Thursday, July 10, 2008

Tahniah TG Nik Abd Aziz

BismilLah,Wassolaatu Wassalaamu ‘Ala Sayyidina RasulilLah,Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wa Man Waalah, wa ba’du ;

Salam Istiqamah & Perubahan,

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah membuat penegasan bahawa syarat mendapatkan jawatan yang baik dan mendapat kenaikan pangkat di dalam Kerajaan Kelantan adalah mestilah tidak meninggalkan solat 5 waktu.Tok Guru senantiasa membuka minda dan memimpin perubahan.

Firman Allah SWT ;

“ (yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” Surah Al Haj : 41

Kebanyakan mufassirin telah menafsirkan ayat ini dengan menyebut bahawa menjadi kewajipan kepada mereka yang diberikan kemenangan di atas muka bumi ini menjadikan agenda utama pemerintahan mereka adalah melaksanakan perkara-perkara di atas; solat, zakat, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Maka seharusnya para pemerintah Muslimin menjadikan solat sebagai tonggak dalam pemerintahan.

Perlu ditegaskan bahawa, solat tidak diwajibkan kepada orang yang tidak beriman dengan Islam. Dalam masa yang sama, pemerintah Muslimin diperintahkan supaya berbuat baik dan melayan dengan adil segala kafir yang duduk bernaung di bawah negeri Islam. Sabda Rasulillah SAW :

“Barangsiapa yang menyakiti seorang kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam negara Islam) maka sesungguhnya dia telah menyakitiKu”

TGNA adalah orang yang sangat mengetahui tanggungjawab ini. Selama 18 tahun memerintah Kelantan, Tak ada seorang kafir pun yang mengadu disakiti beliau. Ketika Karpal Singh memberi amaran agar jangan PAS cuba-cuba mengenengahkan idea untuk menubuhkan negara Islam,TGNA telah mempelawa agar KS datang menjengah non Muslim di Kelantan. Dengar pandangan mereka tentang pemerintahan PAS di Kelantan dan bertunjangkan “Membangun Bersama Islam”

Pandangan Presiden CUEPACS bahawa ini akan menimbulkan ketidakadilan kepada bukan Islam adalah merupakan satu pandangan yang cetek dan jahil Islam. Mereka yang bukan Islam diberikan tempat dalam Kerajaan Kelantan berdasarkan kelayakan dan kepakaran mereka. Itulah keadilan Islam. Cuma, bagi seorang Muslim, solat adalah tiang agama. Yang menunaikan solat bererti teguh agamanya, yang tidak pula bererti rapuh agamanya. Bagaimana boleh seorang yang rapuh agama diberikan tempat dan jawatan dalam melaksanakan agenda sebuah kerajaan Islam. Allah pun ditipunya, inikan pula majikannya yang bukan Maha Melihat & bukan Maha Mengetahui.

Yang paling penting, orang yang menunaikan solat adalah yang teguh imannya. Orang yang sedar bahawa dia senantiasa diperhatikan Allah, dilihat Allah dan kelak kerjanya di dunia akan dinilai oleh Allah di akhirat. Dia tahu bahawa dunia ini bukan dia yang punya melainkan hak Allah belaka. Justeru dia harus hidup sebagaimana yang dikehendaki Allah.

Bila orang yang macam ni diambil bekerja, maka selamatlah kerajaan. Rakyat akan dapat manafaat. Ini tidak, bocor sana, bocor sini, habis tunggang terbalik segalanya disebabkan yang diberikan jawatan dan amanah tak merasakan bahawa ianya akan disoal Allah di akhirat sebaliknya menganggap bahawa kerja dan jawatan adalah alat mencari kekayaan dunia tanpa ambil kira halal haram. Puncanya,tak solatlah, kalau betul-betul solat takkanlah masih berbuat maksiat dan mungkar?

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah Al Ankabut : 45

No comments: