan. Kenapa kita biarkan hukum dan syariat Allah tidak dilaksanakan sepenuhnya di dalam kehidupan kita dan kehidupan bernegara sedang kita ‘mampu melakukannya’?. Sedangkan kita tiada pilihan terhadap apa yang telah diputuskan hukumnya oleh Allah dan Rasul!. Dalam Fiqh Islami pula ada keluasannya mengikut keluasan dalil dan pengambilan hukumya serta ijtihad para ulama’ mujtahidin, kenapa kita sempitkan dan kita berbalah habis-habisan bahkan bermasam muka kerananya?.


Perkara yang paling saya risaukan ialah dalam keghairahan meraikan Rabi’ul Awwal dengan sambutan kelahiran Rahmatan Lil ‘Alamie SAW, kita melupakan tuntutan haqiqi daripadanya.


Adalah menjadi tuntutan utama kepada kita umat Saiyyiduna Muhammad SAW selain daripada menunjukkan rasa kasih dengan mengadakan sambutan maulid Baginda SAW iaitu dengan ‘memperteguhkan keimanan’ kepada Baginda SAW serta melaksanakan ajaran Baginda SAW di dalam setiap cabang kehidupan kita.


Firman Allah SWT :


“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa Yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?” al Maidah : 104


Dan Firman Allah SWT :


“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” An Nisaa’ : 115


Dr Hamka rahimahulLah telah menjelaskan di dalam tafsirnya mengenai ayat 115 surah An Nisaa’ bahawa ayat ini menjelaskan kepada kita mengenai salah satu dari sifat orang munafiq iaitu menentang ajaran Rasulullah SAW walaupun telah nyata kebenarannya. Sedang kejahatan munafiqun itu jauh lebih bahaya kerana mereka menyerupai mukmin bahkan lebih hebat dalam sambutan maulidnya!. Dr Hamka juga menjelaskan bahawa mereka akan dipalingkan Allah dari kebenaran lalu mengikuti kesesatan dan penghujung kehidupan mereka adalah kehancuran dan kebinasaan. Beliau juga menasihati sekalian muslim agar menyelidiki seluruh petunjuk Rasulullah SAW dengan matahati yang jernih serta mizan keilmuan yang yang sahih agar tampak pada kita kewajipan untuk menuruti ajaran Rasulullah SAW.


Semoga kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang mencintai Rasulullah SAW dengan membuktikan kecintaan tersebut bukan sahaja dengan merayakan maulid Baginda, akan tetapi mengikut setiap inci ajaran Baginda serta ‘memperjuangkannya’ di dalam kehidupan kita, keluarga, masyarakat dan Negara.


Tidaklah aku kehendaki melainkan melakukan ISLAH semampu diriku, Wa Maa Taufiiqii Illa BilLaah….


Dicatatkan pada 21/3/2009 ( Sabtu) ,

02:07 pagi, Taman Permata Hulu Kelang.

Wednesday, March 18, 2009

Yang Kita Lupakan Dalam Menuntut Ilmu

Bertahun-tahun sudah kita luangkan waktu kita untuk menuntut ilmu. Suka duka yang dirasakan juga begitu banyak. Mengingat masa lalu terkadang membuat kita tersenyum, tertawa dan terkadang membuat kita menangis. Inilah kehidupan yang harus kita jalani. Kehidupan sebagai seorang thalibul’ilmi. Akan tetapi, mungkin kita sering melupakan, apakah ilmu yang kita dapatkan adalah ilmu yang bermanfaat ataukah sebaliknya.


Penulis teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا

Artinya: “Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah merasa kenyang dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim No. 6906 dan yang lainnya dengan lafaz-lafaz yang mirip)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saja, yang dijamin oleh Allah untuk menjadi pemimpin Bani Adam di hari akhir nanti, sangat sering mengulang doa-doa ini, apalagi kita, yang sangat banyak berlumuran dosa, sudah seharusnya selalu membacanya.

Mengetahui ciri-ciri ilmu yang bermanfaat dan yang tidak bermanfaat sangatlah penting. Oleh karena itu, berikut ini penulis sebutkan beberapa ciri ilmu yang bermanfaat dan yang tidak bermanfaat yang penulis ambil dari kitab Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali yang berjudul Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf.

Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat di dalam diri seseorang:

  1. Menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah.
  2. Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan-Nya dan selalu bersikap tawaduk.
  3. Membuat jiwa selalu merasa cukup (qanaah) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit yang itu merupakan bagian dari dunia.
  4. Menumbuhkan rasa zuhud terhadap dunia.
  5. Senantiasa didengar doanya.
  6. Ilmu itu senantiasa berada di hatinya.
  7. Menganggap bahwa dirinya tidak memiliki sesuatu dan kedudukan.
  8. Menjadikannya benci akan tazkiah dan pujian.
  9. Selalu mengharapkan akhirat.
  10. Menunjukkan kepadanya agar lari dan menjauhi dunia. Yang paling menggiurkan dari dunia adalah kepemimpinan, kemasyhuran dan pujian.
  11. Tidak mengatakan bahwa dia itu memiliki ilmu dan tidak mengatakan bahwa orang lain itu bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah. Sesungguhnya dia mengatakan hal itu karena hak-hak Allah, bukan untuk kepentingan pribadinya.
  12. Berbaik sangka terhadap ulama-ulama salaf (terdahulu) dan berburuk sangka pada dirinya.
  13. Mengakui keutamaan-keutamaan orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu dan merasa tidak bisa menyaingi martabat mereka.
  14. Sedikit berbicara karena takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnhya, sedikitnya perkataan-perkataan yang dinukil dari orang-orang yang terdahulu bukanlah karena mereka tidak mampu untuk berbicara, tetapi karena mereka memiliki sifat wara’ dan takut pada Allah Taala.

Adapun ciri-ciri ilmu yang tidak bermanfaat di dalam diri seseorang:

  1. Ilmu yang diperoleh hanya di lisan bukan di hati.
  2. Tidak menumbuhkan rasa takut pada Allah.
  3. Tidak pernah kenyang dengan dunia bahkan semakin bertambah semangat dalam mengejarnya.
  4. Tidak dikabulkan doanya.
  5. Tidak menjauhkannya dari apa-apa yang membuat Allah murka.
  6. Semakin menjadikannya sombong dan angkuh.
  7. Mencari kedudukan yang tinggi di dunia dan berlomba-lomba untuk mencapainya.
  8. Mencoba untuk menyaing-nyaingi para ulama dan suka berdebat dengan orang-orang bodoh.
  9. Tidak menerima kebenaran dan sombong terhadap orang yang mengatakan kebenaran atau berpura-pura meluruskan kesalahan karena takut orang-orang lari darinya dan menampakkan sikap kembali kepada kebenaran.
  10. Mengatakan orang lain bodoh, lalai dan lupa serta merasa bahwa dirinya selalu benar dengan apa-apa yang dimilikinya.
  11. Selalu berburuk sangka terhadap orang-orang yang terdahulu.
  12. Banyak bicara dan tidak bisa mengontrol kata-kata.

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata, “Di saat sekarang ini, manusia boleh memilih apakah dia itu ridha untuk dikatakan sebagai seorang ulama di sisi Allah ataukah dia itu tidak ridha kecuali disebut sebagai seorang ulama oleh manusia di masanya. Barang siapa yang merasa cukup dengan yang pertama, maka dia akan merasa cukup dengan itu… Barang siapa yang tidak ridha kecuali ingin disebut sebagai seorang ulama di hadapan manusia, maka jatuhlah ia (pada ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam),

من طلب العلم ليباهي به العلماء أو يماري به السفهاء أو يصرف وجوه الناس إليه فليتبوأ مقعده من النار

Artinya: “Barang siapa yang menuntut ilmu untuk menyaing-nyaingi para ulama, mendebat orang-orang bodoh atau memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya, maka dia itu telah mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (*)

*) Dengan Lafaz yang seperti ini, penulis belum menemukannya dengan sanad yang shahih. Akan tetapi, terdapat lafaz yang mirip dengannya di Sunan At-Tirmidzi No. 2653 dengan sanad yang hasan, yaitu:

من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار

***

اللهم إني أسألك علما نافعا و رزقا طيبا و عملا متقبلاز آمين

Maraji’:

  1. Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali, Dar Al-Basya’ir Al-Islamiah
  2. Shahih Muslim, Dar As-Salam
  3. Sunan At-Tirmidzi, Maktabah Al-Ma’arif

***

Penulis: Ustadz Said Yai Ardiansyah (Mahasiswa Fakultas Hadits, Jami’ah Islamiyah Madinah, Saudi Arabia)

Yang Mana Satu Lebih Mahal ??

Salam Islah,

Kemelut aqidah yang melanda umat Islam kini adalah semakin parah. Kemudharatannya semakin tidak terbendung. Saya teringat kepada pesanan Rasulullah SAW kepada umat akhir zaman bahawa qiyamat akan berlaku bilamana tiada lagi sebutan "Allah" di atas muka bumi. Bilamana semakin tua umur dunia dan semakin hampir dengan berlakunya qiyamat, manusia akan semakin lupakan Allah dan akhirnya tiada kalimah Allah lagi yang terungkap.


Bilamana mahkamah membuat keputusan bersalah keatas 6 orang yang didakwa menghina Sultan Perak, saya kembali teringat kepada apa yang pernah dipesan oleh para ulama' salafussoleh bahawa diantara tanda kerosakan aqidah adalah bilamana hak manusia dianggap lebih besar daripada hak Allah SWT, kepentingan manusia diutamakan sedangkan hukum Allah tidak diendahkan.


Bagi saya, tafsiran menghina itu perlu diperjelaskan dengan betul agar tidak berlaku salah faham. Menyatakan yang 'haq' adalah kewajipan setiap mukmin dan tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina. Membantah tidak bererti penghinaan lebih-lebih lagi jika bantahan dibuat terhadap perkara benar. Sabda Rasulullah SAW :


"Jihad yang paling utama adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"


Pemerintah yang zalim adalah pemerintah yang menindas rakyat, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya (seperti tidak berhukum dengan Kitabullah), serta merampas hak rakyat dengan jalan yang salah dan tidak benar. Maka membantah, membetulkan serta memberi peringatan terhadap golongan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghina.


Lazimnya, sesuatu yang mahal harganya adalah kerana status, nilai, manfaat dan kegunaan benda tersebut adalah sangat penting dan besar kegunaannya. Contohnya ; emas lebih mahal dari perak kerana status emas yang tinggi serta penghasilannya yang amat rumit, ikan haruan lebih mahal dari ikan kembung kerana nilai perubatan dan kesulitan untuk memperolehinya adalah amat payah berbanding kembong, gaji seorang doktor lebih mahal dari gaji buruh kasar kerana kemahiran serta profesionalisma seroang doktor itu lebih diperlukan berbanding seorang buruh kasar dan sedikitnya bilangan doktor dalam masyarakat.


Hukum Allah SWT tentulah tiada nilaian dan bandingannya. Jawapan paling mudah adalah kerana ia datang dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW :


"Menegakkan satu hukum dari hukum Allah SWT adalah terlebih baik dari turunnya hujan selama 40 hari membasahi bumi"


Namun apabila menghina Sultan dihukum dengan denda RM10,000 berbanding kesalahan zina yang didenda RM 1,300 - RM3,000 maka jelaslah dihadapan mata bahawa kesalahan itu lebih besar daripada melanggar perintah Allah SWT. Yang mana satu lebih mahal ?


Monday, March 16, 2009

Salam Maulid Ar Rasul Buat Para Pejuang

Salam Islah & Salam Maulid ar Rasul SAW kepada sahabat sekalian,



Tidak ada syak wasangka lagi bahawa kedatangan bulan Rabi'ul Awwal adalah pembawa cahaya dalam hati dan kehidupan kita sebagai pejuang agama. Di bulan ini secara khususnya kita memperingati dan mengenang Mujahid Agung yang mewarisi perjuangan suci ini kepada kita iaitu Saiyyiduna Muhammad Ibn Abdillah.



