Salam Perjuangan,
Semalam saya menerima panggilan dari seorang sahabat ‘melaporkan’ tragedi dan insiden yang berlaku di Himpunan Sejuta Rakyat anjuran PROTES. Sebenarnya saya mengikuti perkembangan hari demi hari program hebat ini. Bertanya kepada sahabat-sahabat yang secara langsung terlibat dengan program ini, Dewan Pemuda PAS Pusat terutamanya. Beberapa hari sebelum berlangsungnya himpunan ini, saya telah dikejutkan dengan pendedahan Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi dalam blognya berkenaan wujudnya beberapa acara songsang akhlak dan syara’ di dalam program tersebut. Saya juga menghubungi Tantawi untuk maklumat lanjut dan saya dimaklumkan bahawa PROTES telah bersetuju menggugurkan acara-acara songsang tersebut.
Kali terakhir saya bertemu dengan Tantawi ialah pada 5 Julai 2008 (Sabtu) di rumah seorang sahabat di Subang Jaya. Sempat juga saya bertanya khabar tentang program ini dan berbincang mengenainya. Sekali lagi saya dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat mendapat jaminan bahawa acara songsang akhlak dan syarak seperti yang berlaku jua akhirnya semalam sama sekali tidak akan berlaku. Sila lihat petikan berita di bawah :

KUALA LUMPUR 6 Julai _ Perhimpunan `protes sejuta rakyat-protes sampai turun' yang mencetuskan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir. (illustrasi - malaysiakini)
Insiden itu seterusnya membawa kepada pergaduhan antara hadirin apabila mereka cuba menyerbu ke arah penyanyi dan rakan-rakan kumpulannya gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Penyanyi berkenaan sedang membawa lagu bertajuk Jilat itu bertindak membuka seluarnya dan membelakangkan dirinya ke arah hadirin sambil menjerit jilat berkali-kali.
Penyanyi berkenaan kemudiannya dibelasah oleh segelintir hadirin walaupun pekara itu cuba disembunyikan oleh pihak penganjur.
Penyanyi sekitar seusia awal 20 tahun itu merupakan penyanyi utama kumpulan Karburetor Dung yang ditampilkan oleh pihak penganjur sebagai selingan antara ucapan.

Saya tertanya-tanya dan agak bingung dengan apa yang telah mewarnai persada perjuangan PAS mutakhir ini. Bagi saya, semua ini telah mencemarkan kesucian perjuangan murni ini. Lebih mengecewakan saya ialah Dr Hatta Ramli yang mewakili PAS dalam PROTES (jika disahkan), sikap tidak bersungguh-sungguh dalam memantau perjalanan program ini adalah sangat mengecewakan. Berhimpunnya rakyat semalam adalah untuk membantah dan bersatu hati memprotes kenaikan harga minyak yang membebankan, bukannya untuk berseronok apatah lagi untuk dihidangkan dengan ‘pungkoq’ (dengan maaf) penyanyi gila-gila yang dijemput untuk ‘menghiburkan’ penonton. Dengan alasan apakah semua perbuatan haram ini boleh dihalalkan. Mereka yang mengikuti perjalanan tarbiyah PAS yang ‘tulen’ takkan sama sekali bersekongkol dengan kemungkaran durjana ini.
Himpunan BERSIH yang lalu bagi saya telah mendapat keberkatan dari Allah SWT. Allah telah menggerakkan 200,000 rakyat dari pelbagai latar belakang dan agama untuk sama-sama juga berhimpun dan bersatu hati melaksanakan satu agenda yang sama. Mereka tetap datang walaupun tidak ada hiburan. Dan mereka sanggup datang walaupun mereka tahu risikonya. Hairan saya dengan orang yang berani pada awalnya tapi menjadi pengecut pada akhirnya.
PROTES telah mungkir janji dengan Dewan Pemuda PAS Pusat. Apa lagi yang diharapkan dari orang yang tidak berpegang dengan janji. Matlamat suci perjuangan takkan boleh dicapai dengan cara yang diharamkan oleh syara’. Kita khuatir kalau selama ini kta mengatakan bahawa UMNO telah ‘mentongsampahkan’ syariat Allah dan hukumNya, maka pada saat ini kita juga berbuat perkara yang sama.
Apa kalau tiada persembahan songsang seperti semalam dalam Himpunan PROTES tidak akan ada yang datang? Kita mahu menggerakkan kesedaran rakyat dengan perjuangan kita. Kita mahu menghidupkan dhamir dan jiwa mereka agar membenci kezaliman dan kemungkaran. Kita mahu suburkan jiwa mereka dengan nilai-nilai kebaikan. Bukannya kita yang mengikut rentak mereka sehingga matlamat menghalalkan cara.
Saya juga tahu bahawa bila perkara ini dibangkitkan di dalam Muktamar PAS Pusat Ogos nanti, pimpinan PAS (Dr Hatta terutamanya) akan berhempas pulas memberikan jawapan yang boleh diterima ahli (jangan sampai berbohong) dan jawapan itu akan diberikan di hujung muktamar tanpa ada peluang lagi untuk pertanyaan semula. Tetapi saya ingin ingatkan semua, jangan lupa untuk menyediakan jawapan di hadapan Allah SWT di mahsyar kelak. Hishamudin Rais takkan dapat menolong kamu dengan free thinker nya. Jika perjuangan yang suci ini kamu khianati, apa lagi yang akan dapat mensyafaatkan kamu di hari akhirat??.
2 comments:
Saya bersetuju dengan pendapat ustaz...jika dilihat pada perhimpunan BERSIH suatu ketika dahulu,jelas menampakkan keberkatan daripada ALLAH, malah hasil itulah kemenangan besar kita peroleh dalam PRU 12 yang lepas...ianya tidak semata-mata disulami semangat yg kental malah sahabat2 di MAAsjid JAmek telah dikasari dengan rakus oleh polis..mungkin berkat kesakitan dan doa itulah,kemengan besar kita peroleh...tetapi perhimpunan semalam menampakkan kita berada dalam zon selesa...maaf sekiranya komen ini menyakitkan dan ana sendiri tak hadir semasa perhimpunan semalam...tetapi percayalah,berjuang dalam keadaan susah dan getir lebih menampakkan ROH perjuangan yang hakiki...
ana bersetuju dengan pandang ustaz, .. mungkin ini ujian kita sebelum mmerintah,,,beberepa perlu kajian teliti dari sudut tarbiyyah dan siasah.ana ada di maklumkan kan oleh beberapa org sahabat yg sempat berkunjung ke PKS indenesia,,pimpinan pusat jarg berbincg mengenai tarbiyyah hanya segelintir pimpinan pas kelantan yg bercakap soal terbiyyah bila berkunjung ke sana..kita Lihat beberapa tokoh veteren cth Ustz wan jamil serious mennjur Tamrin diperingkat Negeri yg dihadiri oleh MB kelantan sebelum pelihraya 2008..
ape2 pimpinan peringkat ulamak dan pemuda harus ke depan untuk memahami bentuk tarbiyyah pada masa kini..
Post a Comment