KAPIT: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam Umno, sepertimana dicadangkan beberapa pemimpin Umno.
Beliau berkata pendekatan itu akan membolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.
“Ia mungkin tidak memberikan gambaran secara menyeluruh tetapi orang ramai pasti ingin tahu perancangan dan program yang ditawarkan calon dalam berdepan dengan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar tani anjuran Majlis Daerah Kapit di sini hari ini.
Salam ISLAH,
Saya secara peribadi memuji sikap dan pendirian Menter Penerangan dalam kenyataan beliau di atas. Mudah-mudahan dengan debat terbuka tersebut, ahli-ahli UMNO akan sedar bahawa sebenarnya mereka ‘sangat miskin’ dan tandus dengan kepimpinan yang benar-benar menepati syarat taqwa dan iman dan lebih penting ialah ‘amanah’.
Cuma, Datuk Ahmad Shabery mesti gariskan panduan dan kaedah bagaimanakah yang akan digunakan dalam debat tersebut. Kita nantikan garis panduan debat tersebut dan kita doakan ia dapat direalisasikan. Tentu sahaja, cara ‘melondehkan’ peribadi tidak akan dibenarkan kerana UMNO dan yang sewaktu dengannya tidak bersetuju dengan 6 kelonggaran syarak dalam isu ‘ghibah’ seperti yang digariskan oleh Imam Al Ghazali dan Ihya’ Ulumiddin dan Imam An Nawawi dalan Riyadhus Salihin.
Jadi bagaimanakan agaknya untuk membuat pilihan yang paling tepat? . Debat ini harus telus dan benar-benar bertujuan untuk memilih pemimpin yang paling layak. UMNO sebagai sebuah parti yang anggotanya beragama Islam mestilah memilih pemimpin yang bersesuaian dengan kehendak Islam. Jika tidak, benarlah UMNO itu sekular dan menolak kaedah Islam.
Satu lagi, lebih elok lagi jika Menter Penerangan cadangkan dan laksanakan debat terbuka secara ilmiah dan jujur untuk kita mencari kebenaran dan titik pertemuan atau pemisahan antara perjuangan UMNO dan PAS. Biar rakyat tahu dan sedar, mana satu wadah perjuangan yang mesti mereka pilih. Apa yang nak ditakutkan. Tugas kamu wahai Menteri Penerangan, zahirkan kebenaran dengan amanah jawtaan kamu itu bukannya menambah kekeliruan. Kita sama-sama bertanggungjawab di hadapan Allah SWT.
Ayuh ISLAH !
No comments:
Post a Comment