PM telah mengumumkan Kabinet barunya hari ini. Saya sempat mengikuti pengumuman tersebut serta 'gahnya' ucapan PM baru Malaysia ketika 'mensyarahkan' kabinetnya' kepada rakyat siang tadi melalui Astro Awani. Dua kementerian baru telah ditubuhkan dan yang 'paling gah' adalah Khairy Jamaludin tiada dalam senarai kabinet baru Najib walaupun dia adalah Ketua Pemuda UMNO Pusat. Samada Najib terlupa ada sengaja melupakan Khairy hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati Najib. Sepatutnya Ketua Pemuda UMNO macam Khairy mesti ada jawatan dalam Kabinet. Kalau Ketua Wanita ada jawatan, Ketua Pemuda mestilah juga ada kerana dia memimpin sayap UMNO yang sangat utama dan penting sekali. Namun, timbalan Khairy terpilih dalam kabinet Najib serta Mukhriz yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda menentang Khairy 'juga terpilih' dalam kabinet Najib.
Saya bukanlah seorang penganalisis politik. Namun politik adalah dunia saya. Saya mengajar, ceramah, bertazkirah, berforum dan dalam kuliah saya nyatakan politik adalah sebahagian dari ajaran Islam yang syumul. Ajaran sekular yang mengatakan politik suku agama suku adalah sesat dan merosakkan aqidah seorang Muslim. Bahkan, sunnah Rasulullah SAW yang paling utama dalam peristiwa Hijrah al Mubarakah adalah menubuhkan kerajaan dan daulah. Maka bila dah tubuh kerajaan, mestilah berpolitik. Maka tak dapat tidak saya kenalah ulas sikit mengenai kabinet Najib yang baru menurut pandangan saya.
Dalam Astro Awani yang saya tonton petang tadi, berpuluh kali diulang-ulang tulisan kat bawah gambar Najib yang sedang berucap bahawa 'Khairi Jamaludin tidak tersenarai' dalam kabinet baru. Nampaknya Najib telah istihar terang-terang permusuhan dan tidak sukanya dia dengan KJ. Saya tak tau macamana Najib nak terangkan kepada ahli-ahli UMNO akan hal ini. Saya rasa KJ juga pasti tidak akan berdiam diri. Dia adalah pimpinan Pemuda UMNO yang dipilih oleh perwakilan akar umbi secara sah dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini. Walaupun KJ cakap dia 'tak kisah' kalau tidak terpilih di dalam kabinet baru, tentu orang-orang KJ tidak akan puas hati. Nampaknya hari ini 'tidak kisah' KJ menjadi kenyataan. Kesian KJ.
Jamil Khir dan Masitah telah digandingkan untuk jaga agama. Mereka berdua berasal dari keluarga PAS (sila nafikan jika tidak betul). Kelulusan agama keduanya tinggi dan pandai sekali mengungkap kata-kata ketika berceramah dan bertazkirah. Itu kurniaan Allah kepada mereka. Saya taknak sentuh hal peribadi mereka. Namun saya nak ingatkan bahawa dalam banyak-banyak kementerian yang ada dalam kabinet Najib, tugas jaga agamalah yang paling berat dan penting sekali. Kata Hujjatul Islam al Imam al Ghazali Rahmatullah 'alaih, bahawa agama itu adalah tonggak dan pemerintahan serta kekuasaan itu adalah penjaganya. Apa-apa jua yang tidak ada penjaga maka pasti akan binasa. Akan binasa , lemah dan hancurlah Islam jika sekiranya Masitah dan Jamil Khir tidak memainkan peranan sungguh-sungguh memelihara Islam serta menyuburkannya. Tidak kurang dari 15 NGO yang berdiri bersama Sister In Islam dalam bergiat aktif mempertikaikan perkara-perkara asas dan usul dalam Islam yang menggugat aqidah. Gejala murtad begitu berleluasa sekali. Semua ini memerlukan tindakan dan penyelesaian. Tiru bagaimana Rasulullah menjaga Islam. Jangan turut hawa nafsu Najib dalam menjaga agama, akan tetapi gunakan ilmu Al Quran dan Sunnah yang ada di dalam dada. Ingat bahawa orang-orang yang beriman sedang memerhati untuk menegakkan kebenaran dan Allah SWT juga memerhati untuk bertindak di akhirat kelak.
Harapan saya, Masitah dan Jamil takkan jadi seperti daun kari dalam gulai yang dimasak. Waktu nak menumis, daun karilah pelengkap dan sebab harumnya tumisan 'awal dan mukaddimah' masakan gulai. Kemudian, bila tiba waktu santapan, ia 'dikais' ketepi. Hambatlah orang-orang yang pertikai syariat dan tidak mahu berhukum dengan kitab Allah. Jangan pula sibuk 'ligan' orang yang sedang berjuang menegakkan syariat dan hukum Allah.
Selamat menjalankan amanah buat semua 'isi' kabinet PM ke 6.

No comments:
Post a Comment