Saturday, December 12, 2009

Catatan Perjalanan Ke UIN SUSKA Pekan Baru,Riau

Salam Islah buat sahabat sekalian,

Saya baru sahaja pulang daripada menziarahi Pekan Baru,Riau Indonesia bersama Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Fadhil Noor, Sdr Wan Haswari dan beberapa sahabat lagi. Berada di Pekan Baru selama lebih kurang 3 hari adalah merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kunjungan ke sana adalah dalam rangka ziarah ilmiyah ke UIN (Universiti Islam Negeri) Sultan Syarif Kasim dan menyelesaikan beberapa tugasan berkait pengajian di sana. Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

Saya diberitahu bahawa Riau adalah negeri pengeluar minyak terbesar Indonesia. Cerita orang sana, Caltex telah tawarkan kepada Gabenor Riau agar pindahkan kota pecan baru ke tempat lain, dan mereka akan bayar berapa sahaja yang dikehendaki demi menyedut minyak yang berada di seluruh kawasan Pekan Baru!. Bermakna kami sedang berjalan,duduk,berdiri dan tidur di atas kawasan yang penuh dengan ‘emas hitam’.

Dari pandangan dan pengamatan saya, Pekan Baru tak kurang lebih seperti Kota Bharu atau Kangar dalam rupa bentuk pekannya. Ada satu tempat membeli belah yang dikenali sebagai Ramayana dan Pekan Baru Mall yang menjadi tumpuan sebagai tempat mendapatkan keperluan dan shopping. Heran juga bila terfikir bahawa negeri pengeluar minyak terbesar Indonesia tidak membangun pesat seperti selayaknya. Teringat saya kepada Terengganu yang saling tak tumpah seperti Pekan Baru walaupun Terengganu juga negeri pengeluar minyak. Kelantan juga sama. Minyak Kelantan disedut keluar melalui Thailand tidak melalui bumi Kelantan. Akhir sekali, rakyat Kelantan dikhianati!. Royalti bertukar menjadi wang ehsan. Biasalah kan…

Kunjungan saya bertemu dosen-dosen (pensyarah) Fakulti Usuluddin, Jabatan Aqidah dan Falsafah UIN SUSKA juga sangat bermakna dan membuahkan pengalaman serta coretan ilmu yang sangat berguna. Bertemu dengan ‘Pak Dosen’ yang sangat luas pengetahuan dan pengalaman menjadikan saya terasa masih banyak perkara yang mesti saya pelajari. Pak Salleh, pensyarah Ilmu Kalam dan Falsafah sangat mencabar keilmuan dan apa yang dipelajari sebelum ini. Dr Syamrudin, Pensyarah Sejarah dan Peradaban Islam serta Falsafah Timur juga sangat hebat. Kami dijelaskan tentang Pancasila dan disuruh mengkajinya. Apa yang pasti, Pancasila juga adalah celupan Sekular yang berbau kekufuran yang nyata terhadap Prinsip Aqidah dan Syariat Islam yang suci.

Terasa belajar semula di hari tua ini amat memeritkan. Otak dah lama tak diperah sebegini. Namun dengan semangat ingin belajar dan menambah ilmu, kami melangkah dengan penuh harapn dan doa agar ilmu-ilmu ini akan digunakan sebagai senjata membela agama Allah SWT. Doakan kami semua.

1 comment:

Cikgu Azmi said...

saya rasa bertuah sungguh kerana ditakdirkan Allah swt dapat bermusafir 4h3m ke riau bersama tok sheikh yang hebat-hebat spt ust yussaine yahya, ust kamal ashaari dll..
daging dendeng, bakso, martabak mesir, tauhu telur, batagor (bakso tauhu goreng), es teler, es hitam manis, minum bandrek memang sedap..
kalau ustaz datang KL singgah la ke rumah kami di puchong prima..