Salam Islah,
Saya telah menubuhkan sebuah ma’had (sekolah agama) pada 17 Muharram 1430 bersamaan 14 Januari 2009 yang lalu. Saya namakan Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi atau singkatannya MATIN yang membawa erti ‘kukuh’. Itupun setelah saya merujuk kepada beberapa orang ulama’ dan tuan-tuan guru yang ‘dekat’ dengan saya. Sekarang, MATIN telah mempunyai 16 pelajar termasuk 2 pelajar baru yang saya terima semalam dan hari ini. Saya telah amanahkan 4 orang guru untuk mendidik, mentarbiyah dan mengkaderkan 16 orang anak kesayangan saya itu.
Kami menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat dan Taman Seri Guar, Kangar, Perlis dengan sewa RM 600 sebulan. Pelajar MATIN saya didik berdikari dengan memasak makanan sendiri serta membasuh pakaian sendiri. Saya gabungkan kurikulum pengajian ilmu-ilmu Islam serta kurikulum tahfiz Al Quran di dalam sukatan pengajian di MATIN. Besarlah harapan saya agar anak-anak ini menjadi ulama’ ‘amilin di masa hadapan serta dai’ie yang berkaliber serta petugas ‘amal islami yang komited.
Saya sedar yuran bulanan sebanyak RM100 tidaklah mampu menanggung kos penyelenggaraan keseluruhan operasi MATIN, namun saya sangat yakin dengan pertolongan dan bantuan Allah SWT. Saya sangat menghargai bantuan sahabat-sahabat yang tidak pernah putus. Saya juga sangat terharu dengan komitmen anak-anak saya di MATIN.
Sejak saya pulang dari MESIR pada tahun 2000, saya melihat keperluan lahirnya ulama’ ‘amilin di Perlis sebagai penerus perjuangan ulama’ terdahulu. Saya akui bahawa Perlis tidak sesubur Kelantan dan Kedah dari sudut perkembangan ilmu dan minat rakyatnya kepada penghayatan cara hidup Islam. Perlis yang terkenal dengan negeri as Sunnah, lebih banyak membincangkan cirri-ciri ahlus Sunnah dari sudut teorinya namun dari sudut praktikal sunnahnya ; sememangnya gagal. Pendekatan keras dan tuduhan semberono kepada mereka yang bertaqlkid dengan mazhab hanya menjauhkan orang Perlis dari As Sunnah. Masjid tidak juga penuh sewaktu solat berjamaah. Minat mengaji tak juga bertambah. Lebih parah lagi, rakyat selalu bertelagah dan pening kepala dengan pendekatan yang sangat tidak mesra mazhab dan perbedaan pandangan.
Dr Juanda, Mufti baru Perlis adalah sangat diharapkan dapat membawa perubahan besar di Perlis. Saya melihat, sejak dia dilantik sehingga sekarang, masih belum ada sebarang kenyataan dari beliau. Mungkin masih melihat gerak arus agaknya atau apa sahaja hanya Allah yang tahu. Berbanding bekas mufti maka jauhlah bezanya kerana solat\Jumaat pertama yang dimamkannya (bekas mufti) dia terus ‘jerkah’ orang yang sapu muka lepas salam. Tidak ada nas katanya. Sedang nas yang mengharamkan arak dan judi bukan main terang di dalam KitabulLah tidak pula dia menujuk ke kedai judi dan tikam ekor untuk dijerkah dan dikenakan tindakan sepatutnya. Sekurang-kurangnya hadis sapu muka ada juga Imam Nawawi naqalkan di dalam Riyadhus Salihin.
UMNO yang menjadi pemerintah pun wajib mufti betulkan aqidah mereka supaya berbetulan dengan As Sunnah. Tak perlu saya hurai panjang mengenainya kerana sedia maklum UMNO tidak berhukum dengan KitabulLah dan Sunnah Rasulullah. Tidakkah mengikut teori cirri-ciri Ahlus Sunnah, perbuatan sedemikian merosakkan aqidah?. Kenapa tidak dijerkah UMNO supaya ubah dasar ? Kalau betul-betul nak buat perubahan demi agama dan bangsa, UMNO kena ubah dasar. Baliklah kepada Islam oi!
10 comments:
Perbetulkan diri anda dulu.
Contohnya mana anda tau bekas Mufti tersebut tidak jerkah peminum arak dan taik judi? Anda bersama beliau 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 setahun selama hayat Mufti tersebut? Atas alasan apa anda kata beliau tidak pernah "jerkah"?
Pernyataan beliau "tidak pernah jerkah" adalah satu penyataan sapuan rambang sahaja dan anggapan anda sahaja. Periksalah hati kamu dahulu oi. (minta maaf saya guna "oi" atas dasar "oi" saudara dihujung artikel. Ketahui "oi" adalah satu perkataan yang kurang sopan untuk digunakan oleh manusia yang berkedudukan seperti saudara)
Walau apapun tahniah atas MANTIN. Tolong ajar anak-anak murid saudara itu supaya lebih teliti apabila hendak membuat apa-apa pernyataan. Biarkanlah guru kencing berdiri tapi jangan biarkan anak murid kencing berlari.
ISH...ISH..ISH... BINGUNG SUNGGUH SI TALHAH DI ATAS NI... SEBARANG PERKATAAN DAN TEGURAN DARI EX MUFTI KITA DULU TU DIPERHATIKAN DAN SELALU DI HIGHLIGHT OLEH MEDIA.. KALU MEDIA TAK SEBUT MAKNANYA DIA TAK KATA LA BINGGUNG, PERSOALAN MUDAH MCM TU PUN TAK LEH NAK PIKIAQ KA.. MENGGONG....
Penyokong setia, seumur hidup ex Mufti tu, hoho. Kita sekali baca, kita sudah boleh faham apa yang ustaz yusainne beritahu, sebab kita semua membaca dan mengambil tahu.
Apapun, ana ucapkan selamat maju jaya pada sahabat-sahabat di MATIN. Teringinnya jadi hafiz jugak =).
Teruskan jihad tegakkan Islam ustaz.
Saya ucapkan terima kasih dan selamat datang kepada Sdr Talhah.
Saya sangat menghargai nasihat saudara supaya 'memperbetulkan diri' terlebih dahulu. Saya pasti akan lakukannya insya Allah.
Cuma, saya rasa saudara ni seorang yang buta bahasa dalam memahami apa yang saya maksudkan dengan 'jerkah'. Dan sememangnya dengan maksiat mesti bertindak tegas dan keras. Dalam persoalan khilafiyah tak perlu keras. Atau mungkin saudara 'tersentuh' bila saya ketengahkan persoalan ini?. Baguslah kalau terasa kerana itu maknanya saudara masih ada 'hati'.
Menggunakan perkataan oi tak sesuai dengan kedudukan saya?. Bila Nabi mendoakan 'kehancuran' dan 'kecelakaan' kepada penentang2 Islam di zaman Baginda, tiada teguran pun dari Allah SWT??. Lagipun, saudara sendiri tidak mengetahui "kedudukan" saudara yang sebenarnya apatah lagi saya.Lagipun, bagi manusia keras hati dan degil macam UMNO yang dah 50 tahun lebih diajak balik kepada ajaran Islam yang syumul maka sekali-sekala nak kejutkan dia dengan perkataan oi, apa salahnya> Macam anak kita yang dah 10 kali dikejut supaya bangun solat subuh tetapi buat tak tahu aja maka akhirnya...."Bangun la oi!".
assalamualaikum di atas pembukaan sekolah Islam tersebut. tak ramai mampu nak buat macam tu. didoakan supaya rezeki kepada orang yang buat kerja baik dimudahkan.
ana pun dok tunggu juga apa yang dr. juanda nak lakukan sebagai 'mufti' di indera kayangan. tak kesah la siapa dia yang menjadi mufti, ada hubungan dengan yang dulu atau apapun, yang harusnya adalah peranan yang beliau kena lakukan untuk masyarakat islam di perlis.
harapnya baik belaka jadinya.
assalamualaikum
ana selalu juga baca buku mengenai ikhtilaf ulama ni, tambahkan ilmu dan kesedaran.
ILMU.
semakin bertambah ilmu, kita semakin mengakui betapa ceteknya ilmu kita jika berbanding ulama terdahulu. ulama dulu ikhlas, jujur, tekun, tawadhuk dan lain2. tak pernah juga dikisahkan pi jerkah kat orang2 awam mengenai perbezaan pendapat dia dengan orang lain. ulama dulu ada penyelesaian secara halus; dia mengajar, buka sekolah, karang kitab, dan dia suruh murid2 nya pi berguru juga dengan ulama2 lain.
begitu juga hubungan dia dengan orang yang setaraf dengannya (ulama). ambil contoh biasa; imam as-syafie mengaji mazhab imam abu hanifah melalui imam muhammad bin hasan asy-syaibani, rakan dan juga anak murid imam abu hanifah. imam syafie dijemput solat imam subuh di mana makmumnya adalah ulama besar imam abu hanifah, juga ada si sana imam muhammad bin hasan asy-syaibani. imam syafie tak baca qunut waktu solat subuh tu, padahal sunat muakkad di sisi pandangan beliau. imam syafie tak kena gerkah oleh ulama besar yang lain. dia pun tak gerkah orang lain juga. hormat nya beliau kepada orang lain, khususnya tuan guru dia.
KESEDARAN.
bila dah ada ilmu sikit, kesedaran akan timbul. bagaimana nak curahkan ilmu ini kepada masyarakat yang pelbagai? nak ajar segala macam permasalahan fekah yang kita tahu; dengan pelbagai perbahasan, masalah2, rajih dan marjuh, pendapat demi pendapat, ta'lil ulama kepada ulama yang lain, dll lagi.
kita tak boleh buat semua tu. bukan tahap orang awam di tempat ini nak ambil tahu, nanti dia pening dan bagi orang lain jadi bodo pula. teruk jadi nya.......
kita bagi ilmu berdasarkan kepada pengamalan setempat yang ditema pakai. kita perkukuhkan pemahaman ilmu mereka itu. ajar2 adab2 beribadat. ada tomakninah dalam ibadat. lepas salam, nak sapu muka atau tak mahu, ikut suka, tapi kalau sapu muka ada hadis yang sebut nabi buat camtu. bukan tak ada. tok2 guru pondok dah lama dok baca hadis tu. pi tanya mereka....
ini lah kesedaran yang perlu..
ok. jumpa lagi
assalamualaikum
Saudara/Saudari AidaNie,
Saudara penulis mengatakan ex-mufti tidak pernah menjerkah peminum dan tahi judi dan membuat perbandingan diantara kedua peristiwa yakni
A) Jerkah mufti di masjid yang mana menurut beliau telah berlaku.Perkara ini seharusnya berlaku sebab jika tidak berlaku Penulis telah berdusta.
b) Peristiwa Mufti TIDAK PERNAH menjerkah peminum dan tahi arak yang mana penulis sendiri pada hemat saya tidak mungkin tahu sahih atau tidak Ex-Mufti tidak pernah berbuat demikian kerana beliau tidak bersama-sama mufti menurut tempoh seperti yang saya nyatakan.
Dalam keadaan ini penulis, pada hemat saya, telah berdusta dan tidak membawa perkhabaran yang sahih kerana beliau TIDAK MUNGKIN dapat memastikan ex-Mufti TIDAK PERNAH berbuat demikian.
Adakah adil beliau membuat rumusan dari peristiwa yang beliau sendiri tidak tahu kesahihannya yakni peristiwa (b)? Jika tidak terkeluar dalam media pun dapatkah Penulis memastikan Ex-Mufti TIDAK pernah berbuat demikian?
Jangan Lupa Saudara/Saudari AidaNie peristiwa di masjid tersebut juga tidak dilaporkan di media.
Kepada Saudara Penulis pula inilah yang saya maksudkan "betul kan diri anda".
Bukannya keras atau lembut menegur samada perkara pokok atau tidak atau bab- malas sembahyang subuh etc.
