Jawapan : Pendapat sesetegah ulama’ salaf dibolehkan solat di gereja-gereja seperti yang disebut oleh Sya’bi, ‘Atho’ dan ibn Sirin. Dan pernah beberapa sahabat solat di dalamnya seperti Abu Musa al-‘Asy’ari. Bagi pandangan Hanafiah dan syafi’iyah ianya makruh.
Adapun solat diatas tempat simpanan barang orang-orang masihi, sekiranya diketahui tempat itu selalu digunakan oleh orang yang baik ataupun berlapikkan kain ataupun digunakan sejadah yang bersih lalu bersembahyang diatasnya maka sah solat tersebut. Dan adapun sekiranya diketahui tempat itu bernajis maka tidak sah solat tersebut. Ini kerana syarat sah solat ialah bersihnya badan, pakaian dan tempat.
No comments:
Post a Comment