Membaca komen Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam Utusan Malaysia hari ini telah menambahkan lagi keinsafan dalam hati betapa matlamat Himpunan PROTES tempohari tidak mencapai matlamatnya. Turun dari rumah niat nak protes tiba-tiba jadi majlis untuk seronok-seronok kata TGNA. Di sini saya sertakan petikan berita tersebut :
Nik Aziz kecewa perhimpunan ‘seronok-seronok’
Nik Aziz kecewa perhimpunan ‘seronok-seronok’
KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.
“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.
“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.
KEPIMPINAN ADALAH AMANAH
Antara fenomena akhir zaman yang digambarkan oleh Rasulullah SAW adalah akan terjadinya perebutan terhadap amanah. Masing-masing berebut mahu memegang amanah. Antara akhlak istimewa salafuna as saleh adalah mereka amat takut menerima amanah kepimpinan kerana amat sedar bahawa yang paling berat adalah amanah.
Dewasa ini, amanah kepimpinan dijadikan alat untuk meraih kemashuran dan popularity. Ramai yang berebut-rebut nak jadi pemimpin dan sanggup menawarkan diri untuk jadi ketua, pengerusi, penyelaras, presiden, naib presiden dan lain-lain demi mahu menonjolkan diri dan mahu disebut orang namanya. Sebab itu di zaman ini, jawatan Pengerusi Kelab Pinggan Mangkuk pun orang berebut nak pegang. Semua ini dek kerana ada agenda peribadi yang tersirat.
Dalam isu Himpunan PROTES, tak timbul nak salahkan sesiapa. Isunya adalah, yang memimpin mesti bertanggungjawab. Di akhirat kelak, dia pasti akan di tanya. Sebelum sampai ke sana, bertanggungjawablah dulu di sini. Kita kena rasa malu dengan pemimpin di dunia barat dan Jepun contohnya, walaupun mereka tiada aqidah, mereka bersikap seperti orang yang beraqidah. Segera mereka meletakkan jawatan mereka kerana pertanggungjawaban.
Ada yang berkata bahawa Pemimpin PAS sudah melakukan yang terbaik, tak patut salahkan mereka, kena salahkan Hishamudin Rais. Apa semua ini?. Kita yang percaya kepada orang yang tidak percayakan agama !. Dan, takkanlah nak buat persembahan terus naik atas pentas dan melalak. Nak set gitar pun dah makan masa 5 minit. Sudah tentu sempat untuk berbuat sesuatu. Kenapa dibiarkan?.
Adakah takut tidak mendapat sokongan sosialis dan lain-lain manusia? Biar manusia tak sokong kita beb, asalkan Allah sentiasa ‘menyokong’ kita.
No comments:
Post a Comment