"Kenapa menggunakan masjid berpolitik. You tidak sepatutnya jadi imam tadi. Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".
Inilah yang diucapkan oleh MB Kudeta Perak Dr Zambry kepada Dato’ Seri Nizar semasa pertemuan ‘secara sengaja’ antara mereka di Masjid Simpang, Taiping baru-baru ini. Ceritanya dari Dato Seri Nizar adalah macam ni :
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Ulasan saya ;
1.Sememangnya masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk huraikan semua persoalan berkaitan politik (inilah ucapan yang selalu dilontarkan oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz). Kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam itu akan cacat dan lompang jika Islam tidak membicarakan persoalan politik. Beriktiqad bahawa politik mesti terpisah dengan Islam adalah ajaran sekular yang sangat bercanggah dengan aqidah Islam. Rasulullah SAW sendiri berpolitik dengan menunjukkan bahawa Sunnah yang terbesar adalah menubuhkan negara Syariat dan Hukum seperti yang berlaku di madinah seusai peristiwa Hijrah Al Mubarakah. Aqidah yang dianuti oleh pimpinan UMNO bahawa politik dan agama terpisah dua adalah aqidah sesat dan songsang.
2.Adalah menjadi hak imam yang diamanahkan oleh ahli qaryah Masjid Simpang untuk menjemput dan mempersilakan siapa sahaja untuk berdiri di tempatnya sebagai imam solat maghrib pada hari tersebut seperti yang diakui oleh para ulama’ di dalam kitab-kitab fiqh mereka. Ibarat seperti kita bertandang ke rumah orang, maka bila Tuan Rumah jemput kita mengimamkan solat maka wajiblah kita meraikan kehendak tuan rumah. Namun nilailah dulu kemampuan kita.
3.Nak jadi imam mesti ada kelayakan seperti yang tercatat di dalam As Sunnah dan Fiqh. Selain dari wajib memahami fiqh berkaitan solat dan bacaan al Fatihah yang betul maka aqidah imam mesti mengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasulillah SAW. Berimamkan imam yang fasiq (derhaka kepada Allah dan Rasul) boleh merosakkan solat kita kecuali kita tidak mengetahui hal keadaan imam tersebut. Antara Nizar dengan Zambry, ada bezanya dalam masalah ini. Sebab itulah Imam Masjid Simpang yang sangat mengetahui akan hukum Allah ini telah menjemput Nizar tidak Zambry. Lagipun dia (imam) tahu sangat yang Zambry naik jadi MB dengan cara yang ‘kotor & haram”.
4.Sememangnya siapa sahaja boleh mentafsir Al Quran.
Firman Allah SWT di dalam surah Al Jumu'ah ayat 5 :
"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul kotak kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
No comments:
Post a Comment