Salam ISLAH,
Selepas solat subuh pagi tadi saya bergegas ke Parit Panjang bersama 3 orang anak buah Darul Islah yang sangat setia menemani saya bila diajak. Tujuan saya ke sana adalah untuk ‘menemuduga’ pelajar Ma’had Tahfiz Al Quran Misbahul Munir untuk dijemput menjadi imam solat Tarawih di Balai Islam MADI, Markaz Tarbiyyah Negeri. Alhamdulillah perjalanan pergi balik lancar dan selamat dengan ‘inayah Allah jua.
PENOLONG DAN PEMBANTU
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada saya adik-adik Darul Islah yang siang malam bersama saya menyuburkan kerja-kerja dakwah di Perlis. Saya akui bahawa tanpa mereka yang memainkan peranan penting dalam menyumbangkan tenaga manusia dalam kerja dan tugas dakwah, tidak akan berjaya segala yang saya rancangkan di Perlis ini. Kerana membangunkan dakwah dan menyuburkan ruh agama di tengah masyarakat adalah tugas yang paling sukar.
Namun Allah telah menjanjikan bahawa mereka yang menolong agama Allah pasti akan ditolong oleh Allah SWT. Antara pertolongan tersebut ialah Allah jadikan bagi kerja dakwah itu ‘ansar’ dan ‘hawariyyuun’ yakni penolong dan pembantu.
“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.” Surah as Sof : 14
PARIT PANJANG
Saya tiba di Parit Panjang sekitar jam 8.00 pagi. Saya diarahkan oleh Ustaz Mohd Lutfi Arifin (Exco Dewan Pemuda PAS Kedah dan antara tenaga penggerak Madrasah Nurul Hidayah,Tembak, Parit Panjang) untuk terus menghala ke pondok beliau di Kg Tembak lebih kurang 7 kilometer dari Pekan Parit Panjang. Saya disapa oleh suara para murabbi di Madrasah Nurul Hidayah yang sedang giat mendidik dan menyampaikan ilmu kepada 110 pelajar madrasah. Suasana tenang, dikelilingi hutan, ladang getah dan tanah bendang serta suasana kampong yang masih tebal dapat dirasai di sini. Saya sangat tenang berada di sini.
Madrasah Nurul Hidayah sendiri sudah 20 tahun terdiri di sini. Menjadi tumpuan masyarakat setempat menimba ilmu dan menghantar anak-anak mereka untuk mendalami Al Quran dan Al Hadis. 85% pelajar adalah anak tempatan. Saya bertanya Us Lutfi, “Berapa jumlah orang UMNO yang tinggal di sini ustaz?”. Beliau menjawab, “ Hanya 7 orang Ustaz, habuan nak buat ubat aja” katanya. Saya tersenyum dan dia ketawa besar.
UMNO tidak subur di tengah-tengah masyarakat berilmu dan punya kesedaran Islam yang tinggi serta didedahkan dengan ilmu Islam yang sebenar. UPU Tembak sahaja menyumbang 1000 lebih undi kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu sekaligus memberikan kemenangan besar kepada YB Ustaz Taib Azamuddeen. Kita mesti menerima hakikat bahawa kita mesti bekerja keras mendakwahkan Melayu kepada Islam dan meyokong perjuangan PAS. Sokongan Melayu Muslim sahajalah yang akan dapat memberikan kekuatan sebenar kepada PAS. Saya tidak nafikan sokongan bukan Melayu juga sangat penting. Tetapi sokongan Melayu Muslim adalah lebih diperlukan. Jangan terus merasa selesa dengan sokongan bukan Muslim dan kita mesti bekerja keras untuk menyedarkan Melayu untuk bersama perjuangan kita seperti di Parit Panjang. Kita akan menjaga sokongan dan undi non Muslim dan kita tidak akan khianati mereka. Namun kita tidak pernah berjanji dengan mereka untuk tidak melaksanakan Islam bila kita menang. Tatpi mengapa kita bertegas tidak akan laksanakan syariat Islam bila kita dah menang. Siapa yang gilakan kuasa yang sebenarnya ni?. PAS tidak akan jadi pengkhianat selagi ia kekal bersama Islam, prinsip perjuangan Islam, dasar Islam dan bekerja kearah tertegaknya Daulah Islamiyah. Tetapi PAS adalah pengkhianat jika ia menjadi pengkhianat kepada Islam. Atas kemasalahatan apa lagi yang nak dijadikan alasan?.

1 comment:
Misbahul Falah ke Misbahul Munir, Ustaz?
Post a Comment