Wednesday, July 16, 2008

Kenapa Tunggu Berkuasa Baru Nak Buat Perubahan?

SALAM ISLAH,

Jam 10.00 malam tadi, saya mengadakan meeting pengurusan Darul Islah yang saya pimpin. Rasa berat hati mahu meninggalkan debat Anuar vs Menteri Penerangan. Namun sementara menunggu cukup kehadiran ahli mesyuarat,sempat juga saya mengkhatamkan debat tersebut. Saya penuh yakin bahawa Sabery Chik dan kawan-kawan BN yang lain akan meneruskan ‘sambungan debat mereka’ berbulan-bulan lamanya selepas dari malam ini sementara Anuar hanya akan ada ruang yang sangat sempit untuk meneruskan hujahnya.

Bila Johan Jaafar bertanya soalan kurang bijaknya kepada Sdr Anuar, mengapa tidak memberikan sumbangan kepada negara dan rakyat di masa sekarang dan kenapa mahu menunggu berkuasa dan menukar kerajaan baru hendak membantu rakyat, saya rasa macam gatal benar mulut saya mahu menjawabnya. Namun apakan daya dan siapalah saya.

Di sinilah hujah yang paling jitu bahawa kekuasaan dan pemerintahan adalah pelaksana kepada kebaikan dan pencegah dari kezaliman dan kemungkaran. Macamana mahu memberikan sumbangan yang berkesan kalau tiada kuasa?. Di sinilah letaknya kemurnian cita-cita politik Islam yang merupakan aspirasi dari Al Quran dan As Sunnah. Berkuasa untuk membawa keadilan kepada manusia. Berkuasa untuk menjadikan seluruh makhluk tunduk dan taat kepada Allah SWT. Berkuasa untuk melaksanakan kebaikan. Berkuasa untuk membela yang ditindas dan menjadikan negara sebagai tempat istirehat kepada yang memerlukan. Macamana hendak membela hak rakyat dari terus dizalimi dengan harga minyak yang sangat tinggi dan kadar inflasi yang tinggi kalau tidak memerintah?.

Politik Islam itu suci dan murni jika berpayungkan kitab Allah. Golongan sekularlah yang mengotorinya dengan nafsu dan syahwat mereka.

1 comment:

Srikandi Umar said...

salam ustaz..saya pun naik mnyampah ngn soalan ttg ni.. depa ni tak sedar ker buat2 bodoh, bengap bhwasanya kekuasaanlah segalanya..
anwar pun dh bagitau..kita TK KISAH, tolaK partisan., yg PALING UTAMA skrg ni selamatkan ekonomi negra..sy sgt takut bila dikatakan semalan dua tiga bln lg kita akan mgalami kemelesetn ekon yg teruk jika masalah ni tak brkesudhn.. nak tarik subsidi utk MENGAJAR rakyat biasakn diri ngn hrga sebenar satu KERJA GILA..HUhu..teori inflasi yg krjaan gunapaki pun SALAH..ntah teori pakar mane yg diguna ntah ler..