Assalamualaikum wrt dan salam perjuangan buat adik-adik dan sahabat sekalian,
Dipilih oleh Allah SWT untuk berada di dalam saf perjuangan untuk menegakkan ajaran Islam dalam seluruh cabang kehidupan adalah satu nikmat yang besar dalam kehidupan. Adalah teramat malang apabila ianya tidak dirasakan sebagai satu nikmat dan kurnia agung dari Allah SWT buat hamba-hambaNya yang dikasihi. Ayuh kita syukuri nikmat ini dengan mempertingkatkan lagi kesungguhan dalam kerja buat bagi mengangkat kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.
Rasanya tidak perlu lagi disebut bahawa “marratib al ‘amal” yang menduduki anak tangga teratas adalah memulai dengan diri sendiri dalam dakwah dan amal. Antara kegagalan dan penyelewengan di dalam amal dakwah adalah sibuk dengan membaiki manusia tanpa berusaha sepanjang masa mengislah diri dan wijdan (jiwa) serta menghiasi suluk dan khuluq dengan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Ketahuilah sahabat sekalian, bahawa usaha memperbaiki dan mentarbiyah peribadi dan akhlak wajib dilakukan berterusan tanpa henti dan jemu bahkah jesegaran hati dan jiwa dalam dakwah adalah bergantung kepada sejauhmana keikhlasan dan kesungguhan kita dalam mengislah diri.
Keimanan terhadap janji dan pembalasan Allah di akhirat diibaratkan seperti vitamin yang ampuh untuk meneruskan semangat dan daya juang kita semua. Inilah keberuntungan yang besar dan nnyata buat kita semua pejuang agama. Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya senantiasa merebutkan peluang yang ada di hadapan mata. Mensia-siakan peluang adalah satu kebodohan dan kerugian. Memanafaatkan peluang yang adalah pula adalah bukti kebijaksanaan. Antara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW adalah memanfaatkan masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati. Kehidupan yang sekali ini harus kita jadikan ianya sebagai jambatan merebut redha Ilahi kertana syurga sedang menanti kita di akhirat. Jadikan segala pengorbanan demi jamaah dan perjuangan adalah bekalan akhirat kerana akhirat itu adalah terlebih baik dan terlebih kekal abadi.
Peka dengan tindakan dan perbuatan yang boleh merosakkan amal dan perjuangan serta menghancurkan jamaah juga adalah di antara prasyarat penting untuk meraih nusrah dan pertolongan dari Allah SWT. Berwaspadalah dengan setiap susupan fikrah hitam dan gelap yang dihalakan kepada ketulenan perjalanan harakah islamiyah yang kita cintai. Selain dari memelihara keikhlasan dan kejujuran dalam kerja buat perjuangan, kita wajib memelihara adab dan akhlak dalam berjuang. Jangan sampai kita terikut-ikut acuan songsang ciptaan musuh apatah lagi menjadi alat musuh dalam menghancurkan keutuhan dan kesatuan dalam jamaah atas nama ‘demokrasi’, ‘nasihat’, ‘bebas bersuara demi kebaikan’ dan pelbagai lagi istilah manis yang mengandungi racun. Fahami dengan baik saluran yang disediakan oleh jamaah serta gunakan sebaik-baiknya. Bersabar dengan jamaah dan kepimpinannya adalah ibadah terbaik serta lebih terpelihara selagi batas-batas syariat tidak dilanggar.
Tempatkan diri kita pada posisi yang benar di dalam gerakan jamaah yang kita dokongi dan cintai ini. Berikan sumbangan walau hanya secubit garam dan sentiasa pertingkatkan taraf pengorbanan Atersebut. Yakinilah bahawa Islam akan menang. Yang penting, pastikan kita menghulurkan tangan bagi memenangkan Islam bukannya meruntuhkan apa yang telah dibina.
2 comments:
Salam ziarah dan salam perjaungan ustaz-fizul
Assalamualaikum.
Salam ziarah. Tulisan ini sangat memberi kesan kepada ana. Alhamdulillah setelah diberi peluang bekerja penuh dengan pemuda, masih lagi merasakan jiwa ini kekosongan.
Jika masih ada jodoh antara kita semua dan alumni arau, insyaallah kita berjumpa lagi.
Semoga setiap tulisan ustaz, memberi kesan kepada setiap pembaca di luar sana.
Danial Al-Rashid
Sunway Kayangan, Shah Alam.
Post a Comment