Bilamana mengenang Rasulullah SAW dan perjuangan serta dakwah Baginda, maka hati-hati kita kembali bertaut atas jalan dakwah dan bersatu untuk menjulang syariat dan menegakkan ajaran Baginda SAW di dalam kehidupan kita seluruhnya. Betapa segan dan malunya kita dengan Baginda SAW kerana perjuangan yang telah Baginda lagang terus menerus dari dahulu hingga hari kiamat menerangi alam ini dengan rahmat Islam yang dikecapi oleh sekalian makhluk sesuai dengan perutusan utama Baginda SAW adalah 'rahmatan lil 'alamien' - rahmat kepada sekalian alam.



Dakwah adalah keperluan. Kita berdakwah kerana kita perlukan dakwah. Pertamanya ; jika kita meninggalkan dakwah dengan sendirinya akan tersebar luas kemungkaran dan kemaksiatan di atas muka bumi. Maka dengan itu terundanglah bala dan kemurkaan Allah SWT. Maka jika Allah SWt menurunkan balaNya, ia akan melata kepada seluruh jenis manusia termasuk orang-orang baik dan saleh sekalipun turut akan terkena tempiasnya. Dengan kerana itu Rasulullah SAW telah meluaskan dakwah Baginda SAW kepada sekalian manusia tanpa mengira jenis, bangsa, latar belakang dan warna kulit. Sementelah kasih sayang Baginda adalah buat sekalian manusia. Baginda mahu 'semua' manusia selamat dengan menyedari dalam masa yang sama bahawa adalah hidayah itu milik mutlak Allah SWT.



Keduanya; bahawa Allah SWT menjanjikan pahala yang besar kepada mereka yang berdakwah dan mengusahakan dakwah kepada manusia. Allah SWt menjelaskan di dalam Al Quran bahawa sebaik-baik perkataan manusia adalah perkataan mereka yang berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW ; "Bahawa Allah SWT memberi hidayah kepada satu orang dengan sebab usaha dakwahmu adalah terlebih baik dari dunia dan seisinya".



Ketiganya ; Islam hidup, segar, subur, mulia dengan kerana dakwah kita semua. Walaupun Allah SWT sangat berkuasa memenangkan Islam serta membela ketuanannya hanya dengan 'kun fayakuun', akan tetapi allah SWT mahu menguji kita semua dengan memerintahkan kita membela agamaNya. Siapa yang mempunyai hati yang peduli, maka sudah barangpasti ia mahukan kemuliaan dengan berdakwah menegakkan kemuliaan ISLAM.



Kedatangan bulan Maulid sepatutnya memberikan kesegaran kembali kepada nafas dakwah kita. Bilamana Rasulullah SAW mendatangi Madinah, maka bermulalah saat cahaya Islam bersinar ke seluruh alam. Namun hakikatnya Allah SWT telah menyinari alam ini sewaktu Baginda SAW dilahirkan oleh ibunya Aminah bahkan sebelum dari itu lagi di dalam ilmu Allah SWT.



Perhatikan dan renungilah ketabahan dan kesungguhan Baginda SAW dalam berdakwah mengajak manusia supaya kembali kepada Allah SWT. Tanpa mengenal jemu dan putus asa. Semua itu adalah demi rahmat Allah kepada sekalian alam. Dengan ketabahan dan pengorbanan Baginda jualah kita menerima Islam dan Iman. ayuh kita bersyukur atas nikmat ini. Tapi bagaimana ya ??.



Tuesday, March 3, 2009

Tarbawi : KHAUF

Khauf adalah rasa sakit serta bergetarnya hati kerana ada sesuatu yang dibenci dihadapannya. Perumpamaannya seperti jika seseorang yang akan dihukum pancung oleh raja, lalu raja itu telah memerintahkan algojonya dan algojo itu telah memegang pedangnya, maka ia telah merasa yakin akan kematiannya sebentar lagi, maka terasalah pedih hatinya saat itu dan bergetar kerana rasa takut yang sangat, dan inilah yang disebut Khauf.

Khauf ini dapat menjadi kuat dan lemah tergantung pada keyakinan seseorang pada ALLAH SWT. Dan selain Khauf yang disebabkan takut pada hukuman sebagaimana diatas, ada pula Khauf yang disebabkan oleh kerana takut akan kebesaran dan keagungan sesuatu. Jika manusia itu memahami begitu banyaknya maksiatnya yang akan dihadapkan pada ke Maha Agungan ALLAH SWT dan betapa Dia tidak memerlukan kita, maka akan timbullah rasa takut. Maka orang yang paling tinggi Khauf-nya adalah yang paling mengetahui dirinya dan penciptanya, firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya hanyalah yang paling takut pada ALLAH diantara hambanya adalah para ‘ulama’.” (QS. Faathir: 28)

Dampak dari Khauf yang benar adalah jika seseorang sudah benar pemahamannya, maka mulailah rasa Khauf masuk dihatinya dan berdampak pada pucatnya wajah, tangis, gemetar, dan dampaknya kemudian adalah meninggalkan maksiat, lalu komitmen dalam ketaatan, lalu bersungguh-sungguh dalam beramal.

Khauf ada yang berlebihan, moderat dan kurang. Yang berlebihan adalah yang mengakibatkan rasa putus asa dan berpaling dari taat, sementara yang kurang akan mengakibatkan tidak meninggalkan maksiat yang dilakukan. Sementara yang seimbang/moderat (I’tidaal) akan menimbulkan waspada, hati-hati (wara’), takwa, mujahadah, fikir, dzikir, kesehatan fisik dan kebersihan akal.

Khauf para salafus sholih bermacam-macam, ada yang takut meninggal sebelum bertaubat, ada yang takut dicuba dengan nikmat, ada yang takut bergeser dari istiqomah, ada yang takut su’ul khotimah, ada yang takut dahsyatnya berdiri dihadapan ALLAH SWT, ada yang takut dihijab tidak boleh melihat wajah ALLAH SWT, dan inilah takutnya para ‘aarifiin sementara yang sebelumnya adalah takutnya para zaahidiin dan ‘aabidiin. Para aarifiin ini takutnya murni kepada kehebatan dan keagungan ALLAH, sebagaimana firman-NYA:

“Dan ALLAH mempertakuti kamu dengan diri-NYA.” (QS ‘Aali Imraan 3/30)

Diantara mereka ada Abu Darda’ ra yang berkata: “Tak seorangpun yang merasa aman dari pengacauan syaitan terhadap imannya saat kematiannya.” Dan Sufyan ats-Tsauriy saat wafatnya menangis, maka berkata seseorang: “Ya Aba Abdullah! Apa anda punya banyak dosa?” Maka Sufyan mengambil segenggam tanah dan berkata: “Demi ALLAH dosaku lebih ringan dari ini, tetapi aku takut dikacaukan imanku sebelum kematianku.” Ada pula seorang Nabi yang mengadukan kelaparan dan kekurangan pakaiannya kepada ALLAH SWT, maka ALLAH SWT mewahyukan padanya: “Wahai hambaku, apakah engkau tidak redha bahwa aku telah melindungi hatimu dari kekafiran selama-lamanya sehingga engkau meminta dunia kepada-KU?” Maka Nabi tadi mengambil segenggam tanah lalu menaburkannya diatas kepalanya (kerana rasa syukurnya) sambil berkata: “Demi ALLAH, aku telah redha ya ALLAH, maka lindungilah aku dari kekafiran.”

