Thursday, June 26, 2008

Sumber Islam Adalah WAHYU bukan SULTAN

BismilLah,wassolaatu wassalamu ‘ala saiyyidina RasulilLah wa ba’du,

Assalamualaikum wrt…


Selesai mesyuarat program makan malam dana PASTI negeri dan melayan beberapa orang adik muslimah yang datang berziarah saya sempat menatap muka hadapan tranungkite.net. Mata saya terus terpandang tulisan sahabat seperjuangan al bakistani mengenai komentar beliau terhadap seks bebas dan menyatakan dengan tegas bahawa hudud adalah penyelesaiannya.

ISLAM ADALAH PENYELESAIAN

Pertama yang saya ingin katakan bahawa,jika sesiapa sahaja yang mengkaji Islam nescaya mereka terpaksa menerima kebenaran Islam dan terpegun dengan keadilan dan penyelesaian masalah yang ditawarkan oleh Islam. Al Marhum Profesor Dr Muhammad al Mehdi (pengasas rangkain system pendidikan AL KHALIFA METHODE) asalnya adalah seorang saintis yang tidak percaya kewujudan tuhan. Tetapi akhirnya apabila mengkaji Islam,dia menemui kebenaran Islam dan manisnya bertuhankan Allah Yang Esa (tidak 3 seperti kepercayaan Kristian) dan bernabikan Muhammad SAW. Yang lebih hebat,dia menghabiskan ‘segalanya’ demi memperjuangkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Ketika Karpal Singh mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran kepada PAS bahawa Pakatan Rakyat tidak akan sama sekali menerima pelaksanaan Islam dalam negara,Tuan Guru Nik Abdul Aziz segera mengajak beliau ke Kelantan dan melihat bagaimana pendekatan kerajaan negeri yang berlandaskan membangun bersama Islam dilaksanakan selama 18 tahun di Kelantan Darul Naim. Karpal Singh dipelawa untuk bertemu masyarakat bukan Islam di Kelantan dan bertanya serta menyelidiki sendiri pandangan mereka terhadap dasar Islam yang dilaksanakan Kerajaan Kelantan.

Masalahnya,Karpal Singh melihat Islam dari kacamata Barat dan belajar Islam dari Islam Hadhari.Manakan beliau akan dapat melihat kesyumulan dan kebenaran Islam. Barat sangat khianat terhadap Islam sedangkan Islam Hadhari merosakkan kefahaman manusia terhadap Islam yang sebenar.

ISLAM BERSUMBERKAN WAHYU BUKAN SULTAN

Perlu ditegaskan bahawa sumber Islam adalah Al Quran & As Sunnah.Para ulamak Islam berijtihad dengan keduanya dan berqiyas juga dengan keduanya.Sesiapa jua yang hendak mengetahui kebenaran Islam hendaklah mengambil dari keduanya.

Sultan sememangnya ketua agama Islam. Tetapi bila Sultan bertitah dengan yang tidak selari dengan wahyu Allah maka di sini letaknya titik pemisah. Sultan wajib taat pada Allah dan mengikut sunnah Rasul. Mufti wajib menasihati Sultan ke arah kebenaran yang berpaksikan wahyu Allah bukannya mengambu dan membodek serta punya hati yang cenderung kepada pihak tertentu.Jika tidak,mufti kena ikut nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk sertai parti politik. Tentukan sikap dan senang untuk kami (ummah) membuat penilaian.

Ketika Sultan Perak bertitah dalam Perasmian Sidang DUN Perak tidak membenarkan persoalan politik dikupas di dalam masjid,ini amat bercanggah dengan amalan Rasulillah SAW. Elok sangat kalau Mufti Perlis fatwakan bid’ah. Kerana Rasulillah SAW mentadbir Madinah di dalam Masjid Baginda SAW. Maka kita dapati bahawa mereka yang rosak kefahaman Islamnya dan tipis pulak aqidahnya akan mengambil kesempatan untuk mengampu atas dasar kebatilan bukannya menasihati dengan kebenaran. Ingatlah bahawa Sultan juga akan berdiri di hadapan Allah pada hari Qiyaamah. Penghulu sekalian manusia pada hari itu adalah Saiyyiduna Rasulillah SAW bukannya Yang Di Pertuan Agung. Sultan yang tidak ikut ajaran Nabi SAW takkan dapat syafaat Baginda SAW pada hari Qiyaamah kelak.

PAKATAN RAKYAT & HUDUD

Saya bersetuju bahawa setiap perjanjian itu ada syarat dan batasnya. Jika syarat dilanggar maka terungkailah ikatan perjanjian. Rasulullah pernah mengikat janji dengan Munafiq dan Musyrik tetapi dengan syarat yang jelas. Perjuangan Islam ada matlamatnya. Allah SWT sebagai matlamat mencari redha. Rasulullah SAW sebagai ikutan . Al Quran sebagai rujukan. Jihad adalah jalan dan mati syahid adalah setinggi-tinggi cita-cita dan harapan. Mengorbankan matlamat perjuangan bukan resmi pejuang agama. Maka ketika tujuan perjuangan dikobarkan dihalang kerana perjanjian,sudah barang pasti, akan terungkailah pakatan.

1 comment:

Unknown said...

Bila Pak Syaikh berbicara, gamat nampaknya.

La to'ata li makhluqin fi ma'siyatil khaliq...

Teringat kata-kata Sayidina Abu Bakr dan Sayidina Umar ketika menjadi amirul mukminin.

Sifat kedua mereka amat kita dambakan di dalam pemerintahan sekarang.

Akan tetapi, boleh tak agaknya, titah Sultan Perak itu contohnya, kita sesuaikan, bermakna yg dilarang adalah politik kotor umno sahaja... Memang mencemar masjid kalau begitu kan..

Seperkara lagi, perjanjian apabila dikhianati kita boleh hapuskan. Tapi biarlah tactfully omputih kata. Dengan berhati-hati dan tidak memakan diri.

Moga Syaikhana terus istiqamah. Doakan kami selalu na...