SEREMBAN: Keputusan mengharamkan hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kekal walaupun wujud desakan dikaji semula, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, hukuman rotan terhadap pelajar adalah pilihan terakhir dengan hanya pengetua atau guru besar diberi kebenaran melaksanakannya.
"Walaupun banyak pandangan supaya kita melaksanakan semula hukuman rotan, tapi kita berpendapat penekanan perlu diberikan kepada pendekatan psikologi dan kaunseling untuk menangani dan menguruskan masalah disiplin," katanya selepas merasmikan Hari Semarak Bahasa Peringkat Kebangsaan Sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008 di Dewan Perbandaran Seremban, di sini hari ini.
Salam ISLAH buat semua sahabat dan pengunjung,
Demikianlah berita yang saya petik dari laman Berita Harian Online petang ini. Saya meneliti berita ini dengan rasa ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Saya ni bukannya jenis rajin sangat, tetapi selalu juga saya membeli cd kuliah Tuan Guru Mursyid ‘Am PAS dan saya sangat meminati cara TGNA menyampaikan ceramah politik dan mengupas isu semasa berteraskan hujjah Al Quran dan As Sunnah.
TGNA menyampaikan ceramah seolah-olah seperti menyampaikan kuliah pengajian. Dalam ceramah beliau ada kuliah dan dalam kuliah beliau ada ceramah. Antara perkara yang selalu TGNA tekankan ialah betapa perlu dan mustahaknya manusia semuanya dikembalikan kepada peraturan Allah SWT. Allahlah yang telah menciptakan manusia dan hanya Allah SWT jua yang sangat mengetahui bagaimana kaedah dan caranya untuk membawa kebaikan kepada manusia. Sebab itu, segala peraturan yang telah Allah tetapkan agar mesti terlaksana di atas dunia ini pastinya membawa kebaikan kepada manusia. Jika peraturan Allah dibelakangkan maka manusia pasti akan menuju kebinasaan dan kehancuran.
Kaedah merotan anak atau siapa sahaja yang melakukan kesalahan adalah merupakan kaedah yang di suruh oleh Allah SWT. Contohnya ; pelaku zina yang belum berkahwin, Allah SWT memerintahkan agar mereka dirotan 100 sebatan. Rasulullah SAW juga denga tegas, memerintahkan agar anak kita yang sampai umur 10 tahun jika enggan melakukan solat, maka hendaklah anak itu dipukul dan dirotan.
Pendek kata, rotan mesti digunakan dalam pendidikan. Jika Allah dan Rasul memerintahkan kita menggunaka kaedah merotan dalam pendidikan, siapa kita untuk mengharamkan?.
Islam tidak menafikan pendekatan kaunseling dan psikologi sebagai wadah dalam pendidikan. Tetapi dalam masa yang sama Islam menyuruh kita menggunakan rotan apabila ianya diperlukan dalam mendidik. Rasulullah SAW memerintahkan setiap ibu bapa menyuruh anak-anak mereka menunaikan solat apabila mereka berumur 7 tahun. Ketika berumur 10 tahun jika mereka masih enggan barulah disuruh rotan. Maknanya, kita punya masa 3 tahun untuk menyuruh, memberikan galakan, kaunseling dan nasihat supaya anak-anak menunaikan solat. Setelah 3 tahun pendekatan lembut digunakan, maka tiba masanya pendekatan merotan digunakan jika masih enggan dan ingkar.
Antara solat dengan menuntut ilmu, kedua-duanya adalah kewajipan. Tetapi sudah tentulah kewajipan solat lebih utama. Untuk menjadikan solat sempurna, lmu mesti dituntut. Maka sudah tentulah kewajipan ini hampir sama keutamaanya. Kenapa pula kita membezakan?. Jika tidak solat ketika sampai waktunya kita diperintahkan syarak supaya menggunakan rotan kepada anak-anak. Kenapa pula dala proses menuntut ilmu, anak-anak yang telah mencapai umur baligh di sekolah-sekolah tidak boleh dirotan jika mereka masih ingkar dan berdegil untuk tidak mahu patuh kepada peraturan setelah mereka diberi peluang.
Tidak ada tujuan lain daripada merotan anak-anak pelajar melainkan inginkan agar mereka merasa sakit sedikit kerana melakukan kesalahan dam mudah-mudahan mereka mendapat peringatan. Manusia selalunya begitu, sewaktu dia sihat dan cergas ia lupa pada Allah dan lupa untuk bersukur. Tetapi jika ia dirasakan sedikit ujian sakit dan lemah maka ia segera kembali ingat semula pada Allah SWT.
Pelajar zaman dulu, mereka berdepan dengan ibi bapa dan guru yang garang dan senantiasa menggunakan rotan. Dengan ketegasan itulah generasi dahulu terbentuk sebagai generasi yang berjaya. Kalau ketegasan, garang dan rotan telah berjaya membentuk kejayaan generasi terdahul kenapa pula generasi hari ini tidak?. Sebaliknya, hakikat yang berlaku, guru pada hari ini, terpaksa ‘redha’ menerima ‘tendangan’ muridnya.
Berkata Imam Malik rahimahulLah ; “Tidak akan berjaya umat hari ini melainkan dengan apa yang telah menjadikan umat dahulu beroleh kejayaan”.
No comments:
Post a Comment