Salam ISLAH,
Satu lagi perkara yang menjadi keistimewaan Parit Panjang ialah ia dikelilingi oleh pelbagai pondok dan madrasah pengajian Islam serta ma’had tahfiz Al Quran. Bayangkan dalam sebuah kampung, lebih dari 5 pusat pengajian Islam yang wuud di dalamnya. Yang paling masyhur ialah Pondok Lanai yang terkenal dengan kemampuannya melahirkan ribuan ulama’ mukhlisin. Pada masa sekarang ini pondok tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abdul Wahab Hassan ( Tok Guru Hj Awang Lanai) yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Baling.
Saya sangat pasti bahawa kewujudan pondok pengajian Islam yang banyak inilah menjadikan kawasan Parit Panjang ini sangat subur dengan Islam dan penghayatan ajarannya. Sepanjang keberadaan saya di sana , tidak terlihat kelibat wanita yang keluar rumah dalam keadaan tidak menutup aurat. Mungkin ada, tapi tidak kelihatan sepanjang saya berada di sana. Fenomena lelaki berkopiah, memakai serban, berbaju melayu dan berkain pelikat adalah pemandangan biasa di sini.
Sememang Islam subur dengan dakwah. Ia akan beku dan kaku tanpa dakwah. Para pejuang agama seumpama pendiri pondok dan madrasah telah memberi sumbangan besar kearah suburnya penghayatan ajaran Islam di seluruh dunia. Jika tugas ini tidak diteruskan, maka akan hilanglah generasi Muslim Mukmin yang sebenar.
Saya melihat suasana di Parit Panjang dan membandingkan dengan Perlis tempat saya. Di Perlis, bukannya tidak wujud pondok pengajian Islam. Ada di Perlis Pondok Tuan Guru Hj Md Rejab dan lain-lain, namun bilamana perjuangan mereka tidak diteruskan oleh generasi selepas mereka maka hilanglah ruh dan jiwa apa yang mereka perjuangkan. Di Perlis sendiri tidak subur dengan dakwah. Salah satu faktornya adalah kerana tidak banyak madrasah dan pondok pengajian Islam secara turath yang didirikan. Tidak dinafikan memang wujud sekolah agama moden, tetapi niat mencari sijil sahaja telah menyebabkan tidak ada kekuatan jiwa da’ie di dalam jiwa para penuntutnya.
Dalam perjalanan pulang, saya hadiahkan al Fatihah buat Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabat beliau yang permakaman mereka itu berhampiran dengan pecan Parit Panjang. Mereka adalah bukti kezaliman UMNO. Mereka adalah bukti bahawa aqidah adalah tunjang jihad dan perjuangan yang perlu di pertahankan walaun kesyahidan adalah bayarannya. Berjuang dengan berteraskan aqidahlah menyebabkan mereka sanggup mati mempertahankan prinsip perjuangan. Inilah ruh yang mesti dimiliki oleh semua pejuang agama sepanjang zaman. Kesanggupan seperti merekalah yang telah terhakis dari pejuang hari ini yang lebih berminat dengan kuasa berbanding redha Ilahi. Pada merekalh terdapat bukti bahawa sememangnya perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

No comments:
Post a Comment