Tuesday, July 15, 2008

Jelas & Terang


Salam ISLAH,

Sari dua ni saya amat cenderung untuk menulis tentang betapa perlunya para pembela agama mempunyai jatidiri yang tersendiri yang merupakan jelmaan daripada aqidah yang salimah dan sejahtera. Lihatlah kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sanggup berkata sesuatu yang boleh menggugat Pakatan Rakyat, namun kerana jatidiri yang hakiki yang wujud dalam diri beliau, beliau tetap berkata benar.

Saya melihat perkara ini bilamana Tuan Guru beri amaran agar Islam jangan sekali-kali cuba disentuh oleh kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat.Tuan Guru sebut :

“Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama….Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati”.

Menjadi hak PAS juga untuk terus mencanangkan matlamat perjuangannya adalah untuk melaksanakan Islam yang syumul dan menyeluruh di dalam negara ini. Kita boleh berpakat dalam menentang kezaliman dan membuat pembaikan, namun dalam soal prinsip perjuangan tiada tolak ansur lagi jika sampai kepada peringkat melampaui had. Kaedah fiqh mana yang nak dipakai dalam perkara aqidah?

Ada kawan yang menyebut bahawa PAS jangan berundur macam anjing untuk menjadi anjing semula. Berundurnya PAS tidak boleh dikiaskan dengan berundurnya seekor anjing. PAS dengan anjing tak sama kawan. PAS ada syura ulama’. Anjing takdak syura beb. Undur PAS membawa seribu langkah kehadapan. Saya akan membiarkan saudara mengatakan bahawa artikel saya ini membawa kepada perpecahan bukan muafakat. Kerana kita tak mahu berpakat macam lalat. Busuk atau wangi kita hurung semuanya, tak mahu!.

TGHH dengan jelas menyebutkan :

“PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Lantaran itu dengan dasar dan matlamat perjuangan yang jelas sudah pastilah kemenangan kecil yang dikurniakan oleh Allah swt melalui pilihan raya umum lalu, mendorong PAS untuk bangkit bagi melaksanakan apa yang diperjuangkannya dalam apa sahaja ruang dan kerangka yang dibenarkan.”

Saya fahami dengan jelas bahawa inilah matlamat perjuangan PAS. Saya senada dengan kekanda Nik Abduh bahawa saya sukakan yang terang dan jelas tanpa samara-samar. Kerana kesamaran akan menjerumuskan kita kepada kebinasaan. Yang samar selalunya menipu dan Rasulullah SAW menyuruh kita meninggalkan kesamaran dan berpegang dengan yang terang dan jelas. Sabda Baginda SAW :

“Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada yang tidak kamu ragui”….jelaskan ?

No comments: