Wednesday, April 1, 2009

Palestin : Kesaksian Tentera Israel Mengungkap Sisi Pembantaian Mengerikan di Semenanjung Gaza

paksi.net, 21/03/09 - Pembunuhan kejam .. Pengusiran paksa seluruh keluarga dari rumah-rumah mereka .. Pembunuhan sengaja kepada anak-anak, perempuan dan orang tua .. Tulisan ungkapan-ungkapan caci maki pada dinding rumah-rumah di Semenanjung Gaza setelah semua isinya dihancur leburkan.. dan lain-lain, itulah rangkaian kata kamus kekejaman yang diusung pasukan penjajah Zionis dalam serangannya yang terakhir ke Semenanjung Gaza yang tersekat.

Rangkaian kata ini tidak diungkap oleh badan penyelidikan antarabangsa atau lembaga-lembaga hak asasi manusia yang mengusir zionisme di setiap jengkal dari dunia. Namun hal ini diungkap oleh lisan para tentera Zionis Israel sendiri.

Kesaksian yang membuat tubuh menggigil disiarkan oleh akhbar Israel "Haaretz", Khamis (19/3). Dalam laporan ini para tentera Israel berbincang tentang serangan mereka membunuh orang awam Palestin dan bidikan tembakan pada mereka tanpa batasan dan pemusnahan semua harta benda mereka secara sengaja.

Surat khabar Israel ini melaporkan bahawa para tentera memberikan kesaksian mereka pada persidangan yang dianjurkan oleh "Sekolah Persediaan Tentera" di Akademi Zionis "Oranim" di utara Palestin terjajah pada 13 Februari yang lalu.

Sidang ini dihadiri oleh puluhan lulusan sekolah tentera yang bertugas di unit tempur tentera Israel. Mereka turut serta secara "aktif" dalam serangan Zionis di Semenanjung Gaza antara 27 Disember hingga 18 Januari dan mengakibatkan lebih daripada 1400 Palestin gugur dan 5500 lagi cedera dan kerosakan yang sangat dahsyat.

Menurut surat khabar Israel ini, dua orang juruterbang pesawat tempur dan para tentera di angkatan darat tentera Israel berbincang dalam sebuah persidangan – yang dimuat secara ringkas di Buletin alumni sekolah tentera yang diterbitkan minggu ini – tentang kesaksian yang jauh sekali daripada dakwaan-dakwaan pemimpin tentera Zionis dan para jurucakapnya selama ini, yang tidak pernah lalai berusaha menipu pelbagai media massa dengan dakwaan-dakwaan mereka bahawa para tentera mereka sepanjang operasi tentera sangat menitikberatkan etika dan moral pertempuran yang tinggi di semua sudut.

No comments: