Hadis Pertama : Ikhlas Sendi Kehidupan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ فَارَقَ الدُّنْيَا عَلَى الْإِخْلَاصِ لِلَّهِ وَحْدَهُ وَعِبَادَتِهِ لَا شَرِيكَ لَهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ مَاتَ وَاللَّهُ عَنْهُ رَاضٍ.
Ertinya : Daripada Saiyyidina Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang berpisah dari dunia (mati) di atas keikhlasan hanya kerana Allah SWT semata-mata dan beribadah kepada Allah SWT serta tidak menyengutukan Allah, dan mendirikan solat serta menunaikan zakat ; maka dia telah mati dalam keadaan Allah telah redha kepadanya”
Hadis riwayat Imam Ibn Majah – hadis no 69
Huraian Hadis :
1-Ikhlas adalah membersihkan tujuan dan maksud dari selain Allah SWT dalam setiap tindakan dan pekerjaan seumpama riya’, mencari kemasyhuran, mempamerkan amalan kepada manusia, mahu dipuji dan lain-lain dari niat dan sifat yang mazmumah (tercela).
2-Syirik adalah dosa besar yang sangat dicela oleh Allah SWT. Syirik bererti menduakan atau menyengutukan Allah SWT dengan yang lain pada niat dan amalan. Selain daripada itu,
3-Kata Dr ‘Umar Sulaiman Abdullah Al Asyqar di dalam bukunya “Aqidah ; Di Bawah Naungan Al Quran & As Sunnah : “Syirik yang paling besar adalah seorang yang menyembah selain Allah seperti perbuatan Nasara (Kristian) yang mensyirikkan Allah SWT dengan mengatakan tuhan itu berbilang ( 3 tuhan)”
4-Ikhlas yang paling dituntut ialah dalam ibadah kepada Allah SWT seperti solat,puasa,zakat,haji, sedeqah, bacaan Al Quran, dalam menuntut ilmu, jihad dan lain-lain pekerjaan.
5.- Pekerjaan duniawi yang halal jika dilakukan ikhlas kerana Allah SWT juga menjadi ibadah di sisi Allah SWT serta diberi pahala.
6- Dapat kita pelajari dari hadis di atas bahawa hidup yang ikhlas kerana Allah di dalam semua perkara mestilah diiringi dengan tidak syirik pada Allah serta menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Tidak mencukupi hidup yang ikhlas tanpa menunaikan perintah Allah SWT seperti yang dianggap oleh kebanyakkan orang pada hari ini dengan ucapan “biarlah saya tidak solat sekalipun,janji saya ikhlas!”.
7- Ibadah yang ikhlas tidak akan diterima jua jika datang dari hati yang mengandungi syirik serta aqidah yang salah. Dalam ertikata yang lain, ibadah yang terbit dari aqidah yang salah adalah sia-sia, tidak diterima Allah SWT.
8- Ramai umat Islam di zaman ini yang rajiin beribadah akan tetapi dalam masa yang sama amat kuat menentang ajaran Islam seperti menolak penegakan negara Islam, menolak pelaksanaan syariat Islam, menghalalkan pergaulan bebas serta redha dengan maksiat dan pendurhakaan kepada Allah yang berlaku di depan mata
No comments:
Post a Comment