KOTA BAHARU, 30 Okt (Hrkh) - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya. "Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini. Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing. Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.
Salam ISLAH, Nampaknya TGNA seperti dapat membaca keresahan yang sedang melanda kepimpinan UMNO bilamana cadangan supaya diadakan debat terbuka dalam memilih calon yang paling layak untuk memimpin UMNO. Dalam masa yang sama saya mengira bahawa TGNA merasai kewajiban untuk menyatakan prinsip yang telah digariskan oleh Islam dalam memilih pemimpin. Al Quran dan As Sunnah telah menegaskan bahawa setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap amanah kepimpinannya serta mereka yang berada di bawah kepimpinannya dari dunia hingga ke akhirat. Bahkan Allah SWT telah memaparkan di dalam Al Quran bahawasanya ada pemimpin yang akan didakwa dan dipersalahkan oleh rakyatnya di padang mahsyar kelak. Namun pemimpin yang adil yang sudah tentulah menegakkan keadilan di dlam kepimpinannya berteraskan Al Quran dan As Sunnah akan dinaungi teduhan arasyh Allah di kala matahari didekatkan sejengkal ke atas kepala manusia di akhirat kelak. Maka Islam meletakkan syarat paling penting ialah pemimpin mestilah dipilih dari kalangan manusia bertaqwa dan beriman pada Allah dengan ertikata yang sebenarnya. Bukan iman hadhari tetapi iman hakiki seperti yang ditunjukkan oleh Rasul SAW. Dalam pada itu, di dalam PAS pun kaedah yang sama mesti digunapakai, bahkan wajib yang tiada beza dengan UMNO. Bahkan PAS lebih aula dan utama dalam memilih pemimpin yang benar-benar 'amanah', ikhlas, tidak berbohong dan benar-benar mengamalkan Islam. Barulah berbetulan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Biar cakap serupa bikin kata orang. Alhamdulillah, setakat hari ini, Allah SWT telah menunjuki PAS jalan kearah memelihara ketulenan ajaran Islam tersebut dengan kepimpinan Ulamaknya dan juga syura ulamaknya. Kita akan terus berusaha disamping Allah SWT pasti akan memlihara perjuangan ini selagimana ia memperjuangkan kebenaran Al Quran. Allah pasti akan menunjukkan kepimpinan ulamak 'muda' yang akan mengambil tempat kepimpinan pada masa akan datang.
Saya sangat tertarik dengan tazkirah Ustaz Mohd Lutfi Arifin ( Exco Pemuda Kedah & baru bebas ISA) di Kangar baru-baru ini. Katanya ; " Jangan kita hanya sibuk tunjukkan jari kepada UMNO yang tolak Al Quran, ahli dan pimpinan PAS yang tolak Al Quran pun kita kena ambil kira juga".
|
1 comment:
salam islah...
ana setuju sgt dengan pendapat ustaz. bukan saja asyik menuding jari kpd UMNO. PAS juga perlu cermin diri sendiri dalam memastikan kesinambungan dan kedaulatan Islam tidak tercemar.
Post a Comment