Tuesday, April 7, 2009

BagiMu Segala Puji & Syukur Ya Allah


Salam Islah & Salam Perubahan buat semua pencinta keadilan,

Perkembangan mutaakhir dari Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan rasminya PAKATAN Rakyat telah memenangi kedua - dua pilihanraya kecil tersebut dengan majoriti yang besar .


Bukit gantang PAS [ PAKATAN ] menang dengan majoriti 2,789 . Ir Nizar Jamaludin [ PAKATAN ] : 21,860 sementara Ismail Suffian [ BN ] : 19,071 dan Kamarul Ramizu [ BEBAS ] : 62


Dengan kemenangan ini kita wajib bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah menjadi 'faktor penentu' kepada kemenangan ini. Sesungguhnya kemenangan itu adalah dari sisi Allah SWT.

Saya sempat mengikuti pengumuman kemenangan Ir Nizar melalui Astro Awani secara lansung dari Dewan Perbandaran Taiping sebentar tadi dan beliau dengan penuh tawadhuk dan rasa syukur telah membaca Firman Allah SWT di dalam surah Al Fath ayat 1 - 3 sebagai gambaran kesyukurannya kepada Allah SWT di dalam ucapan sulung beliau walaupun saya menyaksikan penyampaian ucapan tersebut amat tidak disenangi oleh pihak BN yang berada di atas pentas.

Kepada seluruh petugas dan yang mencurahkan seluruh keringat dan pengorbanan untuk menjayakan misi besar ini, hanya Allah SWT yang layak memberikan sebaik-baik balasan pada kalian semua.

Jangan lupa, kemenangan juga ujian dari Allah SWT buat kita semua agar kita menjalankan amanah Allah SWT mentadbir bumi sepertimana yang dikehendaki tuan punya bumi ini iaitu Allah SWT. Berterima kasihlah jua kepada rakyat tidak kira agama dan bangsa yang telah memberikan sokongan dalam masa yang sama memberikan harapan.

Firman Allah SWT :

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan Engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya, Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" Al Fath 1-3

No comments: