Wednesday, April 1, 2009

Palestin : Israel Sumbat Tahanan Gila ke Sel Tahanan Hamas

paksi.net, 24/03/09 - Kementerian Tahanan di pemerintah Palestin menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan Israel menekan tahanan dari gerakan Hamas dan meningkatkan siksaan terhadap mereka, termasuk dengan memasukkan tahanan gila ke sel adalah bukti-bukti kekejaman Israel, kebingungan, dan kekecewaan mereka menghadapi ketegaran Hamas. Tindakan Israel itu tidak akan berjaya melumpuhkan sikap tegar kelompok-kelompok pejuang Palestin yang ingin kesepakatan perjanjian pertukaran tahanan sesuai dengan syarat-syarat mereka.

Kementerian itu mengatakan dalam sebuah kenyataan bertulis Sabtu (21/3) yang salinannya diterima InfoPalestina bahawa apa yang dilakukan oleh Israel terhadap tahanan adalah reaksi dendam kerana gagalnya mereka dalam menyepakati proses pertukaran tahanan. Tindakan itu juga dinilai sebagai usaha gagal menekan tahanan pejuang-pejuang Palestin melalui penekanan-penekanan dan pengekangan terhadap mereka terutama tahanan yang dicantumkan namanya dalam pertukaran yang gagal dicapai.

Kementerian ini mengatakan, pihak kementerian tahanan Israel memasukkan dua tahanan awam yang gila kerana kes dadah ke dalam sel tahanan Abdullah Barghouti, tahanan yang paling berat hukumannya di penjara Israel. Beliau termasuk nama penting yang ditolak Israel untuk dibebaskan dalam kesepakatan pertukaran tawanan. Tindakan Israel ini akan menjadi bahaya bagi nyawa tahanan jika kementerian tahanan terus membiarkan tahanan gila itu bercampur dengan tahanan Palestin lebih lama lagi.

Kementerian mengisyaratkan bahawa tindakan Israel ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Israel. Ini kerana mereka secara sengaja menempatkan tahanan lelaki dan perempuan di penjara yang penuh sesak dengan tahanan gila. Tahanan-tahanan yang gila itu sering melakukan tindakan membahayakan, menyerang, mencerca, memukul tahanan, bahkan sampai kepada menyiramkan air panas kepada tahanan Palestin.

Kementerian menyatakan keprihatinannya yang mendalam terhadap menularnya penyakit berbahaya kepada tahanan Palestin akibat memasukkannya tahanan jenayah warga Israel yang menghidap penyakit berbahaya seperti AIDS dan hepatitis.

Kementerian meminta kepada lembaga-lembaga antarabangsa untuk campurtangan, mencegah Israel menerapkan keputusan yang akan menyebabkan keadaan penjara semakin buruk. Sehingga mengakibatkan para tahanan Palestin menjadi korban atau meninggal dunia.

No comments: