Saturday, July 19, 2008

Antara REBAH Inul & Aqidah yang PUNAH


SALAM ISLAH,

Muka surat hadapan KOSMO hari ini memaparkan dengan jelas air mata INUL DARATISTA, Ratu Gelek Indonesia yang dilaporkan sangat kecewa dengan pembatalan konsertnya di Johor Bahru semalam.

“Apa salah saya sehingga saya tidak diterima di Johor Bahru”.katanya.

Saya tumpang sedih dengan apa yang berlaku. Bukannya simpati kepada apa yang menimpa INUL tetapi sedih dengan suasana Malaysia hari ini yang cukup mabuk dengan hiburan dan keseronokan. Inul dilaporkan menangis hingga hampir rebah dan pengsan bila diberitahu bahawa konsertnya dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. Khabarnya, tiada satu jabatan pun yang menyokong konsert tersebut diadakan. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Johor.

Dalam masa yang sama saya melihat media yang melaporkan cerita Inul ini cuba untuk membela Inul. Ayat dan bahasa yang dimainkan adalah untuk cuba menarik simpati masyarakat kepada Inul. Inilah yang dikatakan betapa besarnya peranan media dalam menguasai dan mencorak masyarakat. Jika isu ini diulas dengan betul dan ikhlas serta mengikut nilai serta norma budaya masyarakat yang penuh kesopanan dan tatasusila maka sudah barang tentu masyarakat akan menyedari bahawa apa yang dibantah oleh rakyat Johor tentang konsert Inul adalah wajar dan bertepatan dengan nilai budaya bangsa apatah lagi bertepatan dengan syariat Allah SWT.

Tiada agama di atas muka bumi ini yang membenarkan wanita dipergunakan sewenang-wenangnya. Apatah lagi berada di hadapan khalayak seperti bertelanjang dan mengghairahkan. Islam adalah agama yang mengangkat kemuliaan dan martabat wanita. Apabila Islam datang, wanita diangkat darjatnya bila ia beriman dan taat kepada Allah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, jika beramal soleh mereka sama di sisi Allah SWT. Firma Allah SWT :

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik[839] dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” Surah An Nahl : 97

[839] Ditekankan dalam ayat Ini bahwa laki-laki dan perempuan dalam Islam mendapat pahala yang sama dan bahwa amal saleh harus disertai iman.

Inul jelas membiarkan dirinya dipergunakan dan ‘ramai pihak’ yang mempergunakan Inul. Untuk apa hiburan ‘gerudi’ dibawa ke Malaysia? Dan lebih menyedihkan ialah 25,000 tiket berjaya dijual. Bermakna 25,000 rakyat Malaysia yang telah songsang arah hidupnya. Cuba fikirkan kalau 30% daripada jumlah itu adalah Muslim (sedangkan ia mungkin 80% atau boleh jadi 99%!). Besarnya tanggungjawab dakwah dalam hal ini dan besar lagi tanggungjawab pemerintah.

Islam tidak pernah mengharamkan hiburan. Cuma ianya mestilah di dalam kawalan syariat. Baca dan kajilah Islam dengan adil nescaya anda akan ketemui kebenaran jua akhirnya. Jiwa dan hati yang bagaimana agaknya yang mahu menerima hiburan melampau dan songsang?.

Tahniah kepada rakyat Johor sekali lagi. Khabarnya konsert Inul akan berubah ke Stadium Putra Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 27 Julai nanti. Kompleks Sukan Bukit Jalil itu terletak di negeri mana ya?

2 comments:

Head Shot said...

ustaz...gambar inul tu...huhu..

GST HATER said...

Kilang arak pun ada kat negeri tu . Haram yang jelaskan ? Dah bape lame kat situ . Ni pun ladang babi pun nak lulus .

Anyway ustaz , kitab ape yang dipakai dikelantan and kitab ape kat sane?