Wednesday, June 18, 2008

Keputusan Petisyen Dun Sanglang

BismilLah,Wassolatu Wassalamu ‘Ala Saiyyidina RasulilLah.Waba’du,

Assalamualaikum,

Saya baru sahaja pulang dari mengikuti perbicaraan kes petisen DUN Sanglang (Ybhg Us Hashim Hj Jasin vs Hj Abdullah Hassan) di Mahkamah Tinggi Kangar.Mahkamah telah memutuskan bahawa kerusi DUN Sanglang ‘dikosongkan’ dan keputusan seterusnya diserahkan kepada SPR.Saya tertanya-tanya kenapa kes ini dibawa ke mahkamah kalau hanya keputusan ‘tidak cerdik’ seperti ini yang akan dibuat.Teman di sebelah kedengaran menyebut, “kalau keputusan macam ni,saya pun reti nak buat ustaz”.Dari awal lagi PAS Perlis menuntut agar kemenangan diistiharkan kepada Us Hashim Jasin berdasarkan bukti-bukti kukuh yang kita kemukakan.Bahkan dalam salah satu sesi penghakiman,mahkamah diperdengarkan pengakuan pihak SPR sendiri bahawa mereka telah tersilap membuat keputusan dalam kes Sanglang.Bagaimana pula tiba-tiba hari ini kes ini telah diserah kembali kepada SPR.Memeningkan dan gila!

KEADILAN HANYA DENGAN ISLAM

Inilah akibatnya jika undang-undang manusia digubal untuk menegakkan keadilan.Sedangkan Allah SWT yang maha adil telah menentukan undang-undang yang harus berjalan di kalangan hamabaNya.Sudah tentulah Allah SWT sebagai pencipta atau ‘tukang buat’ (meminjam istilah TG Nik Abdul Aziz) manusia sangat mengetahui bagaimana hendak menjelmakan keadilan di kalangan manusia.Dalam kes Sanglang ini contohnya,jika Hj Abdullah Hassan sendiri mengaku salah dan meminta supaya diistiharkan kemenangan kepada Us Hashim,maka mahkamah Islam pasti pada waktu itu juga akan mengembalikan hak kepada yang berhak.

Terbukti dalam sejarah Islam,Umar al Khattab telah mengarahkan agar ‘Amru al ‘Ash mengembalikan tanah milik Yahudi tua di Mesir yang diambil secara tidak sah .Kemudian Umar berwasiat dengan TAQWA dan ADIL kepada semua gabenor wilayah Islam.Umar sendiri sangat berlaku adil bilamana anak sendiri dihukum dengan hokum had seratus sebatan bilamana terbukti anak itu berzina.

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda “ Demi Allah,jika Fatimah anakku mencuri,akan kupotong tanganna”.Inilah keadilan Islam.

Banyak masa dan wang ringgit yang habis dalam menuntut keadilan dalam kes Sanglang.Tiba-tiba keputusan bacul sang hakim mahkamah manusia membuat keputusan yang sangat tidak disangkakan.Bukanlah kemenangan Sanglang yang kita nakkan sangat,tetapi kita mahu melihat keadilan ditegakkan!
Wallau A'lamu Bissowab Wa Ilaihil Marji'u Wal Maab
Pusat Dakwah & Tarbiyyah Darul Islah,Kangar.

4 comments:

Jundiummah said...

TAKBIR!!!Salam Perjuangan buat ustaz...

Din GK said...

Semoga Ust PAS akan dapat mengambil kembali DUN Sanglang.

Minta maaf Ustaz, saya tertarik tentang cerita anak sayyidina Umar kena sebat tu. Ada dengar dari seorang ustaz bahawa cerita tu palsu. Wallahua'lam.

ANAK BAPAK said...

salam..,apa khabar pak sheikh..ana rindu sungguh nak dengar kuliyah maghrib enta masa ana sekolah dulu di musolla al-'irfan..

tahniah atas keputusan petisyen DUN Sanglang, moga semua itu mampu beri semangat kepada pejuang untuk berjuang lebih kuat..

ana kagum dengan enta la ni..ana doa enta sentiasa dipermudahkan dengan ketabahan dan kesabaran oleh allah dalam perjuangan yang penuh onak duri ini..

ana amat berterima kasih pada enta, kerana masa dulu entalah yang mentanzimkan ana dua minggu sekali di pondok kodiang sebagai pengenalan kepada organisasi perjuangan..kenangan itulah yang menjadikan ana sebagai mana sekarang..berjuang menegakkan kalimah allah di atas muka bumi ini..

salam perjuangan dari ana junior enta masa di al-maad..assalamualaikum..

Ibrahim Bin Baharuddin al-Banjary
www.anakbapak8385.blogspot.com

Sofiyan-anak murid said...

Tahniah buat ustaz...teruskan perjuangan melalui siber..boikot mainstream media..