Tuesday, June 17, 2008

Semoga Tinta Ulama' Amilin Ditimbang Dengan Darah Para Syuhadak


Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang,Segala Puji Bagi Allah Rabbul 'Alamin,Selawat Salam Semulia-Mulianya Buat Habibi Rabbil 'Alamin Saiyyiduna Muhammad Al Mustafa,Sekalian Ahlul Bait,Para Sahabah,Para Taabi'ien Dan Sekalian Yang Mengikut Mereka Hingga Yaumiddin.

Alhamdulillah,walaupun banyak yang tersengih dan tersenyum sinis bila dengar Ustaz Yussaine nak menulis dalam blog,dapat juga usaha kecil ini diteruskan.Dengan pertolongan Allah jua.Terima kasih khusus untuk Amirul dan yang lainnya.Tak lupa juga buat anakanda Muhammad Al faateh yang sibuk bergayut di bahu baba dan bising berkali-kali dengan kalimah ISLAM di lidah.Terima kasih juga buat zaujah tercinta kerana sudi buatkan segelas 'besar' milo kosong untuk menghilang dahaga sewaktu blog ini mula ditulis.

Rasa ingin bersama sahabat2 yang lain dalam medan dakwah yang sangat luas inilah menjadi peransang kepada usaha kecil ini.Di samping ingin juga belajar2 menulis.Ingin juga kongsi pengalaman dan ilmu dengan sahabat2 yang lain.Semoga Allah SWT kurniakan daku ilham yang sofiy,hati yang ikhlas dan istiqamah serta sebaik2 pembantu dalam kerja buat yang kecil ini.Dan semoga TINTA PARA ULAMA' DITIMBANG ALLAH DENGAN DARAH PARA SYUHADA' DI AKHIRAT KELAK.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

Moga Allah memberkati perjuangan ini. Moga dimudahkan untuk terus istiqamah dalam dakwah bil hal, lisan serta tulisan ini. Doakan juga buat kami agar terus sabat dan istiqamah.

'ain said...

Alhamdulillah, satu lagi web yang akan na kunjungi...insyaallah...



salam dari budak melaka