Salam ISLAH,
Iman adalah senjata paling utama bagi seorang daie pembela agama dalam perjalanannya menggalas amanah dakwah ilallah di atas muka bumi ini. Untuk berdepan dengan segala cabaran hidup, persiapan keimanan yang teguh adalah perkara utama yang harus diberi perhatian oleh setiap pendokong cita-cita Islam.
Setiap daie wajib meyakini bahawa ajal maut, manafaat dan mudharat, hidup mati, rezeki segalanya telah ditentukan serta berada di dalam kekuasaan Allah SWT. Sekiranya berhimpun sekalian manusia untuk memberi manafaat kepadanya atau mendatangkan mudharat kepadanya, nescaya tidak akan terjadi melainkan dengan izin Allah SWT jua.
Firman Allah SWT :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". At Taubah : 51
Dengan keyakinan inilah setiap mukmin pejuang agama bergerak di muka bumi ini menyebarkan agama Allah tanpa rasa gerun dan takut kepada sesiapapun dari kalangan makhluk. Hanya Allah tempat pergantungan dan kepada keredhaan Allah jua tempat tujuan. Kerana itu jualah kita melihat keberanian yang sangat luar biasa terbit dari peribadi setiap daie dalam menyampaikan agama Allah SWT. Meraka tidak pernah gentar kepada mana-mana pemerintah zalim dan tidak memperdulikan celaan orang yang mencela.
Ketahuilah bahawa bilamana kita berada di dalam saf perjuangan menegakkan agama Allah, maka itu sebenarnya adalah kerana pilihan Allah SWT jua. Allah yang memberikan kekuatan untuk kita berjalan di atas jalan ini yang penuh dengan onak dan duri. Ramai yang tidak berupaya untuk berada di medan yang penuh pancaroba ini. Ramai yang memilih laluan selesa tanpa bahaya dan fitnah yang merintangi. Walau berlatar belakang pendidikan agama sekalipun, ia bukan jaminan untuk menjamin keberadaan di atas jalan dakwah. Bahkan kita melihat tanpa prejudis bahawa ramai graduan agama yang memilih untuk berada di
Inilah yang dikatakan masuk bakul angkat sendiri. Berjuang tanpa mengikut kehendak jamaah. Ramai yang mahu terlibat dengan NGO tapi tidak mahu terlibat dengan dakwah secara langsung melalui bergerak bersama jamaah. Bahkan ada yang mewujudkan jamaah dalam jamaah. Semuanya kerana mengikut nafsu yang mahu bergerak dengan selesa dan selamat.
Bermuhasabahlah kita bersama, bahawa tiada jalan dakwah tanpa ujian dan bencana fitnah manusia. Jangan sampai kita tersalah atau tersilap dan lebih buruk lagi jika terpedaya. Mencipta jalan sendiri sedangkan jalan ini telah terbentang sekian lama dengan janji syurga dihujungnya. Syaratnya sabar, ikhlas dan istiqamah. Sedikit benar yang bersyukur di kalangan hamba Allah.
Amat menyedihkan dengan kenyataan sesetengah sahabat yang mengatakan bahawa belum tentu mereka yang berada di saf hadapan mempunyai niat yang ikhlas dalam perjuangan. Kekadang, mereka yang di sebalik tabir masuk syurga dahulu sebelum mereka kerana niat yang ikhlas. Pening juga mahu memberikan jawapan kepada puak ini kerana meraka juga memahami hujjah syara’.
Apa yang kita tahu, bahawa keikhlasan itu ada pembuktiannya. Bila zaman makkah berlalu dengan tarbiyyah imaniyah yang hebat, menjelma pula zaman madinah yang penuh dengan ujian terhadap keimanan di dada. Mereka yang tidak keluar ke
Firman Allah SWT dalam surah At Taubah ayat 45 :
“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.”
Kefahaman dari ayat di atas ialah, iman ‘belakang tabir’ tidak boleh diterima selama-lamanya dan wajib berakhir satu ketika dengan keluar berjihad di saf hadapan. Zaman berteori ada penamatnya. Tidak boleh selamanya berteori, wajib dipraktikkan segala ilmu yang ada untuk perjuangan di saf hadapan. Bahkan Rasulullah SAW sentiasa berada di saf hadapan perjuangan. Benar, mereka yang berjuang di
1 comment:
Assalamualaikum; tulisan ustaz sangat bagus. Ana amat bersetuju terutamanya dlm pelbagai kemelut sekarang ini. Cuma ana musykil sedikit berkaitan dgn pegawai2 kerajaan adakah semuanya perlu menzahirkan diri sebagai org PAS; sebab nanti PAS perintah kan senang utk diaorg menolong mentadbir negeri mcm kelantan apabila menang 1990 dulu. Bukan apa mcm bos ana di pejabat kalau dia istihar PAS ana yakin dia kena tukar; tapi krna ada dia le ni, kemungkaran payah nak bersarang.Wallahualam dprd hamba yg kerdil:mrad
Post a Comment