Monday, July 21, 2008

Selesaikan Dengan Ketaatan

Salam ISLAH,

Saya tak nampak ada jalan lain untuk mencapai kemenangan melainkan dengan mentaati arahan dan keputusan pimpinan. Lantaran saya menerima banyak sms, panggilan telefon, email dan bermacam-macam lagi persoalan dan tekanan (kalau boleh dikatakan begitu) maka saya rasa inilah kesimpulannya atas isu muzakarah UMNO-PAS ini. Inilah sikap dan perangai kita bila diuji Allah SWT dengan keputusan pimpinan kita. Dulu kita diuji dengan keputusan Tuan Guru Nik Abd Aziz menjemput MAWI ke Kelantan. Kalau tak silap ingat saya, ada juga yang sebut nak keluar dari PAS kerana TGNA pun dah nampak gelong dan menuju kepada terserong. MAWI datang dari Akademi Fantasia yang bersalut noda. Mana boleh terima orang macam ini dan bawa ke Kelantan. Inilah suara-suara ‘pendokong kebenaran’ di waktu itu. Tapi akhirnya suara ini hilang dan pupus begitu sahaja bila TGNA mmebuat penjelasan bahawa jemputan kepada MAWI adalah atas dasar dakwah kepadanya. Mungkin ada orang akan cakap MAWI dengan UMNO tidak sama. MAWI tidak ada kuasa dan UMNO berkuasa. Bagi saya sama sahaja, UMNO ada pengikut dan MAWI pun ada pengikut. Berapa puluh ribu pengikut MAWI yang berjaya didakwahkan pada malam persembahannya di Kelantan. UMNO lagi banyak pengikutnya. Ada kenyataan yang say abaca bahawa sampai kiamat pun UMNO takkan ikut PAS. Ini cakap orang jahil Islam dan penuh buruk sangka terhadap Allah SWT. Pintu hidayah milik Allah. Bukan milik PAS bukan juga milik UMNO. Bukan milik TGNA bukan juga milik Presiden PAS. Ia milik mutlak Allah SWT. Kalau Umar diberi hidayah oleh Allah SWT masakan UMNO tidak boleh dipimpin Allah kepada kebaikan walau ada yang menganggap bahawa UMNO adalah setaraf dengan Kerajaan Makkah zaman Nabi sekalipun.

Pagi tadi saya bercakap dengan seorang yang hampir dan dekat dengan TG Presiden. Saya katakan pada dia bahawa mesti ada pandangan yang bersifat sederhana dalam soal muzakarah. Kerana kalau cekang sangat pun tiada guna. Longgar sangat pula membawa bahaya. Saya pinjam kata-kata Kekanda Nik Abduh ; di dalamnya ada madu dan di dalamnya ada racun. Cuma pandai-pandailah kita ni, nilai lah baik-baik mana yang lebih banyak dan mana yang sedikit. Takkan sampai tiada manafaat langsung? Ini mustahil. Cuba baca baik-baik ayat pengharaman arak. Allah menyebut bahawa oleh kerana mudharatnya lebih banyak dari manfaat maka Aku haramkan arak kata Allah. Di sinilah letaknya ketaatan dan thiqah pada pimpinan sebagai penyelesaian.

Bukan main fasih kita bercakap kisah UHUD dalam usrah, tamrin dan lain-lain lagi. Bila bercakap kita katakan bahawa kita berusrah sejak tahun 60an lagi. Masa inilah nak gunakan ilmu tersebut. Kalau suami isteri bergaduh kerana semata-mata suami mahu mengajak tinggal dengan ibunya yang uzur dan isteri tidak bersetuju, maka penyelesaiannya ialah taat pada suami. Bukannya bercanggah dengan syarak pun permintaan suami itu. Kalau si isteri rasa susah dan keberatan dengan kehendak syarak supaya taat pada suami dalam apa jua keadaan selagi tidak khilaf dengan yang haq maka tak payah lah berlaki. Kata guru saya, kalau suami suruh masakkan udang lemak maka jangan dimasak udang masak cabai. Itupun berdosa si isteri kerana perintah suami tak bercanggah dengan syarak.

Taat pada pimpinan dan thiqah percaya pada mereka adalah asas kemenangan perjuangan ini. Namun tidak bermakna pimpinan tidak boleh ditegur. Berilah pandangan dan pendapat namun ada batas dan akhlaknya. Saya yakin bahawa Allah tangguhkan kemenangan kepada PAS kerana masih ‘ramai’ yang tidak thiqah dan tidak taat kepada arahan pimpinan. Saya tahu ada yang cuba khianati pimpinan PAS bahkan ada yang dah khianat pun. Keputusan macam lain, buat macam lain. Pimpinan tak cakap dia kata pimpinan cakap. Pimpinan tak bercanggah dia kata nampak macam bercanggah. Tak usah jadi syaitan dalam jamaah ini. Keluarlah.

No comments: