Jawapan :
Perkara tentang Allah tidak harus sesiapa pun memandai-mandai tentangnya. Jawapan yang soheh bagi segala persoalan tentang Allah ialah yang terbit dari al-Quran dan al-Hadith. Termasuklah persoalan "Di mana Allah?".
Kita tidak boleh menjawab dengan hanya logik akal, sebaliknya hendaklah menjawab dengan jawapan yang diberikan al-Quran dan Hadith. Persoalan "Di mana Allah?" bukan persoalan cabang kerana ia disentuh oleh banyak ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w..
Kerana itu persoalan tersebut wajib dipelajari oleh umat Islam dengan mengetahui jawapannya dari penjelasan al-Quran dan as-Sunnah, bukan penjelasan ahli falsafah atau ahli kalam kerana aqidah Islam terasnya adalah wahyu, bukan akal atau ramalan atau rasa hati.
Wallahu a'lam.
Kita tidak boleh menjawab dengan hanya logik akal, sebaliknya hendaklah menjawab dengan jawapan yang diberikan al-Quran dan Hadith. Persoalan "Di mana Allah?" bukan persoalan cabang kerana ia disentuh oleh banyak ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w..
Kerana itu persoalan tersebut wajib dipelajari oleh umat Islam dengan mengetahui jawapannya dari penjelasan al-Quran dan as-Sunnah, bukan penjelasan ahli falsafah atau ahli kalam kerana aqidah Islam terasnya adalah wahyu, bukan akal atau ramalan atau rasa hati.
Wallahu a'lam.
53 comments:
Salam.
Satu soalan yg baik n jwpn yg cukup tepat
" awal2 agame itu menganal Allah "
make kenal lah Allah dengan sebenar-benar kenal,insakALLAH make kite akn tau di mane Allah dgn berpandukan al-quran dan hadith.
Jawapan yang sangat sangat keliru lagi menyesat kan hahahahahahaha
Adinda dan anakanda Ustaz Yusainie,
Cuba lihat jawapan al-Quran surah ar-Rahman 55, ayat 29 maksud terjemahannya :
"Apa yang di langit dan di bumi selalu sahaja meminta kepadanya. Setiap waktu Dia di dalam kesibukan( dengan urusanNya)."
Ana dah pindah ke Dungun laa..sb tulah lama dah tak jumpa enta, makan minum dengan enta. Salam ukhuwwah untuk ikhwah Perlis..maaflah tak habak awai..'afakumullah.
Contact ana 019-4786504
Dungun, Terengganu
MALAYSIA
Salam,
untuk keterangan lebih lanjut "Dimanakah Allah?"
Silalah layari link berikut...
http://ustaz.blogspot.com/2006/02/mengenali-dan-memahami-di-manakah.html
Moga-moga bermanfaat...
1. Sesungguhnya bertanya dengan pertanyaan : "Dimana Allah ?, disyariatkan dan penyoal telah mengikuti panduan Rasulullah salallahualaihiwasalam.
2. Wajib menjawab : "Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas 'Arsy". Kerana yang dimaksud di atas langit adalah di atas 'Arsy. Jawapan ini membuktikan keimanannya sebagai mu'min atau mu'minah. Sebagaimana Nabi salallahualaihiwasalam, telah menyatakan keimanan budak perempuan, karena jawabannya : Allah di atas langit !.
3. Wajib mengi'tiqadkan sesungguhnya Allah di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya.
4. Barangsiapa yang mengingkari wujud Allah di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.
5. Barangsiapa yang tidak membolehkan bertanya : Dimana Allah ? maka sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah, bahkan lebih pandai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Na'udzu billah.
6. Barangsiapa yang tidak menjawab : Sesungguhnya Allah di atas langit, maka bukanlah dia seorang mukmin atau mukminah.
7. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa bertanya :"Dimana Allah ?" akan menyerupakan Allah dengan mahluk-nya, maka sesunguhnya dia telah menuduh Rasulullah SAW jahil/bodoh !. Na'udzu billah !
8. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa Allah berada dimana-mana tempat, maka sesunguhnya dia telah kafir.
9. Barangsiapa yang tidak mengetahui dimana Tuhannya, maka bukanlah dia penyembah Allah 'Azza wa Jalla, tetapi dia menyembah kepada "sesuatu yang tidak ada".
10. Ketahuilah ! Bahawa sesunguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya di atas sekalian mahluk-Nya, telah setuju dengan dalil naqli dan aqli serta fitrah manusia. Adapun dalil naqli, telah datang berpuluh ayat Al-Qur'an dan hadits yang mencapai derajat mutawatir.
11. Demikian juga keterangan Imam-imam dan Ulama-ulama Islam, bahkan telah terjadi ijma' diantara mereka kecuali kaum ahlul bid'ah. Sedangkan dalil aqli yang sederhanapun akan menolak jika dikatakan bahwa Allah berada di segala tempat !. Adapun fitrah manusia, maka lihatlah jika manusia -baik muslim atau kafir- berdo'a khususnya apabila mereka terkena musibah, mereka angkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan 'Ya ... Tuhan..!. Manusia dengan fitrahnya mengetahui bahwa penciptanya berada di tempat yang tinggi, di atas sekalian mahluk-Nya yakni di atas 'Arsy-Nya. Bahkan fitrah ini terdapat juga pada haiwan dan tidak ada yang mengingkari fitrah ini kecuali orang yang telah rosak fitrahnya.
(kalau malas nak baca,kesimpulannya seperti diatas)
salam..semoga Allah s.w.t. membalas saudara dengan kebaikan...ketahuilah bahawa Allah s.w.t. tidak bertempat..Sabda Nabi s.a.w. yg diriwayatkan oleh Imm Muslim rah. "Ya Allah, Kaulah yg Zahir, Tiada sesuatupun di Atas-Mu, Kaulah yg Bathin Tiada sesuatu pun Dibawah-Mu"
Al-Hafizh Al-Bayhaqi rah. di dalam mensyarahkan hadis ini di dalam kitabnya yg terkenal Al-Asma' wa As-Sifat menyebut "Sebahagian dari sahabat kami menggunakan dalil hadis ini sebagai hujah bahawa Allah s.w.t. tidak bertempat kerana seuatu yg tiada sesuatu di bawah mahupun di atas adalah sesuatu itu tidak bertempat"
Ketahuilah saudaraku bahawa ayat quran dan hadis Nabi s.a.w. terbahagi dua..Satu adalah ayat yg menerangkan hakikat dan satu lagi ayat yg menerang zahir..adapun hadis ini adalah hadis hakikat.
berkenaan dengan hadis perempuan jariyah itu, saudara perlulah mengkaji lagi, ini kerana peristiwa itu (tentang pembebasan hamba perempuan itu) hanya berlaku sekali , tetapi hadis-hadis yg meriwayatkan peristiwa itu adalah sgt banyak DAN DGN LAFAZ-LAFAZ YG BERBEZA-BEZA. hadis yg saudari bagi itu adalah dari riwayat Imam Muslim rah. Tetapi ada juga hadis yg menceritakan peristiwa yg sama tapi dengan lafaz yg berbeza sepertimana yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan Imam Malik rah. dalam Al-Muwatta'. Kedua dua sanad perawinya sahih. Kedua -dua ini juga mempunyai lafaz yg sama antara satu sama lain. Maka fahamlah kita bahawa hadis yg meriwayatkan peristiwa perempuan jariyah itu hanya diriwayatkan secara makna sahaja. Hadis ini untuk menerangkan hukum membebaskan hamba yg beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. . Ia bukan bermaksud nak bagitahu Allah s.w.t. kat langit. Kalau nak penjelasan yg sgt panjang lebar bolehlah saudari cuba cari penjelasan Al-Allamah Syaikh Abdullah Kamil, Ulama Kabir Al-Azhar. Semoga Allah s.w.t. memberi kefahaman yg mendalam kepada kita ttg agama Islam yg tercinta...Amin
Dan suka ana ingatkan saudari bahawa telah berkata Syaikhul Haram Imam Ibnu Hajar Al-Haithami rah. bahawa beliau menakalkan daripada Imam Al-Qorofi rah. bahawa beliau telah menakalkan pendapat dari Imam yg empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hambal (r.anhum Ajma'in) bahawa mereka mentakfirkan sesiapa yg memberi jisim dan tempat kepada Allah s.w.t.
Kata - kata ini turut juga dinukil dari Imam As-Subki rah. , Imam Zahid Al-Kautsari rah. , Al-Hafizh Al-Iraqi rah. , dan selainnya.
Renungkanlah..dan lagi satu kalau saudari mebaca kitab Muslim , hadis ttg perempuan jariyah ini tidak termasuk dalam bab Iman, ianya termasuk dalam bab Fikah, maka ia menguatkan lagi bukti bahwa hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim ini hanya secara makna..Dan kalau dalil Aqli, kita telah maklum, bahawa apabila sesorang itu hendak masuk Islam, yg dituntut dan menjadi syarat adalah mengucap dua kalimah syahadah, bukan dengan bertanya di mana Allah ?..Renungkanlah saudaraku
Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. , beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum
Segala pujin hanya bagi Allah dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui
Maaf ada sedikit penambahan...ketahuilah di dalam kitab Al-Farq Bayna Al-Firaq karangan Imam Abdul Qohir Al-Baghdadi rah. . Beliau merupakan guru kepada Imam Al-Bayhaqi dan Imam Al-Qusyairi rah. . Beliau telah menakalkan kata -kata Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh. "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak bertempat . Arasy dijadikan Allah s.w.t. untuk menzahirkan kekuasaan-Nya , bukan sebagai tempat bagi zat-Nya"
Maha suci Allah dari berhajat kepada makhluk.
ketahuilah saudaraku segala sesuatu selain Allah s.w.t. adalah makhluk, termasuk jisim, bentuk, tempat dan masa. Dan Allah s.w.t. telah ada sejak azali dan sebelum tempat ada. Dan Allah s.w.t. tidak berubah (Maha suci Allah dari berubah-ubah) selepas masa, tempat , jisim, dan bentuk diciptakan-Nya.
Tiga perkara yg sekiranya salah satu dari perkara ini ada pada sesuatu , dia adalah makhluk. Iaitu tempat, jisim, dan masa.
Allah s.w.t. tidak berjisim, Allah s.w.t. tidak bertempat, Allah s.w.t. tidak dilingkungi oleh masa...
Berpeganglah kepada ayat Al-Quran "Tiada sesuatu yg menyerupainya"
Jazakallah Khairan Kathira
Menjawab kepada jawapan saudara salim yg mengatakan Allah berada di mana2...Naudzubillahminzaalik!
Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah dengan baginda bertanya kepada hamba perempuan tersebut : "Di manakah Allah ? Maka Jawab budak hamba perempuan tersebut menjawab : "Di atas langit” . Lalu Baginda bertanya lagi : "Siapakah Aku ..?". Maka jawab budak (hamba perempuan itu) : "Engkau adalah Rasulullah". Baginda pun bersabda : "Merdekakan dia ! kerana sesungguhnya dia ialah seorang perempuan mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Hadits sahih dan ianya dikeluarkan (diriwayatkan) oleh Jama'ah ahli hadith, di antaranya :
1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
2. Imam Muslim (2/70-71)
3. Imam Abu Daud (No. 930-931)
4. Imam Nasa'i (3/13-14)
5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)
6. Imam Darimi 91/353-354)
7. Imam Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
8. Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya "Al-Muntaqa" (No. 212)
9. Imam Baihaqy di Kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
10. Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya "Tauhid" (hal. 121-122)
11. Imam Ibnu Abi 'Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
12. Imam Utsman bin Sa'id Ad-Darimi di Kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyyah" (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
13. Imam Al-Laalikai di Kitabnya "As-Sunnah " (No. 652).
Golongan yang mengatakan : "Dia (Allah) ada di mana-mana dan tiap-tiap tempat dan golongan yang mengatakan tidak boleh kita bertanya di manakah Allah bererti telah mengingkari kerasulan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.
Sesungguhnya di dalam al-quran sendiri Allah SWT telah berfirman bahawa Allah SWT itu berada di atas arasy...Masihkah saudara ingin mengingkari ayat-ayat Allah?
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Dia istiwaa (bersemayam)". (Thaha : 5).
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Mereka tidak menta'wil ISTIWAA/ISTAWAA dengan ISTAWLA yang artinya : Berkuasa. Seperti halnya kaum Jahmiyyah dan yang sefaham dengan mereka yang mengatakan "Allah istiwaa di atas 'Arsy" itu maknanya : Allah menguasai 'Arsy !.
Bukan Dzat Allah berada di atas langit yakni di atas 'Arsy-Nya, kerana Allah berada dimana-mana tempat !?... Mereka ini telah merubah perkataan dari tempatnya dan telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan Allah kepada mereka sama seperti kaum Yahudi (baca surat Al-Baqarah : 58-59).
Katakan kepada mereka : Kalau makna istiwaa itu adalah istawla/berkuasa, maka Allah 'Azza wa Jalla berkuasa atas segala sesuatu bukan hanya menguasai 'Arsy. Dia menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya dan sekalian mahluk (selain Allah dinamakan mahluk).
Allah 'Azza wa Jalla telah mengkhabarkan tentang istawaa-Nya diatas 'Arsy-Nya dalam tujuh tempat di dalam kitab-Nya Al-Qur'an. Dan semuanya dengan lafadz "istawaa".
Ini menjadi dalil yang sangat besar bahwa yang dikehendaki dengan istawaa ialah secara hakikat, bukan "istawla" dengan jalan menta'wilnya.
Telah berfirman Allah 'Azza wa Jalla di Muhkam Tanzil-Nya.
Artinya :
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istawaa" (Thaha : 5).
"Kemudian Dia istawaa (bersemayam) di atas 'Arsy".
Pada enam tempat. Dia berfirman di kitab-Nya yaitu :
1. Surat Al-A'raf ayat 54
2. Surat Yunus ayat 3
3. Surat Ar-Ra'du ayat 2
4. Surat Al-Furqaan ayat 59
5. Surat As-Sajdah ayat 4
6. Surat Al-Hadid ayat 4
p/s: Sekiranya saudara masih belum berpuas hati,silalah baca dengan teliti dan penuh ikhlas mencari kebenaran di link ini : http://ustaz.blogspot.com/2006/02/mengenali-dan-memahami-di-manakah.html
Wallahua'lam
Salam... semoga Allah s.w.t. membalas saudari dengan kebaikan...Subhanallah...Maha Suci Allah s.w.t. yg menciptakan ana dan nti...bagaimana nti boleh sanggup mengatakan ana ini beriktikad Allah s.w.t. berada di mana mana?....bukankah sudah ana nyatakan bahawa Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat...Adapun hadis ttg hamba perempuan Muawiyah itu telah ana jelaskan...nampaknya nti hanya bertaklid semata-mata....ana ulang sekali lagi hadis yg meriwayatkan peristiwa itu sgt banyak TAPI DENGAN LAFAZ2 YG BERBEZA....sila bukak sendiri kitan Musnad bagi Imam Ahmad dan Imam Malik....Perkataan Di mana Allah itu tidak ada...Di dalam hadis yg diriwayatkan kedua -dua imam ini rah. adalah dgn lafaz "Adakah kamu beriman kepada Allah s.w.t. dan Muhammad sebagai pesuruh Allah" lebih kurang maksudnya....jgnlah beremosi sgt sehinga bertindak menghukum saudara Islam sendiri yg tidak sependapat dgn nti...dari mana akhlak seperti ini?....daripada kata2 saudari...tidak menunjukkan saudari mahu menerima hujah-hujah yg telah dikemukakan oleh ana...sepatutnya sekiranya saudari benar2 berhujah kerana mahukan kebenaran, sudah pasti nti akan mencari dan mengkaji hujah-hujah yg ana kemukakan..bukan mengulang-ulang pendirian saudari.. di dalam syarah Matan Jauharatit Tauhid bagi Al-Allamah Syaikh Ibrahim Al-Laqqani rah. yg telah diterjemah ke jawi oleh Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah , Pasir Tumbuh , Kota Bharu, Kelantan...disebut dgn jelas (ALLAH TIDAK BERTEMPAT)
Dan juga forum perdana Isra' Mikraj di mana Ahli panel adalah Syaikh Prof. Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buthi dan Al-Habib Ali Al-Jufri (Semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan).. Berkata Habib Ali bahawa Allah s.w.t. tidak mengambil ruang dan masa...lihatlah, renunglah, kajilah, sebelum mengeluarkan kritikan . Ana berlindung dari Allah s.w.t. dari manusia yg bersangka buruk dan telah tertutup hatinya....Ana doakan saudari dan sesiapapun agar ditanamkan rasa cinta kepada umat Nabi s.a.w. oleh Allah s.w.t. , maka dengan itu kita tidak terburu buru menghukum kan org lain sesat , bid'ah dan sebagainya yg boleh memecah belahkan umat Nabi s.a.w. yg tercinta....akhir kata salam ukhwah ana hulurkan..kalau lah salah sekalipun, jgn dibentak diri ini, jgn dicerca, dimaki dan dihina akan diri ana yg fakir ini....nasihatlah dgn baik...gunakan perkataan yg sopan tanpa perlu menghukum ana ....semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa ana dan nti....Amin
Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki.
rajin2 saudara boleh layari blog ini,moga2 bermanfaat...
www.ustaz.blogspot.com
Bagaimanalah Allah azzawajalla tuhan yang menciptakan dunia ini,yang menciptakan segala sesuatu baik yang di langit dan di bumi setiap zarah dan setiap atom dalam dunia ini tidak bergerak melainkan dengan izinnya,tuhan yang sebegini hebat tidak bertempat?sedangkan raja2 dan sultan2 kita pun mempunyai singgahsana masing2,masakan Allah yang menciptakan raja2 dan sultan2 itu pula tidak bertempat?setiap raja atau pemimpin mempunyai siggahsana dan kediaman masing2,masakan Allah tuhan sekalian alam tidak mempunyai singgahsananya sendiri?malahan tidak bertempat?tidakkah menghairankan?
WA
Salam..semoga Allah membalas saudari dengan kebaikan...adapun perkataan Istawa itu ada 14 makna dalam bahasa Arab...maka ianya telah disepakati sebagai ayat mutasyabihat.....maka kita tafwidhkan pada Allah s.w.t. . Serahkan terus tanpa memberi pengertian2 sendiri..jgn jadikan ayat mutasyabihat sebagai perkara pokok dalam iman...adapun bertanya di mana Allah ..itu merupakan satu bid'ah sepertimana seorang yg bertanya kepada Imam Malik r.a. lantas Imam Malik menghalaunya. .. Dan juga di dalam kitab Al-Fath Ar-Rabbani bg Syaikhul Aulia' Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani rah. (ulama yg disepakati akan keimaman dan keilmuannya) telah berkata Syaikh yg mulia "Apabila kamu bertanya di mana Allah ..kamu telah memberi tempat kepada Allah, apabila kamu bertanya bagaimana Allah...kamu telah memberi bentuk kepada Allah.."
Adapun nti mengatakan ada 7 ayat yg menyebut ttg Istawa ..Ketahuilah ayat Al-Quran itu ada 6000 lebih ayat. Perlu dikaji secara menyeluruh . Maka yg mampu mengkaji secara menyeluruh hanyalah para ulama . Dan telah ana nukilkan kata2 ulama sebelum ini... Ini menunjukkan pemahaman para ulama ttg ayat ini bukan seperti pemahaman nti .
Sememangnya Al-Quran dan Al-Hadis adalah maksum dan terpelihara dari sebarang kesalahan , tetapi kefahamn ana, nti, ulama dan selainnya adalah tidak maksum dan boleh sahaja tersalah...Cuma bezanya di sini, seorang memahami ayat2 Al-Quran dgn kurg Ilmu atau tiada ilmu ..dan seorg lagi yakni para ulama memahamkan Al-Quran dan Al-Hadis dgn dibekalkan dgn Ilmu pengetahuan yg lengkap yg melayakkan mereka mengistinbat hukum terus secara langsung dari Al-Quran dan Sunnah..
Maka ikutlah majoriti umat Islam, ini berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w. yg diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dgn Sanad yg sahih.
Lihatlah para2 ulama ini...Ini menunjukkkan mereka memahami perkataan para Salafussoleh bukan seperti yg difahami oleh nti....Maka siapa yg patut diikuti ..Kefahaman para ulama atau kefahaman nti ?
Mengajilah dengan bertalaqqi , dgn guru yg Mursyid. Sama2lah kita yer..
Salam..semoga Allah membalas saudari dgn kebaikan...baiklah saudari mahu berhujah dgn dalil akal..Sememangnya akal sgt mustahak dan tidak dinafikan peranannya dalam mengenal Allah s.w.t., Kalau begitu jawablah pertanyaanku wahai saudara ku, di manakah Allah s.w.t. semasa tempat belum diciptakannya?
saya yang patut tanya saudara soalan tu,Dimanakah Alah sebelum tempat diciptakan?bukankah saudara kata Allah tak bertempat samalah dengan Allah berada dimana2.yerkan?
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...saudari menyebut "Bagaimanalah Allah azzawajalla tuhan yang menciptakan dunia ini,yang menciptakan segala sesuatu baik yang di langit dan di bumi setiap zarah dan setiap atom dalam dunia ini tidak bergerak melainkan dengan izinnya,tuhan yang sebegini hebat tidak bertempat?sedangkan raja2 dan sultan2 kita pun mempunyai singgahsana masing2,masakan Allah yang menciptakan raja2 dan sultan2 itu pula tidak bertempat?setiap raja atau pemimpin mempunyai siggahsana dan kediaman masing2,masakan Allah tuhan sekalian alam tidak mempunyai singgahsananya sendiri?malahan tidak bertempat?tidakkah menghairankan?"
Maka ana menjawab apakah sama Allah s.w.t. dengan sultan2 dan raja2. Adapun perkataan saudari menjadi hujah untuk saudari bahawa Allah tidak berhajat kepada makhluk-Nya, malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Tempat itu adalah makhluk, jisim adalah makhluk, masa adalah makhluk, malas adalah makhluk, rajin adalah makhluk, pendek kata semua segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla adalah makhluk, DAN ALLAH TIDAK BERHAJAT KEPADA MAKHLUK...
Marilah kita meniggalkan sikap taksub dan dengan lapang dada berfikir dgn tenang ..dgn disulami ukhwah antara kita...Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada ana dan nti
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...Aih..kenapa ana pula perlu menjawab?...baiklah ana jawablah...Allah s.w.t. tidak bertempat sebelum dan selepas tempat diciptakan-Nya....nti pulak?
Allah SWT berada diatas Arasy...sesuai dengan Kekuasaannya sebagai Allahuakbar!!
Salam..semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kabaikan...baik sebelum Allah menciptakan Arasy, Allah di mana?....Dan suka ana ingatkan bahawa Arasy memerlukan kepada tempat ...maka tempat telah ada dahulu baru diciptakan Arasy, maka sebelum tempat Di mana Allah?...
(Yaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arsy 913. (QS. 20:5)
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Bukan Dzat Allah berada di atas langit yakni di atas 'Arsy-Nya, kerana Allah berada dimana-mana tempat !?... Mereka ini telah merubah perkataan dari tempatnya dan telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan Allah kepada mereka sama seperti kaum Yahudi (baca surat Al-Baqarah : 58-59).
Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy 548. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Rabb semesta alam. (QS. 7:54)
Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy (singgasana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada keizinan-Nya. Yang demikian itulah Allah, Rabb kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 10:3)
Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu. (QS. 13:2)
Yang Menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy 1072, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia. (QS. 25:59)
Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy 1189. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at 1190. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (QS. 32:4)
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy 1454 dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya 1455. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (QS. 57:4)
salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...apakah ini?...di mana jwpn nti...dgn memberi ayat Al-Quran tanpa penfsiran dari para lama Muktabar bukanlah tindakan bijak dalam memberi dalil. Ini kerana golongan sesat pun turut mendakwa mereka berpegang dgn Al-Quran seperti Syiah , Muktazilah, Khawarij dan sebagainya. Di mana jawapan kepada soalan ana tadi?...Seperti ana sebutkan para ulama telah memberi penjelasan melalui kitab2 mereka dan mereka lebih memahami Al-Quran dan tafsirnya. Maka perlukah ana mengikut nti hanya kerana nti bagi ayat Al-Quran yg nti pun tidak mempunyai ilmu yg lengkap untuk menfsir ayat2 ini?
bole baca dan lihat sendiri di dalam tafsir ibn kaathir...semuanya dah jelas...
