BismilLah,wal hamdulilLah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Rasulillah, wa ba’du;
Salam ISLAH,
Memperingati peristiwa agung Isra’ wal Mi’raj yang berlaku ke atas Baginda Rasulullah SAW menjadikan kita terasa begitu kerdil di hadapan Allah SWT. Masih banyak yang belum diterokai dari ilmu Allah yang Maha Luas dan sudah tentu tidak ada daya dan upaya bagi menusia kerdil seperti kita untuk menjangkau kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT kecuali mereka-mereka yang dipilih oleh Allah untuk didedahkan sebahagian kecil darinya.
Sungguh benarlah bahawa permulaan perjalanan menuju Allah SWT harus bermula dengan kebersihan dan kejernihan hati. Inilah noktah bidayah kepada jalan menuju keredhaan Allah yang abadi di akhirat. Menurut al Imam Ibni Abi Jamrah, pendapat yang rajah ialah Nabi SAW dibelah dadanya 4 kali. Pertama; ketika Baginda masih kecil di dalam pemeliharaan dan penjagaan ibu susuannya Halimah as Sa’diyah rdh, kali kedua; ketika Baginda mencapai umur baligh, kali ketiga; ketika Baginda menerima wahyu dan keempat; ketika Baginda diisra’ dan dimi’rajkan. Menurut apa yang saya catatkan di dalam Mukhtasar al Bukhariy bagi Imam Ibn Abi Jamrah tadi, bahawa ketika berlakunya isra’ dan mi’raj, Rasulullah SAW sedang tidur di sisi Ka’bah dengan diapit oleh Saiyyiduna Hamzah dan Saiyyiduna Ja’far Ibn Abi Thalib radhiyalLahu ‘anhuma. Ketika itulah datang malaikat membawa bekas emas yang terisi hikmah dan iman lalu dibelah dada Nabi SAW, dikeluarkan hati Baginda dan dicuci dengan air zamzam. Dibersihkan dari hati Nabi SAW karat hitam yang menjadi tempat duduknya syaitan bagi menyempurnakan tugas kerasulan agar bertindak menurut wahyu semata-mata. Kemudian bermulalah perjalanan agung tersebut dengan mengenderai buraq dan ditemani Saiyyiduna Jibril ‘alaihissalam.
Di dalam hadis yang masyhur, Rasulullah SAW bersabda ;
“ Ketahuilah bahawasanya di dalam hatimu ada seketul darah, jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh, jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah bahawa itulah yang dinamakan hati”
Saudara, segalanya bermula dari hati. Ketaatan kepada Allah, jihad dan pengorbanan, kasih sayang dan kecintaan, kecenderungan kepada maksiat, karam dalam keseronokan dunia, kebencian dan kemarahan, semuanya bermula dari hati. Hati adalah asas integriti dan kekuatan, dari situ jugalah kelemahan dan ketewasan. Yang paling penting, hati yang diselaputi dosa dan maksiat tidak akan menemui jalan menuju Allah SWT. Jika jalan menuju Allah tidak ditemui, maka jalan syaitan yang akan mengambil tempat di dalam diri. Itulah setebal-tebal hijab antara hamba dengan Sang Penciptanya.
Kecintaan kepada Islam dan istiqamah beramal dengannya sehinggalah kepada kesungguhan yang tinggi memperjuangkannya adalah bermula dari hati. Pertama, hati yang mempunyai kemahuan dan yang kedua ; hati yang dipilih untuk menerima curahan hidayah dari Allah SWT. Firman Allah :

“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya[503], niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” Surah al an’aam : 125
[503] disesatkan Allah berarti: bahwa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mau memahami petunjuk-petunjuk Allah. dalam ayat ini, Karena mereka itu ingkar dan tidak mau memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, Maka mereka itu menjadi sesat.
Kefahaman terhadap ayat di atas ialah, rasa lapang dada dan kemahuan yang tinggi untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan dan semangat perjuangan yang tinggi yang terlihat dari kader dakwah adalah kerana hati yang diberi petunjuk oleh Allah jua.
Di dalam peristiwa agung Isra’ Mi’raj, Rasulullah SAW telah ditunjukkan pembalasan Allah kepada ahli ketaatan dan ahli maksiat. Bilamana Baginda terhidu keharuman ruh para syuhadak yang syahid kerana mempertahankan aqidah seperti keluarga Yasir dan Masyitah tukang sikat puteri Firaun, maka sudah barang tentu peristiwa ini menjadi dorongan yang sangat kuat bagi para mujahid meneruskan perjuangan mereka. Yakin percayalah bahawa perjuangan kita tidak akan dipersiakan oleh Allah SWT.
Tanya hati dan diri kita, apa yang sebenarnya menghalang kita untuk aktif di arena perjuangan jika tidak kerana hati yang cenderung kepada kesenangan duniawi. Pupuklah hati dengan kesungguhan mujahadah di jalan Allah SWT semoga ia akan memancarkan nur kemahuan dan kesanggupan yang tinggi untuk hidup mulia atau mati syahid.