BismilLah, wal hamdulilLah, wassolatu wassalamu ‘ala
Salam ISLAH ;
Sebagaimana biasa, setiap Isnin saya memimpin Usrah Tarbawi Darul Islah. Saban minggu, inilah kebiasaan saya dan sahabat-sahabat Darul Islah terkecuali keadaan dan tuntutan yang sanagt mendesak dan perlu diberikan keutamaan. Saya sangat mengambil berat soal pentarbiyahan kerana penyelewengan yang berlaku dalam perjuangan Islam masakini ialah kerana meletakkan siyasah di hadapan tarbiyyah. Lebih kronik di saat ini adalah bilamana kepentingan siyasah diletakkan di hadapan kepentingan tuntutan aqidah.
Pertamanya, saya katakan kepada anak-anak buah di hadapan saya bahawa kerja buat politik yang tujuannya bukan untuk mendaulatkan Islam adalah sia-sia dan jauh dari keredhaan Allah SWT. Matlamat, objektif, pengorbanan , masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan dalam menjayakan cita-cita politik tidak akan mendapat nilaian pahala di sisi Allah jika sekiranya tidak bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah SWT.
Abu Musa al Asy’ari menceritakan bahawa ; seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW : “Orang yang berjihad kerana harta rampasan perang, orang yang berjihad kerana kerana mahukan kemasyhuran dan orang yang berjihad kerana riya’, maka siapakan yang dikira berperang pada jalan Allah SWT?”. Sabda Rasulullah SAW : “ Barangsiapa yang berjihad supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah SWT”. – hadith muttafaqun ‘alaih.
Demikianlah penegasan Rasulullah SAW dalam memberikan panduan dan pedoman agar mereka yang sedang melagang perjuangan tidak akan tergelincir dari jalan yang lurus yang diredhai Allah. Menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam terpelihara dan terjulang kemuliaanya dengan setiap kerja buat politik yang kita lakukan.
Kedua, saya nyatakan bahawa betapa tingginya kedudukan adab dan akhlak dalam Islam. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengarahkan setiap umat beriman supaya menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan tauladan dalam setiap inci kehidupan mereka. Firman Allah SWT :
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” surah al Ahzab : 21
Ayat Al Quran di atas menyebutkan syarat menjadi manusia yang mengharapkan redha Allah, yang beriman dengan hari akhirat dan yang senantiasa mengingati Allah di saat senang atau susah ialah dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan tauladan dan setiap gerak geri, tindakan, perbuatan, keputusan dan percakapan.
Allah SWT juga memuji Rasulullah di dalam Al Quran pada ayat dalam surah Al Qalam bahawa Rasulullah SAW adalah pemilik akhlak dan adab yang agung. Demikian tempiasnya pujian Allah SWT kepada pemilik akhlak mulia dan yang mengikuti akhlak agung Rasulullah SAW.
Di dalam hadith yang masyhur, Rasulullah telah menyatakan bahawa Baginda diutuskan sebagai ‘penyempurna’ kepada kemuliaan akhlak. Umum mengetahui dan sejarah juga mencatatkan bahawa Quraish sangat terkenal sebagai ashraful ‘arab (arab yang paling mulia). Mereka terkenal dengan kemuliaan, kemurahan , amat menjaga maruah dan pelbagai sifat baik yang lain. Namun, Rasulullah SAW telah diutuskan kepada di kalangan mereka dan kepada manusia sekaliannya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak mereka. Ini adalah kerana kemuliaan akhlak dan adab yang tidak diasaskan kepada keimanan dan tauhid langsung tiada nilaian di sisi Allah SWT. Sebagaimana kita yang tidak pernah kacau orang, tak pernah umpat orang, tidak pernah tipu orang tetapi tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa atau tidak menutup aurat, maka segala kebaikan yang lain menjadi hancur binasa tiada nilai di sisi Allah. Ini adalah kerana asas setiap sesuatu adalah iman. Hidup kita mesti bermula dengan iman dan berakhir dengan iman. Mesti ikut tuhan, jangan ikut perasaan.
Bertuahnya kita menjadi pendokong perjuangan Islam. Allah mudahkan kita duduk di bawah kepimpinan ulama’ mukhlisin yang senantiasa tanpa jemu mengajak kita kepada Allah, menyeru kita supaya senantiasa mentaati perintah Allah dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Bagaimana pula dengan mereka yang
No comments:
Post a Comment