Tuesday, July 8, 2008

Bila Exco Pun Tak Faham




Oleh : Roslan SMS

Saya yakin disaat ini tidak ada seorang pun ahli atau penyokong PAS yang dapat menerima aksi kumpulan Carburetor Dung di Stadium Kelana Jaya semalam.

Tindakan penyanyi utamanya yang menayangkan punggung dan seluar dalamnya depan khalayak ramai itu sangat biadap dan kurang ajar, apalagi ketika ahli-ahli PAS termasuk Muslimat sedang berada di stadium berkenaan kononnya untuk berdemonstrasi, protes, atas isu kenaikan minyak.PAS adalah parti Islam, ada disiplin dan akhlaknya, sekurang-kurangnya bila berkawan, kawan-kawan perlulah memahami dan menghormati PAS sebagaimana PAS semasa berkawan tidak pernah menghina atau membelakangkan kawan-kawannya.

Hari ini salah seorang EXCO kerajaan Selangor, yang mana PAS merupakan rakan kongsinya, memandang hina bantahan orang-orang PAS semalam. Beliau malah memuji dan memuja Carburetor Dung di dalam blognya


yang beliau isitlahkan sebagai:A band ahead of its time. Dan malah beliau menyatakan bahawa jika band ini dapat diberi peluang memberikan persembahan lagi dalam protes seumpama ini, beliau sendiri akan naik menyanyi dengan band itu.

Sikap dan perangai EXCO ini pasti akan mendatangkan masalah besar kepada PAS kerana ternyata beliau tidak boleh memahami PAS, sedangkan beliau EXCO dalam kerajaan campuran bersama PAS.

No comments: