Alhamdulillah,Wassolatu Wassalamu ‘Ala Saiyyidina Rasulillah Waba’du,
Balik dari menyampaikan tazkirah zohor di Surau Al Muhsinun,KLCC tengahari tadi,terdengar pemberita terkini sedang membicarakan salah satu parti kompenana BN akan keluar dari BN.Pak Lah akan mengdakan mesyuarat tergempar MT BN petang ini.Nampaknya makin gawat BN nih!.Cuma jangan ada yang menyangka bahawa kelemahan dalam Bn adalah disebabkan PR kuat!.Kemungkinan besarnya adalah kerana pertolongan dari Allah.Bila mulut,orang-orang yang lemah dan tertindas terkumat-kamit memohon pada Pemilik Seluruh ‘Alam,lalu Allah Yang Maha Esa dengan Kemurahan dan PengasihNya memperkenankan permintaan tersebut,maka kerana itulah BN nampak kucar kacir.
Akhir-akhir ini,saya selalu terdengar Tok Guru Nik Abdul Aziz berdoa dengan lafaz;

“Allahumma ‘alaika bi man zalamana,Allahumma ‘Alaika biman khaanana” (Ya Allah,kami serah kepada Kamu orang yang menzalimi kami.Ya Allah,kami serah kepadaMu orang yang mengkhianati kami”.
Banyak juga para asaatizah yang tiru doa Tok Guru ni.Maka banyak jugalah yang mengaminkannya.Maka beringatlah sikit orang-orang yang rasa dia berkuasa untuk buat apa sahaja termasuk tindas dan zalimi orang lemah dan juga orang-orang yang khianat terhadap amanah yang diberikan kepadanya.
KEKUATAN DOA
Lebih kurang seminggu selepas PRU ke 12 yang lalu,saya dan beberapa sahabat naik kapal terbang ke Kaherah.Antara ahli rombongannya ialah sahabat yang sangat saya hormati Ybhg Ustaz Hj Nasrudin Hasan Tantawi.Satu hari saya terlihat dia sedang menelaah sebuah buku tulisan al Qaradhawi yang menghurai prinsip-prinsip perjuangan Imam al Banna Rhm.Dia membacakan kepada saya satu perenggan petikan tulisan tersebut yang menyebut betapa ummah di akhir zaman mengabaikan satu sumber kekuatan Mukmin yang sangat teguh dan ampuh iaitu kekuatan doa.
Kita lihat pada hari ini,kekuatan munajat dan doa di samping kekuatan strategi selalunya diabaikan dan dipandang sepi oleh para pendakwah dan pimpinan gerakan Islam.Saya perhatikan,Tok Guru NA mempraktikkan secara bersungguh-sungguh doa sebagai sumber kekuatan dalam perjuangan dan hidup seluruhnya.Beliau selalu ajak rakyat Kelantan turun ramai-ramai ke Stadium Sultan Ismail untuk bermunajat.Lepas menag besar PRU ke 12 baru ni pun ajak rakyat bermunajat sebagai tnda syukur sebaik selesai kuliah Jumaat pertama selepas PRU 12.Doa dan munajat beliau kelihatan khusyuk dan tawadhuk penuh pengharapan kepada pertolongan Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk menghalang benteng kerajaan Islam di Kelantan diterobosi dan diseroboh oleh kekuatan dan kejahatan musuh-musuhnya.

Saiyyiduna Rasulillah SAW & Ghazwah al Badr
Rasulullah SAW,dalam perang Badar yang sangat genting,telah dicatatkan oleh al Bukhariy bahawa pada malam akan berlakunya perang Badar,Baginda Saiyyiduna Rasulillah SAW tidak putus-putus berdoa kepada Allah.Baginda sedar bahawa 313 tentara Muslimin tidak akan berjaya berdepan dengan kekuatan 1300 tentera musyrikin.Jauh sekali bandingan kekuatan jumlah bilangan,kenderaan tunggangan,senjata dan sebagainya.Namun,sebagai pengajaran kepada ummah sepanjang zaman,bahawa doa adalah senjata paling ampuh milik mukmin,Baginda SAW berdoa sepanjang malam.Mengangkat setinggi-tingginya kedua tangan sehingga menampakkan kedua ketiak Baginda dan mengalirkan air mata sehingga membasahi janggut Baginda sebagai tanda pengharapan yang sangat tinggi hanya kepada pertolongan,nusrah dan al fath dari Allah SWT.Baginda menyebut :
“Ya Allah,jika engkau biarkan kumpulan yang sedikit ini dibinasakan musah pada esok hari,nescaya tiada lagi yang akan menyembahMu di atas muka bumi ini selama-lamanya.Ya Allah,kurnikan kemenangan yang Engkau janjikan”
STRATEGI & DOA
Sahabat,kita tak nafikan kemantapan penyusunan strategi dan kekuatan material juga sangat penting.Tetapi di situ bukannya pergantungan kita.Perjuangan tetap akan diteruskan walau susah dan payah.Walau terlempar jauh dari manusia.Walau dicela orang yang mencela.Namun alangkah manisnya jika pergantungan kepada Allah melebihi segalanya.Amat malang bagi mereka yang berjuang bilamana bertauhidkan strategi!.Lebih malang lagi jika mereka itu,pimpinan gerakan Islam!
1994,Jalan Permata 9,Taman Permata
Hulu Kelang,Selangor
1 comment:
assalamualaikum... ustaz..
DOA... ringkas mudah tidak memerlukan satu sen pun untuk melakukannya..... dan hasilnya amat ampuh dari segala senjata yg ada didunia ini....
tapi pekara ini lah yg sering kita ringkas dan mudah kan....dan dipandang enteng.... betapa lemah nya ana sebagai seorang hamba... ALLAH...
pekara yg pertama yg terdetik dihati bila melihat orang berkerumun di SUK shah alam dgn pelbagai akhlak menyambut kemenangan ...
adakah kemenangan ini satu anugerah atau pun satu ujian.... jika kita lalai pasti peristiwa 2004 di terengganu akan berulang..... adakah kemenangan ini mendekatkan kita ke rumah2 Allah atau kemenangan ini menajdikan kita lagi kuat mengata dan mencaci mereka yg kalah disamping rasa bangga hingga terlupa kemenangan ini dari Allah bukan kerana kelemahan BN semata.... siapa yg mampu mengubah hati manusia dlm sekelip mata jika tidak MAHA PENCIPTA....sesungguhnya hati2 setiap insan itu berada dihujung2 JARI ALLAH....
Post a Comment