Kaedah anda salah dan merbahaya dan boleh menimbulkan fitnah dan menjejaskan seseorang kerana membandingkan dua peristiwa yang mana satu pada anda sendiri adalah sahih dan peristiwa kedua anda sendiri tidak mungkin tau ianya sahih atau tidak.
Perkara ex-mufti TIDAK PERNAH "jerkah/menegur dengan keras peminum arak dan tahi mungkin tidak dilaporkan di media, tetapi walaubagaimanapun saudara tidak boleh menganggap dan membuat kesimpulan ex-Mufti tidak pernah berbuat demikian. PASTIKAN EX-MUFTI betul-betul tidak pernah berbuat demikian barulah ditulis dan dibuat perbandingan di sini. Mungkin beliau pernah menegur secara keras seseorang yang mana peristiwa tersebut tidak dilaporkan.
Mudah sahaja Saudra penulis cuba jawab soalan ini.
Bagaimana saudara tahu ex-mufti TIDAK PERNAH menjerkah atau dalam perkataan orang yang pandai bahasa "menegur dengan keras" mana-mana orang ISLAM yang dilihat di saksikan dan ketahui kesahihannya oleh ex-Mufti sebagai peminum arak dan tahi judi di mana-mana tempat atau masa samada di perbuatan beliau menjerkah atau menegur tersebut dilaporkan dimana-mana media masa atau pun tidak?
Jika jawapannya tidak tahu atau tidak pasti maknanya saudara telah berdusta.
Saudara/Saudari ainohikari
Jangan cepat membuat kesimpulan. Saya menegur benda yang patut ditegur. Jangan mengambil dan membuat kesimpulan tanpa bukti sahih lantas mengatakan saya peminat seumur hidup ex-Mufti. Kalau nak jadi HAFIZ buang dulu sifat terus membuat kesimpulan secara membabi buta apatah lagi bergelak ketawa hohohoho. Hati gelap nanti nak jadi Hafiz macamana kalau ketawa banyak sangat?
Tak percaya ketawa banyak boleh gelap hati dan boleh menjejaskan keinginan untuk menajdi Hafiz? Tanya kat UZTAZ penulis ni.
Tolhah.. tolhah.. tolhah... ish.. ish... ish... apa benda yang dia nak cuba tegakkan pun kita tak tau.. berbahasa mcm budak baru belajar nak buat ayat je gayanya... ermmm... ang jadi2 la tolhah oi...
assalamualaikum.
apa yang berlaku kepada saudara talhah tu? apa yang dia nak bela sangat mengenai dr asri?
walaupun saya kenal dr asri, relax saje apa yang penulis katakan mengenai beliau. tak ada yang salah pun.
dia 'jerkah' orang dalam masjid, perkara biasa la. perkara yang dia yakin tak betul dibuat orang. tapi memang betul dia 'jerkah' .. beliau kata "tidak ada dalam sunah nabi sapu muka selepas solat". saya pun ada waktu itu, bekerja di pejabat agama perlis, tepi masjid syed alwi. peristiwa tu jumaat kali pertama lepas jadi mufti perlis. orang yang mendalami ilmu fekah faham sangat kenapa beliau kata begitu.
bekas mufti perlis tu bukannya layak nak jd mufti sebab bukannya pakar dalam syariah / fekah / usul fekh. dia bidang hadis. nak tadh'if hadis2 pakar ler dia. so... apa nak hairan?
sekarang ni pun mana ada lagi mufti yang berani dah?
kalau berani lebih2 pun, tak lama kat kerusi tu.
saya dok di perlis pun tak pernah dengar dr asri pergi serbu kedai arak le, sport toto, dan tempat2 yang tak baik. betul.... tak pernah dengar.
yang saya dengar; beliau kena tumbuk selepas merampas microfon daripada imam selepas solat. mgkin imam tu marah kot. yang tu saya dengar le.. penulis tolong confirmkan peristiwa ni, takut fitnah le pulak.
wallahu a'lam.
ermmm... pasai dia jerkah dlm masjid lepas dia berkhutbah kali pertama tu ka yg dimaksudkan oleh talhah ... ana pun ada waktu tu... erm..ermm... si Talhah ni ja yg x dak waktu kejadian tu.. patut la...
Post a Comment