Jawapan : Hadis ini diriwayatkan ad-Daruqatni dengan sanad yang Dhoif. Walaupun hadis ini disahihkan akan tetapi bukanlah bermaksud solat itu terbatal jika seseorang solat di rumah yang berdekatan dengan masjid, ini kerana bumi ini diibaratkan sebagai masjid seperti yang tersebut di dalam hadis soheh.
Adapun maksud hadis tersebut ialah solat itu tidak sempurna iaitulah pahalanya kurang berbanding solat di masjid. Masjid adalah tempat yang baik di bumi sepertimana disebut di dalam hadis, dan juga kadang-kadang dilakukan solat secara berjemaah di dalamnya. Dan tidaklah menjadi untung bagi sesiapa yang solat selain masjid.
Diriwayatkan oleh Muslim pada bab peringatan kepada orang yang meninggalkan solat jemaah di masjid, kata Nabi s.a.w : “ Walaupon kamu solat di rumah sepertimana seseorang yang bersembahyang di masjid maka ianya bermaksud kamu telah meninggalkan sunnah nabi kamu, walaupun kamu meninggalkan satu sahaja sunnah nabi kamu, kamu telah tersesat ”.
Berkata ibnu Mas’ud : Sesungguhnya kami telah melihat orang yang melakukan perkara tersebut sememangnya dia seorang yang munafik dan diketahui kemunafikannya. Sesungguhnya seorang lelaki sanggup merangkak ke masjid sehinggalah dia berdiri berada di dalm sof untuk solat jamaah.
Kesimpulannya, hadis ini wajib diterimapakai yang membawa maksud menjaga solat jamaah di masjid, lebih-lebih lagi kepada orang yang tinggal berdekatan dengan masjid, dan tidaklah bermakna batal solatnya jika dia solat dirumah.
1 comment:
salam ziarah ustaz...
saya tak berapa faham tentang maksud hadis dari Ibn.Mas'ud itu.
minta ustaz sudi perjelaskan..
Post a Comment