Keutamaan Khauf disebutkan dalam hadits Nabi SAW: “Berfirman ALLAH SWT: Demi Keagungan dan Kekuasaan-KU tidak mungkin berkumpul 2 rasa takut dalam diri hambaku dan tidak akan berkumpul 2 rasa aman. Jika ia merasa aman pada-KU di dunia maka akan aku buat takut ia di hari kiamat, dan jika ia takut pada-KU di dunia maka akan aman ia di akhirat.” (HR Ibnu Hibban 2494)

1. Takutnya para Malaikat : “Mereka merasa takut kepada Rabb-nya, dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan ALLAH.” (QS An-Nahl 16/50).

2. Takutnya Nabi SAW. “Bahwa Nabi SAW jika melihat mendung ataupun angin maka segera berubah pucat wajahnya. Berkata A’isyah ra: “Ya Rasulullah, orang-orang jika melihat mendung dan angin bergembira kerana akan datangnya hujan, maka mengapa anda cemas?” Jawab beliau SAW: “Wahai A’isyah, saya tidak dapat lagi merasa aman dari azab, bukankah kaum sebelum kita ada yang diazab dengan angin dan awan mendung, dan ketika mereka melihatnya mereka berkata: Inilah hujan yang akan menyuburkan kita.” (HR Bukhari 6/167 dan Muslim 3/26) Dan dalam hadits lain disebutkan bahwa Nabi SAW jika sedang solat terdengar didadanya suara desis seperti air mendidih dalam cerek, kerana tangisnya [2].

3. Khauf-nya shahabat ra. Abubakar ra sering berkata: “Seandainya saya hanyalah buah pohon yang dimakan.” Umar ra sering berkata: “Seandainya aku tidak pernah diciptakan, seandainya ibuku tidak melahirkanku.” Abu ‘Ubaidah ibnal Jarraah ra berkata: “Seandainya aku seekor kambing yang disembelih keluargaku lalu mereka memakan habis dagingku.” Berkata Imraan bin Hushain ra: “Seandainya aku menjadi debu yang tertiup angin kencang.”

4. Khauf-nya Tabi’iin. Ali bin Husein jika berwudhu untuk solat pucat wajahnya, maka ditanyakan orang mengapa demikian? Jawabnya: “Tahukah kalian kepada siapa saya akan menghadap?” Berkata Ibrahiim bin ‘Iisa as Syukriy: “Datang padaku seorang lelaki dari Bahrain ke dalam masjid saat orang-orang sudah pergi, lalu kami bercerita tentang akhirat dan dzikrul maut, tiba-tiba orang itu demikian takutnya sampai menghembuskan nafas terakhir saat itu juga.” Berkata Misma’: “Saya menyaksikan sendiri mau’izhoh Abdul Waahid bin Zaid disuatu majlis, maka wafat 40 orang saat itu juga dimajlis itu setelah mendengar ceramahnya.” Berkata Yaziid bin Mursyid: “Demi ALLAH seandainya Rabb-ku menyatakan akan memenjarakanku dalam sebuah ruangan selama-lamanya maka sudah pasti aku akan menangis selamanya, maka bagaimanakah jika ia mengancamku akan memenjarakanku didalam api?!”

Demikianlah Khauf para Malaikat, Nabi-nabi, ulama dan auliya’, maka kita lebih pantas untuk takut dibanding mereka. Mereka takut bukan kerana dosa, melainkan kerana kesucian hati dan kesempurnaan ma’rifah, sementara kita telah dikalahkan oleh kekerasan hati dan kebodohan. Hati yang bersih akan bergetar kerana sentuhan kecil, sementara hati yang kotor tak berguna baginya nasihat dan ancaman.
Nuriidu an-naafi’ah min haadzal mau’izhoh .

REFERENS:
[1] Disarikan dari Kitab Mukhtashar Minhaajul Qaasidiin, Syaikh Ahmad bin Abdirrahman bin Qudamah al-Maqdisiy rahimahullah.

[2] HR Abu Daud 904, Turmudzi dalam Syamaa’il 305, al-Baghawiy 729, Ahmad 4/25-26.



Jangan Banyak KETAWA ; Wasiat Ke 5 Al Banna

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram.-Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah

Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

sumber : harakahdaily.net fahri abdullah al masri