BismilLah, wal hamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala
Salam ISLAH,
Semalam, bertempat di Balai Islam Markaz Tarbiyyah PAS Perlis, telah selesai berlangsungnya Program Ehya’ Ramadhan peringkat Negeri Perlis. Alhamdulillah, program berjalan lancar walaupun hujan lebat dengan kehadiran sekitar 300 orang. Dalam memperkasakan tarbiyyah di kalangan pendokong ‘amal Islamie di Perlis ini khususnya, pelbagai program
Majlis bermula dengan ifthor, jamuan makan malam, solat Isyak yang dipimpin imam ‘istimewa’ berasal dari Keningau Sabah, Ustaz Abd Karim Al Hafiz dan di akhiri dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hj Hashim Jasin HafizafulLah.
Di bawah ini saya perturunkan isi tazkirah tersebut :
1. Ramadhan adalah bulan yang Allah SWT menghidangkan pelbagai makanan yang lazat-lazat untuk hambaNya yang soleh. Antaranya puasa, tarawih, tadarus, balasan amal yang berlipat kali ganda dan pelbagai janji hebat dari Allah SWT sepanjang Ramadhan yang mulia, paling terutama ialah Lailatul Qadr.
2. Antara hidangan Allah di Bulan Ramadhan juga ialah :
Sabda Rasulullah SAW :
“Ramadhan itu awalnya penuh dengan rahmat Allah, pertengahannya dipenuhi janji keampunan dari Allah dan akhirnya dijanjikan pembebasan dari neraka Allah SWT”
Sabda Baginda SAW lagi :
“ Sesungguhnya Al Quran ini adalah hidangan Allah, maka jamahlah olehmu akan hidangan Allah itu semampu kamu”
Kata Ustaz Hashim, persoalan yang harus di muhasabah bersama ialah, berapa ramai di kalangan umat ini yang mendapat faedah dari hidangan yang lazat-lazat ini di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Berapa ramai pula yang masih leka dan lalai dari mengambil kesempatan dan peluang yang hanya datang setahun sekali.
3. Perumpamaan yang dikemukakan oleh Ustaz Hashim sangat menarik hati pendengar bilamana menjelaskan bahawa orang sakit takkan dapat menerima dan menikmati hidangan lazat. Sedap dan lazat macamana sekalipun hidangan makanan yang dimasak, orang sakit akan terasa pahit mulutnya dan tidak akan dapat menelan makanan serta hilang seleranya terhadap makanan dan lauk pauk.
4. Jika kedatangan Ramadhan dengan seribu satu tawaran dari Allah SWT, dan kita masih leka dari mengambil kesempatan, maka sudah barang tentu kita telah memiliki hati yang sakit. Hati yang sakit tidak akan punya ‘rasa’ terhadap ibadah dan ketaatan. Sebaliknya ia lebih cenderung kepada kemaksiatan dan kelalaian. Benarlah sabdaan Rasul SAW ; “Celakalah mereka yang telah berlalu Ramadhan tetapi masih tidak mendapat keampunan dari Allah SWT”. Ustaz Hashim membawa contoh tangkapan seorang lelaki Muslim berusia 70 tahun di Melaka yang ditangkap tidak berpuasa dan sedang makan di sebuah Restoran Cina!.
5. Tarbiyyah dan didiklah diri agar mempunyai ‘selera Ramadhan’ seumpama para Sahabah Jeilul Qurani yang sangat bersedih dengan pemergiaan Ramadhan. Di penghujung Ramadhan, mereka akan menangisi Ramadhan yang akan berakhir. Sedangkan kita, bersedih dengan ketibaan Ramadhan dan sangat gembira dengan berakhirnya Ramadhan dan ketibaan Hari Raya.
6. Ustaz Hj Hashim Jasin mengakhiri tazkirah dengan pesanan dan wasiat supaya berterusan, bersungguh dan istiqamah melaksanakan kerja Islam dan teguh memperjuangkan agama. Penerimaan masyarakat terhadap Islam semakin baik sedangkan musuh makin lemah. Hendaklah kamu berusaha dan bukannya kamu yang menentukan kemenangan.
1 comment:
assalamualaikum.saya Ammar,pelajar jurusan kejuruteraan elektrik elektronik di universit okayama,Jepun.saya ada 1 pertanyaan.saya nak tahu lebih jelas tentang kenapa terbentuknya pelbagai persatuan yang memperjuangkan Islam di Malaysia?sedangkan dasarnya adalah Al-quran dan sunnah...kalau boleh,mnta dijawab di comment blog saya.
www.ammarbinyusop.blogspot.com
Post a Comment