Terlupa Niat
Orang yang terlupa niat dikira ia tidak berpuasa, kerana menurut pendapat mazhab Al-Syafie, ‘niat’ adalah salah satu daripada syarat sah puasa. Bagi orang yang terlupa niat atau tidak berniat, maka ia hendaklah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari di bulan puasa.
Lewat Bersahur
Orang yang terlewat bangun sahur dan ia syak sama ada telah habis waktu atau tidak dan sambil itu ia terus makan sahur, sekiranya sah benar yakni belum naik fajar, maka sah puasanya. Tetapi kalau salah sangkaannya, sedangkan telah naik fajar, maka tidak sah puasanya.
Cepat Berbuka
Seorang yang pada sangkaannya telah masuk waktu berbuka lalu ia segera berbuka, tetapi setelah ia makan didapati belum masuk waktu, maka dihukum batal puasanya.
Berkumur-kumur Air
Tidak membatalkan puasa seorang yang sangat dahaga dan ia berkumur-kumur air bagi meredakan dahaganya. Walau bagaimanapun hukumnya makruh.
Meninggalkan memakai bau-bauan pada siang hari
Orang yang berpuasa hendaklah meninggalkan memakai bau-bauan pada siang hari di bulan Ramadhan (kerana memakai bau-bauan pada siang hari hukumnya makruh).
1 comment:
Ustaz bolehkan ustaz kemukakan dalil2 yang mengenai mengjalankan Hukum Hudud pada bulan Ramadhan , isu ini berkaitan dengen Isu Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengemparkan negara.. sy kurang arif mengenai hukum hakam.. harap ustaz boleh bantu.
Post a Comment