Salam...semoga Allah s.w.t membalas saudari dgn kebaikan...apa yg jelas..di mana Tafsirnya ?...Cetakan apa?...sudah dijelaskan oleh Al-Faqih Ad-Da'ie ilallah Syaikh Sayyid Yusoff Hashim Ar-Rifa'e rah. , bahwa beliau menjalankan kajian tentang kitab2 thurath dan mendapati sebahagian kitab2ini telah diselewengkan maknanya, dibang dan ditokok tambah oleh pihak yg tidak bertanggungjawab....maka perlu saudari kemukakan Kitab Tafsir Ibnu Kathir yg pada saudari Cetakan apa, tahun biler....Al-Fadhil guru ana telah khatam Tafsir Ibnu Kathir sejak kecil lagi , tiada guru ana sebut pun ttg Allah Bertempat , malah dengan tegas Al-Fadhil Ustaz Razib menyebut Allah Maujud Billa Makan
Salam...dan slepas dari semua ini, apakah hujah dari ana yg nti tidak boleh terima?
Salam...daripada tadi hujah nti sajer kita bahaskan....dan ana telah berusaha menjawab ... dan kali ini apa pulak jawapan nti terhadap kata2 ulama berkenaan Allah wujud tanpa bertempat?
yang ana tak boleh terima ialah anta kata Allah tidak bertempat = Allah berada dimana2...
iaitu Allah boleh berada di dalam tandas dan juga di tempat2 maksiat dan kotor?begitukah maksud anta?
http://ustaz.blogspot.com/2006/02/mengenali-dan-memahami-di-manakah.html
bacalah artikel diatas moga2 boleh menjawab segala persoalan saudara.
p/s: saudara tak perlu reply kepada jawapan saya selagi saudara tak habis baca artikel diatas.
salam...semoga Allah membalas saudari dgn kebaikan...Ya Allah ...Sudah ana jelaskan beberapa kali..Allah tidak bertempat...bukan di mana-mana...Bila kata di mana- mana , itu sudah menunjukkan tempat, Di dalam Kitab Aqidah Ath-Thohawiyah telah disebut Maha Suci Allah daripada dilingkungi 6 penjuru dan arah (iaitu atas, bawah,kanan, kiri, depan ,belakang)
Adapun tandas, dan tempat kotor serta jijik adalah tempat..Maha suci Allah dari bertempat..
Adakah nti beranggapan bahawa sesuatu yg wujud itu mesti bertempat?...kalau begitu nti telah menganggap bahwa selain Allah Azza Wajalla, ada lagi sesuatu yg Qadim , iaitu tempat....Semoga Allah s.w.t. menjauhkan ana dan nti dari iktikad sebegini
http://ustaz.blogspot.com/2006/02/mengenali-dan-memahami-di-manakah.html
bacalah artikel diatas moga2 boleh menjawab segala persoalan saudara.
p/s: saudara tak perlu reply kepada jawapan saya selagi saudara tak habis baca artikel diatas.
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...artikel itu telah dibaca oleh ana...ianya sama sahaja menggunakan dalil2 yg telah nti sebutkan....dan satu lagi, mengapa perlu bertaklid atas perkara ini....adakah Iman nti disandarkan pada taklid kepada org yg taraf Mujtahid pun tak lepas...?
Adapun mengikut para ulama yg menjadi panutan umat menjadi satu kewajipan bagi org awam ....dan sekarang ana mintak nti pulak bukak http:/bahrussofa.blogspot.com
ada video forum perdana Isra' Mikraj . Lihatlah kata2 ulama2 tersohor...
Salam, semoga Allah membalas saudari dgn kebajikan ...Dan jgnlah saudari bersikap seperti Ahlul Bid'ah iaitu apabila dibentangkan hujah kepada mereka dan mereka telah kehabisan idea, mereka tetap mengiktikadkan bahwa itu adalah disebabkan kelemahan mereka dan mungkin org dari mazhab(Fikrah) yg sama dgn mereka mempunyai jwpn , dan langsung tidak terfikir untuk merenungi hujah2 yg dikemukakan.....Ingatlah kata2 ulama, sekali bid'ah tercalit di hati seseorang , bagilah walau sejuta dalil pun, tetap ia tidak mahu berganjak, Semoga Allah menjauhkan diri ana dan nti dari bersikap begini
http://www.alhawali.com/en/
http://www.zuhayli.net/
http://www.qaradawi.net/site/topics/index.asp?cu_no=2&temp_type=44
http://www.fatwaislam.com/fis/index.cfm
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/index.php
http://www.albani.co.uk/
http://www.ibnothaimeen.com/index.shtml
saudara pun silalah layari laman2 diatas...
Salam ...semoga Allah membalas saudari dgn kebaikan..kali ini saudari mengemukakan pula rujukan dalam blogspot ustaz nti. Ana yakin nti sendiri tidak bukak laman web ini kerana pada rujukan http://www.qaradawi.net/site/topics/index.asp?cu_no=2&temp_type=44 tidak disebut pun Allah bertempat....kalau begini sikap nti yg terus berdegil dan menolak hujah ana tanpa sebab, apakah lagi yg boleh dibuat oleh hamba yg faqir wal haqir Ilallah ini, sekian banyak persoalan ana , nti cuba untuk mengelak dari menjawab..Kalau begitu pandangan nti, ana rasa kita berhenti setakat ini sahaja , tiada gunanya kita saling berhujah lagi kerana seolah-olah nti sudah membuat keputusan dari awal lagi sebelum kita berbahas., Walaupun begitu , ana mengharapakan Ukhwah kita terus berkekalan , nti adalah saudara seagama ana , semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kebenaran kepada kita ..Amin
sekadar menambah...
"metod sifat 20 itu tidak salah yg fatal, begitu juga kenyataan mereka bahawa Allah berada di mana-mana. Kerana ia adalah metod ilmu Kalam atau falsafah. Ia tercetus ketika era kegemilangan falsafah, tareqat dan ilmu kalam di abad ke 3 dan 4 dulu lantaran kemunculan pelbagai aliran ilmu kalam (teologi) antaranya golongan jahmiah dan musyabihat. Metod sifat 20 ialah takwil. Tujuan akhir metod takwil ialah sama juga dgn metod salaf iaitu tanzih (membersihkan) Allah dari golongan sesat dari aliran teologi. Kenyataan aliran sifat20 mengatakan Allah berada di mana-mana ialah utk menolak fitnah aliran Musyabihat yg mengatakan Allah berjisim, bertempat dan bersemayam spt Raja dan Dewa.
Tapi aliran salaf lebih tepat kerana mereka menggunakan zahir nas tanpa takwil. Bila Allah SWT memberitahu diri-Nya berada di atas, maka salaf beriman Allah berada di atas di atas arash, di mana arasy dan bagaimana ia bersemayam, tidak boleh ditakwil. Inilah akidah yg perlu anda beritahu pada anak anda kerana ia lebih logik, Allah berada di atas sedangkan bila dia menadah do'a, dia menadah tangan menunggu sesuatu yg datangnya dari atas. Bila dia solat, dia turun sujud ke lantai, ini kerana ia sedang sujud kepada sesuatu yg berada di atas bukan di bawah...sekian"
diambil dari al-fikrah.net
Bantahan kepada mereka yang mengatakan "Allah ada di mana-mana". . Tujuh kali ALLAH menjelaskan dalam Al-Quran bahawa ALLAH di atas Arasy. . Peristiwa Isra' Mi'raj, Nabi diangkat ke langit. Bahkan dalam ceramah isra' mi'raj di TV, di Masjid dan majlis perayaan mereka, ustaz2nya bercerita tentang nabi diangkat ke langit, mendapat perintah solat, ditunjukkan Neraka, malaikat, dan apa yang ada di langit. Sayangnya, apabila mereka ditanya soalan di mana ALLAH... mereka mengatakan ALLAH di mana-mana. Kalau ALLAH DI MANA-MANA tak payahlah nabi isra' mi'raj ke langit... Adakah firman ALLAH dalam AL-QURAN dan bukti-bukti yang nyata daripada RASULULLAH masih tidak dapat meyakinkan mereka. Menggunakan AKAL yang lemah ini untuk menentang firman ALLAH. . Berimanlah dengan ALLAH yang di langit, kita sentiasa berdoa dengan menadah tangan ke langit. Mintalah pertolongan ALLAH supaya menunjukkan kebenaran.
sila download yg penuh di http://www.scribd.com/doc/4195203/Di-mana-ALLAH-
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudara dengan kebaikan...nti ini agak kelakar lah...sudah berkali-kali ana cakap bahawa Allah s.w.t. tidak bertempat bukan di mana-mana.. Kalau itu rujukan nti iaitu al-fikrah.net, maka ana ridak hairanlah kerana mereka (al-fikrah.net) sememangnya beriktikad sedemikian, dan nti pun mengambil dari sumber2 seperti mereka. Ana nasihatkan dengarlah pulak hujah2 dari selain mereka ini (Al-Ahkam, Al-fikrah.net, Institut al-Qayyim,). Mereka sama fikrah, cubalah nti bukak sedikit pemikiran supaya merujuk selain dari mereka seperti (Ustaz Utsman El-Muhammady, Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, Syaikh Ahmad Fahmi Zam zam, syaikh Nuruddin Al-Banjari, SS Dato' hj murtadza, Dato' Haron Din, Dato' Hj Ismail Kamus,)
Adapun sejarah ttg sifat 20 itu tidaklah tepat. Ana nasihatkan nti belajar lah kitab2 sejarah . Bacalah kitab Matan Jauharatit Tauhid bg Imam Ibrahim Al-Laqqani ttg bermula peristiwa ini...cukuplah bertaklid buta itu.
Adapun ayat2 Al-Quran itu adalah maksum, wajib beriman dgnnya, tetapi perlulah diingatkan bahawa ayat2 Al-Quran ada yg menrangkan hakikat dan ada yg menerangkan zahir.
Dan satu lagi, saudari tidak menjawab persoalan ana yg sebelum2 ni, tetapi nti terus dgn sikap berdegil mahu mempertahankan pendapat nti, apakah sikap ini?....Beginikah sikap org yg mahu mencari kebenaran?...Ana berlindung dengan Allah s.w.t. dari sikap taksub yg tak tentu hala....
salam, baiklah ana menjawab dulu persoalan nti . Nti menyebut " Tujuh kali ALLAH menjelaskan dalam Al-Quran bahawa ALLAH di atas Arasy. . Peristiwa Isra' Mi'raj, Nabi diangkat ke langit. Bahkan dalam ceramah isra' mi'raj di TV, di Masjid dan majlis perayaan mereka, ustaz2nya bercerita tentang nabi diangkat ke langit, mendapat perintah solat, ditunjukkan Neraka, malaikat, dan apa yang ada di langit. Sayangnya, apabila mereka ditanya soalan di mana ALLAH... mereka mengatakan ALLAH di mana-mana. Kalau ALLAH DI MANA-MANA tak payahlah nabi isra' mi'raj ke langit.."
Baik ana menukilkan dari kitab "Wa Huwa bil Ufuqil A'laa", karangan Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Muhammad bin Alwy Al-Maliki Al-Hasani r.a. . Telah berkata Syaikh yg mulia :
Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mendengar kisah mi'raj mengenai naik dan turunnya Junjungan Nabi SAW ke langit, untuk menyangka bahawa antara hamba dan TuhanNya terdapat jarak yang tertentu yang dapat dijangkau, kerana sangkaan yang sedemikian adalah suatu kekufuran, yang mana kita berlindung dengan Allah daripadanya. Bahawasanya naik dan turun ini hanya dinisbahkan kepada hamba (yakni Junjungan Nabi SAW) dan bukannya kepada Tuhan. Meskipun Junjungan Nabi SAW pada malam isra' tersebut berkesudahan dengan mencapai jarak kedudukan seumpama dua anak panah atau lebih hampir lagi, tetap baginda tidak melepasi maqam / kedudukan seorang hamba. Dan keadaan baginda dengan Nabi Yunus bin Matta AS ketika ditelan ikan serta dibawanya ke lautan lepas sehingga ke dasar lautan adalah sama, dalam hal ketiadaan jarak bagi Allah dengan ciptaanNya, ketiadaan arah, ketiadaan mengambil tempat, ketiadaan had pembatas, dan ketiadaan dapat dijangkau (yakni bukanlah artinya bila Junjungan Nabi SAW mi'raj ke atas maka baginda lebih hampir kepada Tuhan berbanding Nabi Yunus yang dibawa ikan ke dasar lautan dari segi tempat dan jarak - satu di atas dan satu di bawah - kerana Allah tidak bertempat sehingga boleh didekati atau dihampiri dengan diputuskan jarak yang tertentu.) Dan telah dikatakan oleh segelintir ulama, bahawa ikan tersebut telah membawa Nabi Yunus sejauh perjalanan 6,000 tahun, sebagaimana disebut oleh Imam al-Baghawi dan selainnya. Apabila telah engkau ketahui yang sedemikian, maka yang dikehendaki dengan naiknya Junjungan Nabi SAW dan menempuhnya baginda jarak yang jauh tersebut adalah untuk menzahirkan / menyatakan kedudukan baginda kepada penghuni langit dan menyatakan bahawasanya bagindalah makhluk Allah yang paling utama. Pengertian ini diperkuatkan lagi dengan dijadikan buraq sebagai tunggangan baginda, lalu dihubungkan bagi baginda akan mi'raj (alat untuk naik ke langit), dijadikan baginda imam bagi para nabi dan malaikat, sedangkan Allah ta'ala berkuasa untuk mengangkat baginda tanpa buraq dan mi'raj.
Selesai petikan kitab. Maka ana ingatkan bahawa diisra` dan dimi`rajkan Junjungan Nabi s.a.w. dengan menggunakan makhluk seperti buraq dan mi'raj adalah untuk menzahirkan kemuliaan dan ketinggian baginda di antara sekalian makhluk. Inilah hakikat sebenar mi'raj Junjungan s.a.w. ke langit, agar dipersaksikan kepada segala penghuni langit akan darjat ketinggiannya penghulu sekalian makhluk. Tidaklah ia menunjukkan Allah berada di sesuatu tempat, Maha Suci Allah daripada mengambil faedah dari makhlukNya dan Maha Suci Ia daripada mengambil bagi lapang. ِ
Salam...untuk kenyataan nti yg berbunyi "Allah berada di atas sedangkan bila dia menadah do'a, dia menadah tangan menunggu sesuatu yg datangnya dari atas. Bila dia solat, dia turun sujud ke lantai, ini kerana ia sedang sujud kepada sesuatu yg berada di atas bukan di bawah."
Maka ana katakan bahawa kita menadah doa ke langit , itu kerana langit ADALAH KIBLAT BAGI DOA.
Maka ana pula bertanya kepada nti , mengapa sujud ke arah kaabah kalau Allah s.w.t. itu di atas?....bukankah lebih tepat sekiranya sembahyang menghadapkan muka ke langit (dengan cara terlentang)?
Mengapa kaabah dipanggil Baitullah (Rumah Allah?) Apakah Allah s.w.t. betul2 di dalam rumah itu?
Maka kalau tidak , mengapa dipanggil Baitullah?
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...Kembalilah saudaraku, kembalilah kepada fitrah akal yg sihat, ingatlah Islam agama Fitrah, walaupun tidak semua boleh difikir akal, tetapi boleh diterima akal.
Marilah sama2 kita muhasabah kembali dgn berkata di dalam hati "kalaulah aku di pihak yg benar , mengapa ada perkara yg aku ragu2?. Mengapa aku tidak mampu menjawab persoalan yg dikemukakan?. Mengapa aku takut untuk melihat hujah2 dari pihak lain?..Mengapa aku bersikap keras dan tidak mengendahkan dalil2 dari pihak lain?. Kalau aku betul sudah pasti ada jawapan bagi segala perkara yg aku ragui?. Tetapi aku tidak jumpa"
Semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada ana dan nti...semoga ukhwah ini terus berkekalan..Amin
dah nta kata tak bertempat maknanya dimana2lah....namapun tiada tempat.sama shj mereka yg megatakan Allah itu dimana-mana dgn mereka yang mengatakan Allah tidak bertempat.
sekiranya Allah tidak bertempat maka solatlah menghadap manapun tetap menghadap Allah kan?tapi kenapa solat wajib menghadap kiblat kalau dah kata Allah tak betempat?
apabila manusia suka bertanya dan menggunakan akal sehingga bercanggah dgn al-quran inilah akibatnya.telah jelas Allah bgtau dia berada di atas arasy tetapi manusia yang jahil dan degil tetap tidak berpuashati dan terus ingin menyoal demi menyoal soalan yang akhirnya menyebabkan mereka kufur dgn ayat2 Allah.samalah seperti orang2 yahudi.yang terlalu bnyk sangat soal yg akhirnya menyusahkan diri mereka balik.
bagaimana nta kata nta beriman dengan ayat-ayat Allah sedangkan dengan jelas anta menolaknya walaupun sudah jelas di dalam al-quran menyebutkan?kan Allah telah berjanji bahawa al-quran akan dipelihara sehingga hari akhirat.jadi nta nak kata al-quran masih belum sempurna masih perlu dita'wil dengan akal manusia yang lemah ni?sedangkan Allahlah yang memberi akal kepada manusia."kami dengar dan kami taat" bukannya kami dengar dan kami soal itu dan ini.soalan anta tanya jadi sebelum tempat Allah diciptakan dimanakh Allah?soalan2 inilah yang ana katakan menyerupai orang2 yahudi yang mungkin sampai satu tahap nanti nta akan persoalkan bagaimana rupa Allah dan siapa yang menjadikan Allah?.Naudzubillah min zaalik!
fikirlah baik2 sebelum menuduh orang bertaqlid buta.ana berpegang dengan apa yang ada di dalam al-quran tanpa menolak atau menambah sedikitpun.adapun nas2 yang mengatakan Allah tidak bertempat langsung tidak ada di dalam al-quran malah ada pula dalil yang mengatakan Allah di arasy...jadi bagaimana?nta nak kata al-quran salah?perlu ditafsir n ditakwil oleh manusia yang tidak tahu ilmu ghaib n cetek akalnya?
mengenai israk dan mikraj...saya mengambil petikan ini dari kitab Raheeq Makhtum karangan Sheikh Safiurrahman mubarakfuri.
"Seterusnya Rasulullah dimi'rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s),
setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu
Baginda dimi'rajkan ke Sidrah al-Muntaha dan dibawa ke al-Bait al-Ma'mur.
Akhirnya Baginda dimi'rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda
menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hambaNya
Muhammad segala sesuatu,....."
sekiranya Allah tidak bertempat mengapakah nabi dibawa dari satu tingkatan langit sehingga satu tingkatan langit sehingga langit yang ke tujuh?bukankah langit itu juga tempat.sehingga langit yang ketujuh barulah Rasulullah menemui Allah dan mendapat perintah difardhukan untuk solat.
sila baca buku raheeq makhtum.jangan mentafsirkan sesuatu hukum atau dalil yang sudah jelas berdasarkan akal semata-mata.
Salam...semoga Allah membalas saudari dgn kebaikan....ana rasa nti perlu belajar sekolah rendah balik lah...tidak bertempat dengan di mana mana boleh sama?...inilah akibatnya kalau langsung tidak menggunakan akal....saudari ni xabis abis...bila ana kemukakan soalan, nti kata macam yahudi...Na'uzubillah...sudahlah kalau saudari xtahu, jgn dihukum org lain atas kejahilan nti. Dah xboleh jawab cakap org lain mcm2.
Sudahlah nti, kalau rasa betul sgt pandangan nti tu, nti peganglah, dan ana akan berpegang dgn pendapat ana....sudah ana sebutkan pada awal2 perbahasan hadis yg diriwayatkan Imam Muslim rah. Sabda Nabi s.a.w. "Ya Allah , Kaulah yg Zohir, tiada sesuatupun diatas-Mu, Ya Allah ,Kaulah Yg Bathin, Tiada sesuatu pun di bawah-Mu"
Beritahu pada ana , kalau sesuatu yg mana tiada apapun di atas dan tiada apapun di bawah, maka di mana?...Allah s.w.t. tidak bertempat.....bacalah kitab nti, sudah banyak kitab ana bawakkan, nti diam jer xda komen apa2 pun, lepas terus kemuka hujah yg sama sahaja. Padahal hujah nti telah ana sebutkan, adapun ayat2 yg menunjukkan Allah s.w.t. berada di langit itu, wajib ditafwidhkan pada Allah s.w.ty., tanpa berpegang kepada makna zahir ayat itu. inilah namanya Tafwidh.
Ana tak boleh bayangkan betapa degil dan keras kepala saudari ini, sekian banyak pendapat2 para ulama muktabar ana berikan, tidak sedikit pun terkesan pada saudari....Hanya pada Allah s.w.t., petunjuk dan hidayah.
Salam....nti mengatakan "sekiranya Allah tidak bertempat mengapakah nabi dibawa dari satu tingkatan langit sehingga satu tingkatan langit sehingga langit yang ke tujuh?bukankah langit itu juga tempat.sehingga langit yang ketujuh barulah Rasulullah menemui Allah dan mendapat perintah difardhukan untuk solat."
Nampak sangat nti tidak membaca hujah ana sebelum itu yg ana nukilkan dari Al-Muhaddith Syaikh Prof Dr. Muhammad Alwy Al-Maliki rah. . Kerana kata2 yg mulia Syaikh rah. telah menjawab soalan nti itu, nti nampaknya bukan hendak berbahas kerana mahukan kebenaran, tetapi semata-mata mahu menjatuhkan pihak lawan...ini bukan debat yg dibenarkan dalam Islam..
salam,
berkenaan soalan nta dimanakah Allah sebelum tempat diciptakan...
dipetik dari Kitabul Arasy oleh al-Imam Az-Zahabi,ditahqiq oleh Muhammad bin Khulaifah at-Tamimi.di dalam kitabnya ada menyebutkan :
daripada Sulaiman at-taimi sesungguhnya dia telah berkata ((dan jika ditanya dimanakah Allah?maka aku katakan : Di Langit,dan jika dikatakan : maka dimanakah arsy nya sebelum langit? aku katakan : Diatas air. dan jika dikatakan dan dimana arsynya sebelum diciptakan air? maka akau katakan : La A'lam(aku tidak tahu) berkata Abu Abdullah :dan itu seperti firman Allah SWT : "sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." Surah al-Baqarah ayat 255.
((Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air ))Surah Hud ayat 7.
Sesungguhnya di dalam al-quran itu telah jelas Allah sebutkan bahawa Allah berada di atas arasy.dan jika nta masih berdegil ingin menyoal demi menyoal soalan tentang arasy tu bagaimana rupanya dan akhirnya ana jamin kkalau nta terus menerus menyoal soalan bodoh ini ana pasti suatu hari anta akan persoalkan lalu siapakh yang menciptakan Allah? naudzubillahminzaalik.
Al-quran itu diturunkan sebagai panduan hidup islam yang lengkap.bukan untuk ditokok tambah atau ditakwil dan ditafsir sesuka hati akal nafsu kita jer...wahai saudara,al-quran itu Allah tuhan ana dan nta yang turunkan.al-quran itu kalam Allah yang suci,siapalah kita nak menidakkan kata2 Allah di dalam al-quran? telitilah kembali apa yang ana sampaikan.jangan berta'sub buta dengan manusia.
sekiranya masih terdapat persoalan di dalam benak nta nak bertanya itu dan ini silalah beli kitabul Arasy oleh imam az-zahabi ini.semuanya lengkap.tapi tak tahulah kalau2 kitab ini tidak ada di jual di Malaysia kerana suami ana membelinya semasa di Yaman.dan kitabul Arasy ini diajarkan di Universiti Madinah,saudi Arabia.
renung2kanlah....WA
lagi satu ana nak tanya hadis yg diriwayatkan Imam Muslim rah. Sabda Nabi s.a.w. "Ya Allah , Kaulah yg Zohir, tiada sesuatupun diatas-Mu, Ya Allah ,Kaulah Yg Bathin, Tiada sesuatu pun di bawah-Mu"
boleh ana tau hadith ni hadith yang keberapa dalam sahih muslim supaya ana boleh buat semakan.dan di dalam bab apa?
syukran
Salam...semoga Allah s.w.t. membalas saudari dgn kebaikan...adapun hadits yg ana sebutkan itu ada juga riwayat dari Bukhari dan Baihaqi, kalau saudari mahu kebenaran, carilah sendiri dalam kitab tersebut. Ana tidaklah samapai nak menghafal no. hadis2 ini, kerana banyak perkara yg ana uruskan dalam kehidupan seharian, cuma ana ingatkan kalau saudari sendiri mahukan kebenaran, carilah dgn hati yg jujur.
Adapun ttg kata2 Imam Al-Zahabi rah., adalah sangat mengelirukan . Ini kerana di dalam kitab Imam Al-Zahabi rah. yg lain menyebut bahwa Imam Zahabi mengkafirkan orang yg beriktikad Allah berada di langit untuk meneempat.
Universiti Madinah adalah di antara pusat fahaman Wahabi, dan saudari boleh melihat kita An-Nasiha Li Ikhwanina Ulama Najd karangan Al-Faqih Ad-Dai'e Ilallah Sayyid Yusoff Hashim Ar-Rifa'e berkenaan fahaman Wahabi ini, bagaomana buruknya perangai mereka.
Di antara sikap mereka yg jijik adalah menyelewengkan kata2 Ulama2 terdahulu dalam kitab2 mereka.
maka ana tidak hairan kalau saudari mengeluarkan kalam Imam Al-Zahabi rah. menggunakan kitab terbitan mereka.
Dan pada pihak ana, dalam kitab An-Nasiha Al-Zahabiah, bacalah kitab tersebut. Sebagai bukti untuk menguatkan bahwa Imam Al-Zahabi rah. berakidah Allah s.w.t. wujud tanpa memerlukan tempat adalah kata2 Ulama2 tersohor yg lain di antaranya:
1. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi (wafat 429 hijrah) di dalam kitabnya Al-Farqu Bainal Firaq berkata: "Ahlus sunnah telah berijmak bahawa Allah wujud tanpa bertempat".
Jadi barangsiapa yang menyalahi pendapat ini maka ketahuilah bahawa dia bukan dari golongan ahlus sunnah walaupun dia mendakwa sedemikian, bahkan ketahuilah bahawa dia itu seorang MUSYABBIHAH iaitu orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk.
2. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dan Ar-Ramli meriwayatkan daripada Saidina Ali bahawa beliau berkata: "Allah telah ada sebelum wujudnya tempat, dan keadaan-Nya sekarang seperti keadaan asal-Nya (iaitu tanpa bertempat)". Lihat kitab Al-Farqu Bainal Firaq dan Fatawa Shamsuddin Ar-Ramli.
3. Al-Hafiz Murthado Az-Zabidi di dalam kitabnya Syarah Ihya' meriwayatkan daripada Imam Ali Zainul Abidin bahawa beliau berkata: "Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tidak bertempat".
4. Imam Tajuddin Muhammad bin Hibatillah Al-Makki di dalam kitab akidahnya yang dinamakan 'Hadaiq Al-Fusul Wa Jawahir Al-Usul', yang mana kemudiannya dikenali dengan nama 'Akidah Solahiyah' iaitu nisbah kepada Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berkata:
"Sesungguhnya Dia telah wujud dan tempat tidak wujud Dan keadaan-Nya sekarang seperti mana keadaan asal-Nya Maha Suci Allah daripada berada pada tempat Dan Maha Suci Allah daripada berubah dengan masa"
Nota: Akidah ini diperintahkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi supaya diajar kepada kanak-kanak disekolah-sekolah pada zaman itu. Sultan Salahuddin seorang yang bermazhab Syafie. Beliaulah yang membebaskan Masjid Al-Aqsa (Al-Quds) daripada tangan tentera salib Kristian.
Maka bagi ana, kitab (Al-Zahabi rah.) yg ada pada ana lebih benar kerana bersamaan dengan pendapat2 ulama2 yg lain.
Dari tadi ana mengikut hujah saudari ini, ana rasa saudari pun mempunyai pengaruh Wahabi. Semoga Allah s.w.t. menjauhkan fahaman wahabi dari merebak ke dalam darah dan daging umat Islam..Amin...sememangnya perangai kaum Wahabi sangat keras dan takkan bertolak ansur dgn saudara Islam yg lain sehingga sanggup mengkafirkan saudara Islam yg tidak sependapat dgn mereka...Ya Allah ,jauhkan kami dari fitnah Wahabi...Aminpel
Salam, nti berkata "Sesungguhnya di dalam al-quran itu telah jelas Allah sebutkan bahawa Allah berada di atas arasy.dan jika nta masih berdegil ingin menyoal demi menyoal soalan tentang arasy tu bagaimana rupanya dan akhirnya ana jamin kkalau nta terus menerus menyoal soalan bodoh ini ana pasti suatu hari anta akan persoalkan lalu siapakh yang menciptakan Allah? naudzubillahminzaalik."
BILA MASA ANA MENOAL ARSY TU MACAM MANA DAN BAGAIMANA?????? Nti jangan buat fitnah, dah tak tahu nak jawab , sudahlah, buat malu ajer menggunakan taktik fitnah ini. Ana rasa Nti jauh lebih bodoh kerana nti telah beranggapan tempat itu sama Qodimnya dengan Allah. dan nti beranggapan Allah itu berubah-ubah dari satu kedudukan ke satu kedudukan. Na'uzubillah Min Zaalik, langsung tidak menggunakan akal yg dikurniakan Allah untuk memahami Al-Quran dan Sunnah..alangkah sukarnya nak menjelaskan kepada org yg tidak mahu menggunakan akal...
Kesaksian Ulama Besar Mengenai Keberadaan Allah
Abu ‘Amr Abdurrahman bin ‘Amr Al Auza’iy mengatakan, “Kami dan pengikut kami mengatakan bahwa Allah ‘azza wa jalla berada di atas ‘Arsy-Nya. Kami beriman terhadap sifat-Nya yang ditunjukkan oleh As Sunnah.” (Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Kitab Al Asma’ wa Ash Shifat. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 136)
Al Auza’i juga ditanyakan mengenai firman Allah Ta’ala (yang artinya), ‘’Kemudian Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy-Nya”. Al Auza’iy mengatakan, “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana yang Dia sifati bagi Diri-Nya.” (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 137)
Muqothil bin Hayyan, Seorang Alim di Negeri Khurosan dan Sezaman dengan Al Auza’i Meyakini Keberadaan Allah di Atas
etika Muqothil membicarakan ayat (yang artinya), “Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya”, beliau mengatakan, “Allah tetap berada di atas ‘Arsy-Nya, sedangkan ilmu-Nya yang senantiasa bersama makhluk-Nya.” (Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hambal dalam kitab As Sunnah. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 137. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini hasan)
Muqothil berkata pula, “Allah-lah yang lebih memahami firman-Nya: huwal awwalu wal akhiru … (Allah adalah Al Awwal dan Al Akhir …). Makna Al Awwalu adalah sebelum segala sesuatu. Al Akhir adalah setelah segala sesuatu. Azh Zhohir adalah di atas segala sesuatu. Al Bathin adalah lebih dekat dari segala sesuatu. Kedekatan Allah adalah dengan ilmu-Nya. Sedangkan Allah sendiri berada di atas ‘Arsy-Nya.” (Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dengan sanadnya hingga Muqotil. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 137)
Seorang Alim Besar Negeri Khurosan, Abdullah bin Al Mubarok Menyatakan Allah Berada di Atas Langit Ketujuh
Dari ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, dia berkata, “Aku berkata kepada Abdullah bin Al Mubarok, bagaimana kita mengenal Rabb kita ‘azza wa jalla. Ibnul Mubarok menjawab,
في السماء السابعة على عرشه ولا نقول كما تقول الجهمية إنه هاهنا في الأرض
“Rabb kita berada di atas langit ketujuh dan di atasnya adalah ‘Arsy. Tidak boleh kita mengatakan sebagaimana yang diyakini oleh orang-orang Jahmiyah yang mengatakan bahwa Allah berada di sini yaitu di muka bumi.” Kemudian ada yang menanyakan tentang pendapat Imam Ahmad bin Hambal mengenai hal ini. Ibnul Mubarok menjawab, “Begitulah Imam Ahmad sependapat dengan kami.” (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 139. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini shohih)
Pakar Hadits Terkemuka yang Memiliki Kitab Hadits Tershohih Sesudah Al Qur’an Meyakini Ar Rahman Menetap Di Atas Langit
Abu Abdillah Muhammad bin Isma’il yang terkenal dengan Imam Bukhari di akhir Al Jami’ Ash Shohih-nya dalam Kitab Bantahan terhadap Jahmiyyah, beliau berkata mengenai firman Allah Ta’ala,
وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
“Dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air.” (QS. Hud : 7)
Abul ‘Aliyah mengatakan bahwa maksud dari ‘istiwa’ di atas langit’ adalah naik. Mujahid mengatakan mengenai istiwa’ adalah menetap tinggi
Abdurrahman bin Abi Hatim berkata bahwa Abu Zur’ah ditanyakan mengenai aqidah Ahlus Sunnah dalam ushulud din dan apa yang dipahami oleh para ulama di berbagai negeri dan apa yang mereka yakini :
Yang kami ketahui bahwa ulama di seluruh negeri di Hijaz, ‘Iraq, Mesir, Syam, Yaman; mereka semua meyakini bahwa Allah Tabaroka wa Ta’ala berada di atas ‘Arsy-nya terpisah dari makhluk-Nya sebagaimana yang Allah sifati dan tanpa kita ketahui hakikatnya. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu. (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 188. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini shohih)
Syaikh Abdul Qodir Al Jailani juga Meyakini Allah Beristiwa’ yakni Menetap Tinggi di Atas ‘Arsy-Nya
Syaikh Abdul Qodir Al Jailani mengatakan, “Keyakinan bahwa Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy-Nya telah disebutkan dalam setiap kitab suci yang Allah turunkan pada para nabi.” (Fathu Robbil Bariyyah bi Talkhishil Hamawiyyah, hal. 33)
syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Ahlus Sunnah telah bersepakat bahwa Allah Ta’ala berada di atas ‘Arsy-Nya. Tidak ada satu orang pun dari Ahlus Sunnah meyakini bahwa Allah tidak berada di atas ‘Arsy-Nya. Tidak mungkin seorangpun dapat menukil dari mereka (bahwa Allah tidak berada di atas ‘Arsy, pen) baik dalil nash (dalil tegas yang cuma mengandung satu makna saja) atau dalil zhohir (dalil yang mengandung makna lebih kuat, namun masih mengandung makna lainnya yang lemah).” (Fathu Robbil Bariyyah, hal. 33-34)
Al Awza’iy mengatakan, “Kami dan para tabi’in mengatakan, “Allah Ta’ala menyebut keberadaan-Nya di atas ‘Arsy-Nya. Kami pun mengimani hal sebagaimana yang terdapat pada As Sunnah mengenai sifat-sifat-Nya”.”
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisa’ [4] : 115).
Manakala berikut, dalil menunjukkan bahawa Jibril itu naik menghadap Tuhanya-Nya
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb.” (al-Ma’arij: 4)
Begitu juga dalil yang berikut ini, iaitu di mana Fir’aun memperolok-olokkan kenyataan nabi Musa a.s.:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ, أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya) "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan. (al-Mu’min: 36-37)
Maka, barangsiapa mengatakan Allah itu tidak di langit atau memepermainkan (mendustakan) pernyataan yang menunjukkan Allah itu di langit, maka dia menyerupai Fir’aun yang mempermainkan kata-kata Musa a.s..
lah Mengangkat (Menunjukkan Naik Ke Atas) Isa Ke Sisi-Nya
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu…” (Ali Imran: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisa’: 158)
Kedudukan Allah Yang Di Atas
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka). (an-Nahl: 50)
erihal Penurunan al-Qur’an (Dari Langit)
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٩٢)نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (١٩٣)عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (١٩٤)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ)
“Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. (as-Syu’ara: 192-195)
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
“Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (az-Zumar: 1)
Berita-Berita Langit
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala. Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya – para malaikat); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.” (al-Jin: 8-9)
Dan sekian banyak lagi dalil-dalil al-Qur’an yang jelas menunjukkan Allah itu di langit di ‘arsy-Nya. Begitu juga dengan perihal kisah nabi isra’ dan mikraj, di mana nabi menuju ke langit.
alil daripada atsar (sahabat Rasulullah s.a.w.)
Umar al-Khathab menyatakan bahawa:
“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).” (al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)
iwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);
“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191)
Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):
Telah berkata Imam abu Hanifah:
“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”
Telah berkata Imam Malik Bin Annas:
“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”
Telah berkata imam as-syafi’e:
“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”
Telah berkata Imam Ahmad:
“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”
Telah berkata imam at-Tirmidzi:
“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”
(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)
Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:
“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)
Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:
“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)
Berikut pula saya membawakan kata-kata ibnu Katheer di dalam tafseernya, yang mana mentafsirkan ayat “summas tawa ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ)” sebagai di bawah (petikan di bawah).
Berikut kita lihat kata-kata Al-Hafidz Ibnu Katsir Rahimahullah:
“Adapun firman-Nya:
“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. (al-a’raaf: 54)
Orang-orang mempunyai berbagai pendapat dalam permasalahan ini dan sekarang bukanlah tempatnya untuk membahasnya secara luas, namun dalam perkara ini, kita menempuh mazhab para salafus-Soleh seperti imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, as-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang dahulu mahupun yang sekarang, iaitu membiarkan sebagaimana datangnya tanpa takyif, tasybih dan ta’thil. Apa yang terbersit (tergambar) di dalam benak fikiran orang-orang Musyabbih (yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk-Nya) tidak terdapat pada Dzat allah s.w.t., sebab Allah sedikitpun tidak sama dengan makhluk-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha melihat.” (as-Syuura: 11)
Bahkan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang imam yang bernama Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru kepada imam al-Bukhari: “Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah terhadap Dzat-Nya, maka ia telah kafir. Apa yang Allah sebutkan tentang sifat-sifat-Nya dan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan tentang sifat-sifat Allah tidak merupakan tasybih (penyerupaan Allah dengan Makhluk). Barangsiapa yang menetapkan untuk allah apa yang dengan jelas telah tercantum dalam ayat dan hadith-hadith sahih yang sesuai engan kemulian Allah serta menafikan dari Dzat Allah semua sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk.” (Tafseer al-‘Azim, Ibnu Kather)
Jelaslah bahawa, hakikat-nya para imam itu sendiri seperti ibnu Katheer, as-Syafi’e, imam Ahmad bin Hanbal, imam Malik, dan lain-lain adalah bersama para salaf dalam menyatakan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy selaras dengan keagungan-Nya tanpa ta’wil dan ta’til.
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
**** Bacalah balik semua hujah2 yang telah ana berikan dan buatlah keputusan yang mana lebih benar menggunakan akal nta yang cerdik itu...wallahu'lam
Salam....ketahuilah saudari...Allah s.w.t. itu beristawa di arasy sesuai dengan keagungan-NYa IAITU TANPA MENGAMBIL TEMPAT DAN MENTANZIHKAN ALLAH S.W.T. DARI SIFAT2 MAKHLUK.
Saudari hanya copy paste sahaja .Macam mana ana nak pastikan dalil2 yg nti beri ini benar2 dari kalam ulama tersebut?...Sememangnya para salafussoleh menyerahkan pada Allah s.w.t. apabila Allah s.w.t. menyebut Allah beristiwa' di Arasy...iaitu kita beriman atas ayat ini tetapi mentanzihkan Allah s.w.t. dari sifat makhluk yg tak layak pada Allah Azza Wajalla...iaitu tanpa mengambil ruang, jisim dan masa...inilah tafwidh sebenar para salafussoleh....buktinya para ulama muktabar seperti Imam An-Nawawi , Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Ar-Ramli, Imam Ibnu Hajar Al-Haithami semuanya jelas menyucikan Allah Azza Wajalla daripada bertempat, ini menunjukkan kefahaman mereka tentang perkataan para salafussoleh bukan seperti kefahaman nti...gunalah akal yg nti yg CERDIK TU.
Post a Comment