Friday, August 1, 2008

Malaysia Boleh


MELAKA 30 Julai – Kita tentu biasa melihat pegawai polis lengkap berpakaian seragam berkawad. Tetapi pernahkah kita melihat mereka menari poco-poco atau melakukan tarian ala hindustan dengan pakaian tersebut?

Ada yang memikirkannya lucu, tetapi itulah yang dilakukan kira-kira 70 pegawai polis dari balai polis di seluruh negeri Melaka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut di sini malam tadi.
Persembahan julung kali diadakan di Banda Hilir itu bertujuan merapatkan hubungan anggota polis dengan para pelancong.



Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC II Kamal Pasha Jamal berkata, pendekatan baru tersebut dilakukan supaya pelancong asing berasa selesa dan selamat ketika berkunjung ke negeri ini.



“Cara begini menunjukkan kesediaan kami yang mesra rakyat sungguhpun kami bertugas untuk menjamin keselamatan pengunjung,” katanya kepada pemberita di Dataran Nyiru, Banda Hilir di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengiktirafan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai lalu akan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.



Pengiktirafan itu, katanya, memerlukan komitmen yang lebih tinggi di kalangan anggota polis untuk mengawal keselamatan pelancong.



Rata-rata pelancong yang ditemui menyifatkan usaha yang dilakukan oleh polis berkenaan adalah unik.
Pelancong dari Perancis, Nicole Mitchatid, 55, berkata, dia terkejut melihat barisan pegawai polis berpakaian seragam sedang menari ketika melalui dataran tersebut.



“Saya tidak pernah melihat situasi begini di tempat saya. Walaupun lucu melihatnya, saya rasa ia sungguh mengagumkan dan tidak sangka mereka juga pandai menari,” katanya.



Warga Republik Czech, Klara Matuchova, 31, pula berasa teruja melihat telatah para pegawai polis Malaysia dan merasakan ia satu acara unik yang berjaya menambat hati pengunjung.



Pendapat sama disokong oleh rakannya, Zdemek Pitrocha, 33, yang berpendapat aktiviti tersebut berjaya mewujudkan kemesraan antara pengunjung dengan pegawai polis.



“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan berasa selamat berada di Melaka,” katanya.

2 comments:

halimzaki said...

SALAM..

MEMANG BOLEH USTAZ.. BOLEH SEBOLEH BOLEHNYA....

BOLEH MENJATUHKAN MARUAH POLIS..
BOLEH MENUNJUKKAN KEBODOHAN POLIS..
BOLEH MENGGAMBARKAN BETAPA BENGAPNYA MENTERI BERKENAAN KERANA SALAHGUNA FUNGSI POLIS....

FUNGSI POLIS YANG SEBENARNYA IALAH MENJAGA KEAMANAN BUKANNYA MENJADI BADUT SARKAS UNTUK MENARIK PERHATIAN PELANCONG....

solehati said...

setuju sangat dengan halimzaki tu
sememangnya anggota polis harus berasa malu dengan adegan ni...

kalu bertanya kepada pelancong2 tersebut memang lah mereka akan mengatakan perkara2 yang baik sahaja...walaupun alam hati merasa amat lucu dan rasa tiada martabat langsung polis d Malaysia

ingat la
Melaka dulu jatuh pun kerana sultan ketika itu beriya2 ingin menambat hati saudagar singgah yang datang sehingga menjaul gadis2 melaka sendiri

ambil lah iktibar dari sejarah...

kita tukar kerajaan d Melaka tu baru betul!!