Debaran hati seluruh pencinta keadilan dan pejuang kebenaran semakin kuat dengan berakhirnya kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada malam ini. Besok (7 April 2009 ) adalah hari penentuan samada suara rakyat akan terus berkumandang memberi isyarat kepada Kerajaan BN ataupun sebaliknya.
Saya percaya bahawa seluruh jentera PR telah bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu da penat demi memastikan isyarat sampai kepada Kerajaan BN bahawa mereka perlu bersedia untuk dikuburkan oleh mandat rakyat kepada PR.
Bagi saya, tidak akan ada apa-apa perubahan di dalam pimpinan baru UMNO dan kerajaan yang dikepalai oleh Najib sekarang ini selagi mana Najib tidak ubah dasar perjuangan kepada Islam. Kalau masih dengan dasar yang lama maka tak kemana jualah kepimpinan negara ini.
Walaupun Najib memimpin
Persiapan terakhir kita pada sepanjang malam ini adalah DOA & MUNAJAT kepada Pemilik alam ini supaya memelihara perjuangan kita ini serta mengurniakan pertolongan serta kemenangan kepada kita esok hari. Untuk berdepan dengan jentera BN yang sangat hebat dan besar kekuatannya adalah sangat mustahil, akan tetapi ia sangat tidak mustahil jika Allah bersama-sama perjuangan kita ini lalu memberi pertolonganNya kepada kita maka sangat tidak mustahil untuk kita mencapai kemenangan. Yakinlah bahawa strategi yang kita jalankan hanyalah 1 % dari usaha dan ikhtiar yang kita jalankan. 99% yang baki adalah di dalam ketentuan Allah. Jika Allah hendak memenangkan kita maka tiada siapapun yang dapat mengalahkan kita.
Ya Allah, kurniakan kami kemenangan sepertimana yang telah Engkau kurniakan RasulMu di
No comments:
Post a Comment