Thursday, July 2, 2009

Bukan Untuk Kerjasama Dengan UMNO!

Salam perjuangan,

Pertama ; saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua DPP Pusat yang telah membuka jalan debat dan hujjah antara Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO. Demikianlah firman Allah yang turun dari langit agar berdebat dan menegakkan kebenaran melalui hujjah walau atas nama apa sekalipun. TGNA selalu sebut, sebutlah atas nama apa sekalipun, debat,khutbah, ceramah, dialog,kuliah, wacana ilmiah atau apa lagi istilahnya ; hakikatnya semua itu adalah tazkirah!.

Kedua ; saya menganggap bahawa inilah saat yang sesuai menghulurkan cabaran ini kepada Pemuda UMNO di saat cabaran TGNA ditolak oleh UMNO. Saya cadangkan selepas ini Ulama' dan Muslimat membuat cabaran debat ilmiah atau apa nama yang sesuai nak letak kepada golongan agama/mufti UMNO dan WANITA UMNO.

Ketiga ; masa tak sesuai?? syurakanlah di kalangan kalian wahai pimpinan. Setelah dibahaskan, maka terjah UMNO dengan cabaran ini. Kami pasti mendoakan kejayaan kalian.

Keempat ; mari kita beri peluang kepada Ketua Pemuda PAS yang baru ini menghunus senjata dan menerjah kekuatan UMNO yang semakin lemah ini dengan sokongan dan doa dari kita. Tidak ada salahnya mengajak orang berdebat di khalayak ramai demi mencari kebenaran apatah lagi dengan mengajak UMNO. Dalam mengkritik tu, jangan sampai terlupa atau ternafi ruang-ruang keluasan yang dibenarkan ajaran dari Allah dan petunjuk Rasul.

Kelima ; Wacana Ilmiah untuk kerjasama dengan Pemuda UMNO ??. Tidak sama sekali. Baca sendiri apa yang tuan tubuh cakap :


1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan " Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam " . sebagai menubuhkan sekretariat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan menubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .

Sekian

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

No comments: