Friday, July 25, 2008

Mari Kita Sama-Sama Belajar

Salam ISLAH,

Sungguh saya tidak menyangka bahawa blog saya yang setahun jagung ini ‘dijenguk’ oleh orang besar-besar dalam dunia bloggers ni. Sungguh saya tak sangka. Namun sangkaan saya tepat juga bilamana blog saya ni pasti akan dikunjungi oleh semua pihak. Ada yang singgah sekejap untuk melepaskan lelah. Ada yang masuk bertandang untuk sama-sama berkongsi ilmu. Ada juga yang masuk ke dalam blog ini bersama seribu satu persoalan, sangka buruk dan mahu mencari mana yang salah.

Saya alu-alukan. Saya sangat alu-alukan. Silalah dan silalah ziarah ke blog saya yang tak seberapa ini. Tegurlah, nasihatlah, komenlah, saya sangat hargai. Semoga akan terbina jambatan antara kita.

Sememangnya Allah turunkan Al Quran untuk menjadi nas dan panduan kepada umat yang beriman. Bila kita nak bertindak dan apa jua kerja yang hendak kita lakukan, naslah tempat kita berdiri. Nas Al Quran dan Al Hadith memastikan kita terselamat dari kesesatan, terseleweng, melampau dan bersikap sederhana seperti yang disuruh oleh Nabi SAW.

Bila orang bercakap menggunakan nas, maka bergantung kepada keilmuan orang tersebut dalam menggunakan dan menyesuaikan nas dengan keadaan. Tak payah lah saya bukak kitab besar-besar untuk bahaskan persoalan guna nas ini kerana saya pun tak pandai. Tapi saya yakin, para ulamak dan cerdik pandai agama gunakan nas bukan untuk kepentingan peribadi mereka. Apatah lagi jual beli nas untuk gadai prinsip agama. Agama terpelihara dengan Quran dan Sunnah, mukmin yang berilmu dan jujur akan bangun membetulkan kesilapan dan penyelewengan sekiranya berlaku seperti itu. Tambahan pula dalam PAS. Bila Syura buat keputusan guna nas, takkan kita nak kata Syura telah manipulasi nas dan peralatkan nas untuk kepentingan politik mereka. Nak buat macamana kalau dah keputusan mereka bertepatan dengan nas?. Tak puas hati bererti tak berpuas hati dengan nas yang Allah turunkan.

Wala’ dan taat adalah perkara yang dinaskan. Soal kebijaksanaan dalam berpolitik pun kena pakai nas. Nas mendahului kebijaksanaan berpolitik. Nas yang teratas sekali. Jika bertindak mengikut nas dikatakan tidak bijak dalam berpolitik, lantaklah nak dikatakan bodoh dan jumud sekalipun. Jika menyalahi nas, apa benda pun terbatal. Biarlah langit runtuh sekalipun. Ini kena faham. Tak faham juga , mari kita pakat-pakat belajar. Jangan kata saya tidak tawadhuk bila saya gunakan bahasa ini. Saya tak mahu gunakan bahasa yang tidak elok dalam blog saya kalau boleh. Tak tahulah suatu hari nanti. Walaupun ada penziarah blog saya ni tulis saya bodoh sebab saya buat artikel yang pecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat. Tapi nas yang saya pegang Islam akan kembali berseorangan, dagang dan terasing. Nak buat macamana dah nas macam tu?

Taat dan wala’ adalah kepada kepimpinan selagi ia berdiri di atas manhaj Quran dan Sunnah yang jelas. Tiada lagi wala’ dan taat jika ia menyalahi keduanya. Menggantikan keduanya dengan nafsu dan agenda peribadi. Ini pun kena tengok apa nas katalah. Bukan boleh pandai-pandai sendiri. Bila ada yang mendahului pimpinan sampai hampir pecah belah jamaah, bila ada yang sanggup mengkhianati jamaah demi agenda busuk mereka, maka tiada ketaatan untuk mereka. Namun kepada Tuan Guru Presiden?. Apa salah dia? Kalai ada kelemahan dan kesilapan, itu perkara biasa. Betulkanlah. Bukannya ajak berdemonstrasi depan Pejabat Agung!. Nak tunjuk sokongan kepada TGNA kononnya. Siapa yang ajar suruh sokong sorang tok guru dan tak sokong tok guru yang lain dalam isu muzakarah @ muqabalah ni? Siapa ajar semua ni? Nas mana yang dipakai?. Cari puak-puak penghasut dan pengkhianat ni sampai lubang cacing kemudian tengok apa nas kata untuk orang macam mereka. Saya harap apa yang saya katakan adalah jelas. Maafkan saya.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Pak Syaikh,
ASSALAMU'ALAIKUM

Saya dapat gelaran Pak Syaikh ni dari Syaikh Al-Bakistani. Kawan saya di Blog. Jangan kata orang besar-besar, Tok Pakir macam saya pun suka bertandang di Blog saudara Pak Syaikh ni.

Selamat berkarya

WabiLlahitaufiq
TOK PAKIR KORBANDEMOKRASI

halimzaki said...

SALAM.....

ORANG KECIK2 MACAM ANA BANYAK DAPAT BIMBINGAN DI BLOG USTAZ NI... KALU ORANG BESAR2 X TAHULA... LEBIH LAGI KOT SEBAB ORANG BESAR NI LAGI BIJAK RASENYA.... APAPUN TERUSKAN MENULIS USTAZ... KALU ADA KULIAH USTAZ YANG DAPAT DI REKOD DAN DI MUATKAN DI SINI DALAM BENTUK MP3 PUN OK GAK... BOLEH ANA DOWNLOAD... WAN DENT BAGI CD MP3 KULIAH TGNA BARU NI PUN ANA BERTERIMA KASIH SANGAT... DAPAT JUGAK DENGAR DALAM KETA HARI2...

HALIMZAKI..