Thursday, July 17, 2008

Tiada Masa Depan ! - TGNA


KOTA BHARU : Murshidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar permintaan UMNO yang mahu Yang di-Pertuan Agong supaya campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera. Tindakan itu katanya mengesahkan secara muktamad kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu selama 50 tahun penubuhan parti (UMNO) itu.

“Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas ; agama, bangsa, tanahair” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan media di sini baru-baru ini.”

Beliau berkata kegagalan itu disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identity dan jati diri dari segi bahasa, adab, budaya dan budi ; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadai tanah , air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Nik Aziz percaya sekiranya UMNO dari awal meletakkan agama Islam sebagai asas perjuangan, maka kegagalan itu tidak seperti yang berlaku sekarang. “Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika UMNO dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini”.

Apabila UMNO membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayu pun boleh gerun tegas beliau. Nik Aziz berkata, jika Islam yakin dengan kaedah pengagungan bangsa, sudah lama Nabi SAW melakukan demikian sebagai tunjang perpaduan kaum. Soalnya kenapa Rasulullah SAW kita tidak memilih berbuat begitu?. Bahkan sebaliknya Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong hadis yang bemaksud, “ Tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa Ajam melainkan dengan taqwa” tambah beliau lagi.

Nik Aziz berkata kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin UMNO dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.

“Sekarang benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.”

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat”. tegas beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata jika UMNO bermula dengan Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.

“Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau, dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan”, tegas beliau.

Dipetik dari Mingguan WASILAH (20-26 Julai 2008)

No comments: