Monday, July 27, 2009

Imam Akhir Zaman

Akhbar internet Malaysiakini 24 Julai telah melaporkan bahawa YB Dato’ Jamil Khir Menteri JPM telah menegur sikap sesetengah masjid ‘kaya’ yang lupa tanggungjawab sosial bahkan berbangga kerana mempunyai simpanan tetap di bank.

Beliau telah menyampaikan teguran tersebut semasa merasmikan Seminar Pengurusan Masjid Peringkat ASEAN 2009 di UUM Sintok,Kedah.

Seingat saya, entah berapa ratus kali seminar, bengkel, kursus dan entah apa nama program lagi yang dianjurkan untuk mendedahkan ilmu pengurusan masjid seperti ini telah dilakukan. Masa pun dah banyak habis, wang ringgit tak payah ceritalah. Ada kawan saya di Jabatan Agama yang bagitau bahawa seminar atau kursus seperti ini hanya diadakan untuk menghabiskan peruntukan tahunan. Hakikatnya masjid dalam negara kita kebanyakannya masih di takuk lama.

Baru-baru ini, akhbar Sinar Harian telah mendedahkan bahawa terdapat 14 pesakit AIDS yang sedang mendapat perlindungan dan layanan kebajikan di sebuah gereja di Selangor!. Keesokkannya Mufti Selangor jawab dalam akhbar yang sama , “kita takda peruntukan yang cukup serta tiada dana dan keluarga pesakit itu sendiri tak pedulikan mereka”.

Bagi saya, kalau gereja mampu berperanan serta meluaskan pengaruh serta dakyah mereka dengan cara yang saya kata sangat diragui dan jahat ini, kenapa masjid tidak boleh mendahului gereja dalam memainkan peranan. Yang paling saya risaukan ialah siapakah yang akan mentalqinkan pesakit AIDS tersebut ketika mereka berdepan dengan sakaratul maut?. Mohon perlindungan Allah jika mereka di Kristiaankan di saat mereka dihujung usia. Kewajipan kita mejaga aqidah saudara kita itu dari dirosakkan. Saya ada bukti yang kedapatan masjid yang mempunyai simpanan wang jutaan ringgit di bank!. Hasilnya, bendahari masjid itu akan berbangga dengan pembentangan kewangan dalam mesyuarat agung tahunan. Bijaknya bendahari masjid jaga duit!.

Yang berlaku dan selalu berlaku, masjid akan dikunci hingga tiada ruang yang ada untuk para musafir atau mereka yang berhajat pada tumpangan dan perlindungan.Ada kawan yang bagitau saya, muslimat yang terpaksa berteduh kerana hujan lebat di ‘pinggir’ ruangan muslimin pun dihalau ke ruang muslimat di tengah hujan yang sangat lebat sedangkan waktu itu bukan waktu solat.

Lagi satu, saya rasa Jamil Khir kena buat kajian juga dalam satu hal. Antara sebab masjid gagal berperanan adalah kerana program-program masjid selalu dihalang dan selalu dihurungi dengan buruk sangka serta hasad dengki orang-orang UMNO terutamanya JKKK. Yang ni tak payah bukti kerana saya sendiri dah banyak kali terkena. Saya pernah jadi Timbalan Pengerusi masjid dengan sokongan anak jamaah dan kariah tapi puak UMNO khianati saya dan ‘kais’ saya senyap-senyap.

Dato’ Harun Din cerita dalam kuliah beliau di Perlis 25/7 yang lepas bahawa ada Imam Masjid di Langkawi yang halang ceramah dan kuliah agama dilaksanakan di masjid beliau. Imam tu kata buat ceramah banyak tak dapat apa-apa faedah!. Pening oiii….

Benar kata Rasulullah ; di akhir zaman, ,masjid-masjid dibina hebat dan indah, akan tetapi ia kosong dari hidayah.

3 comments:

aku said...

aku dok tgk hangpa dok kempen merata tempat srh turun himpunan anti ISA. siap mtk derma lg.tiba2 time tu jugak ada futsal. pemuda perlis ni jeneh yang xreti kot. hang pun sama la yusaine oi!!dok mngajaq kuliah merata tempat tp mcm xreti buat keja. BENGONG!!

jiwapas serina said...

aku said... aku dok tgk hangpa dok kempen merata tempat srh turun himpunan anti ISA. siap mtk derma lg.tiba2 time tu jugak ada futsal. pemuda perlis ni jeneh yang xreti kot. hang pun sama la yusaine oi!!dok mngajaq kuliah merata tempat tp mcm xreti buat keja. BENGONG!!

HEHEHE HANG TAU JUGA NOO KULIAH USTAZ YUSAINI MERATA TEMPAT NI MESTI X PENAH MISS PUNYA NI KULIAH USTAZ YUS KALAU MISS MESTI GILA MERYAN SOPA PEMIMPIN HANG BENGAP SOPA TENOK

Unknown said...

Kebersihan Masjid di malaysia amat memalukan .
Peruntukan tak cukup kot atau ............